Khamis, 2 April 2009

Suka duka kongsi bersama...

Salam buat teman yang dikasihi.Jua buat sahabat yang sedang berjuang menahan sakit. Benar bak dikata orang tua-tua, cubit paha kanan sakitnya terasa di mana-mana.Moga Azah tabah dengan dugaan menimpa, InsyaAllah kami doakan agar cepat sembuh.Setiap penyakit ada ubatnya kecuali sakratul maut. Jua buat anakanda Ainaa..moga tabah dan sabar.

Harga ayam turun lagi...yang seronok anak-anak. Mak yang boring sebab jemu tengok muka sang ayam. Mulalah anak-anak merencana pelbagai menu ayam.Hari ini goreng, esok gulai ,lusa kari, tulat paprik, langkat kicap...tak berulang. Paling tidak nasi ayam.Sudahnya mak makan lauk ikan bilis goreng kicap bawang, sedapnya,,,,,,,,,,,,,Cubalah.

Seronok kekawan dapat PM baru?Mudah-mudahan kita tidak jengkel dengan pelbagai isu yang tak logik dek akal. Stop!

Apa habaq jiran kita yang dok dekat Bkt.Selambau?Lama tak ke sana..masih pekan koboi lagi ke?Tiba-tiba jadi terkenai.Cukup!

Kawan-kawan bila nak mai Kajang?Kalu mai singgahle.Ada rezeki cek nak belanja makan sate kajang.Alhamdulillah sebulan dua lagi dapat arrears 44.Hee he he.Jangan marah sahabat di kepulauan Borneo ye. Saja kongsi seronok.

Malam kian larut..tara kucha tara kucha..

Jumpa lagi.Wassallam.

Tiada ulasan: