Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah kawan kita di SP dah semakin sihat, berat dah bertambah kepada 30 kg, batuk dah berkurang, makan dah makin berselera, sembang pun dah rancak tapi cuti doktor tambah lagi 2 bulan katanya.
Alhamdulillah kepada yang menang, tak sia-sia member kita berkempen..kempen jangan tak kempen. Hai tak kan tak ingat masa dolu-dolu mak daro pernah jadi calon bertanding wakil pelajar ukm..pasang poster, ceramah sana sini kat kamsis b..
Anakandaku 'ainaa insyaAllah akan dioperate semula 21.4 ni. Doakanlah moga segalanya berjalan lancar dan selamat.
Kekanda sulungku juga dah selamat pulang ke rahmatullah pada hari jumaat lepas (3.4.09), jam 8 malam, di raub pahang. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali..itulah satu-satunya penyakit yang tiada ubatnya dan akan dirasai oleh kita semua..so yang penting bekalan untuk memulakan hidup di alam abadi..sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kawan2 yang dikasihi.
Sekian adanya,
Selamat meneruskan sisa-sisa hidup dengan iman amal dan ihsan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan