Syukur semuanya masih segar bugar....eh kalu kat Selangor istilah tu digunakan dalam PATS (program akademik terbilang selangor) =pembugaran bukan pemugaran..he he.. sudahnya kami ni memang bugar dan terus membugar. Apa tidaknya banyak kerja...ajak kekawan jom gi minum makan ke kat kantin. Konon nak release tension. Murid makin HaLus (ada Harapan Lulus)..Alhamdulillah buat masa ni, saya dah boleh menarik nafas lega..Banyak kerja yang hampir selesai, Sukan, Anugerah, bla bla, Soalan periksa TAPI MESYUARAT (bukan musyawarah sebabnya kena dengar je tak boleh bantah panjang cerita sampai Maghrib baru nak selesai) setiap hari. Tak praktikal langsung kerap mesyuarat tinggal kelas. Menyusahkan kekawan, cikgu relief juga anak murid kesayangan. Aiya cikgu kenapa tak masuk kelas?Hari-hari ada mesyuarat ka?
Cuba komen sikit....
Apapun dunia kecil saya dan mungkin kekawan juga begitu..seadanya yea. Sampai jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan