Jumaat, 17 April 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wmt. wbt.

1. Alhamdulillah Azah dah beransur sihat. Mudahan akan sembuh seperti sediakala. Cuma ubat tu nak kena rajin makan ye! Jangan macam akak ni, selalu lupa, terlupa dan tersengaja lupa makan ubat.

2. Akak lame tidak muncul tu memanglah sibuk mengulit si Danish tu. Biasalah kan, ulit mengulit ni, mula-mula mak ulit anak, lame-lame anak pulak yang ulit mak, anak belum tidur, mak dulu yang kroh-kroh....zzzzz.

3. Kalau tak silap la ni musim anak-anak kita terima tawaran ke matrikulasi kan? Akak nak dahulukan ucapan tahniah kepada semua anak-anak kengkawan yang berjaya menyambung legasi mak bapak, menempatkan diri di menara gading. Harap-harap tahun depan giliran anak akak lah pulak. Amin Ya Rabbal Alamin.

4. Jah, sekodeng Jah, jangan tak sekodeng....

5. Berita terhangat ....Chek Eda sedang giat membesarkan rumah hijaunya. Mungkinkah selepas ini 'tangga' pula akan dibina? Tunggu.................................Akak akan segera melaporkan jika ada berita sensasi terkini. Buat masa ini marilah kita sama-sama doakan agar anakanda Aina selamat menjalani pembedahan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam

Tiada ulasan: