Jumaat, 24 April 2009

Membetulkan tiang yang bengkok

Assalamualaikum wbt. dan salam cg.

Cek baru keluaq hospital semalam, temankan si ainaa 3 hari 2 malam, penginapan dan makan free..he. Alhamdulillah Ainaa dah selamat di bedah, ada lekatan usus..la berehat di rumah, depa bagi cuti seminggu.

Pembetulan berita hangat yang dihebohkan kak nani..sebenaqnya, kerja-kerja membetulkan tiang yang bengkok sedang giat dijalankan di rumah hijau, bukan meninggikan rumah, so tiada sebarang tangga diperlukan, hanya selangkah anak tangga, dah sampai ke dalam rumah..yang ditambah pula hanya sebuah bilik persediaan mengurus jenazah, kerana cek merasakan pintu kehidupan yang sebenaq dah semakin hampir.. signal pun dah banyak..minggu lepas tok ki meninggal, seminggu selepas kakak.

Sari, pada cek, mesyuarat2 tu make up je..sebulan sekali ok la, kalau cek jadi boss, setaun 3 kali cukup..tu pasai tak jadi boss, jadi kuli sokmo..ha ha.

Angah, kalau dah malas + letih=.... itu maknonyo signal sudah mali..copek2 la bereskan apo2 yang patut..ado salah silap se, maapkanlah yo..bahasa nogori se memang kantoi kan..tibai pi la no.

Umur panjang, insyaAllah jumpa lagi.
Wassalam.

Tiada ulasan: