1. Assalamualaikum wmt.wbt.
2. Amacam dengan gambar-gambar di atas? Terlebih dulu akak mohon maaf dan terima kasih banyak2kerana upload imej2 ni dari Mr Elyasak kita tanpa mohon izin daripadanya. Akak kan, tengok je gambar-gambar ini di Kesumaku Personaku, terus akak tekonang ko tahun 87 dulu, yelah masa kita semua bujang trang tang-tang, zaman kita anak dara anak teruna dulu, kita berkelah di sini, mandi manda, makan-makan, kita bermain teka-teki, ingat tak kalian semua? Eee seronoknya kan masa tu...
3. Sekarang ni walaupun kita semua bukan lagi anak daradan teruna, dah naik pangkat kepada mak dara dan pak teruna, agaknya masih seronok kalau kita berkampung di sini sekali lagi untuk reunion kita. Tinggi sangat ke impian akak ni? Komen sikit kawan-kawan semua!
4. Kemarin (Sabtu, 22.11) akak dikunjungi Mas Aji dan Kak Aji serta putera-puteri comel. Terima kasihlah kerana datang tengok baby. Akak tengok Mas Aji sikit pun tak kekok pegang baby, maknanya ada harapan lagi kot. Si kecik Hanani dan Abdul Rahman pun akak tengok seronoknya dok belek Danish. Alah, kalau dah rezeki tu tak boleh kata taknak, bila sampai masa kena terima je..Macam akak ni. So nasihat akak pd Dr. Azah kita, teruskan usaha, insyaallah jika ada rezeki, tak kemana..
5. So sekarang ni reunion kita makin dekat menjadi realiti, Mak Daro dan Dr Azah sekeluarga boleh tak join dengan tarikh tu? Responlah..Tuan rumah pun belum respon. Tapi Sg. tekala tu bila-bila masa menggamit kita...
6. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan