Selasa, 28 April 2009

Khabar Dari KK

Assalamualaikum wmt wbt,
1. Akak macam biasalah, tukang lapor bila mendapat khabar terkini untuk tatapan semua sahabat.

2. Kali ini akak nak khabarkan berita daripada Kota Kinabalu @ KK.

3. Ahad 26/4/2009 akak terima sms daripada Husna memaklumkan keadaan dirinya yang tidak sihat. Terperanjat membaca kandungan sms tu. Akak kemudian call untuk mendapat perkhabaran lanjut.

4. Kisahnya sahabat kita ini rupanya berperang dgn kesakitan yang amat sangat kerana masalah yang timbul pada pundi hempedu (mula kena sejak 2007, sakit perut sperti gastrik, dan berulang-ulang. Mac 2009 baru dapat kesan masalah sebenar) Akhirnya pada 1 April Husna selamat menjalani pembedahan secara laparoscopy (betul kot ejaannya!) membuang pundi hempedu yang bermasalah itu. Sekarang ni Husna masih bercuti sehingga 4/5 nanti. Semoga akan sembuh seperti sediakala. Insyaallah.Kata Husna, dia dah tak boleh berapa nak berkawan dengan lemak dan santan serta makanan yang pedas..

5. Mana-mana yang berkesempatan bolehlah bertanya khabar. Sakit sama dirasa, sihat sama disyukuri!

6. Baru akak tahu rupanya hempedu ni tak apa kalau tak ada, macam appendix lah jugak. Maha Agung dan Maha Besar Allah! Begitulah kita, bak kat chek Eda sakit demam ni peringatan untuk kita semua............Bila dah melangkaui usia sweet 40 ni macam-macam penyakitlah yang bakal mengejar kita. Sama-samalah kita menjaga kesihatan. Mudahan dijauhkan Allah daripada penyakit yang tidak mampu kita tanggung.

7. Cik Azah kita macamana dah? Teruskan makan ubat ya.......

8. Jah, sekodeng tu sekodenglah, tapi sesekali masuklah walau sebaris ayat, sekurang-kurangnya kami tahu yang Jah sekeluarga sihat!

9. Makcik Sari oiii, sibuk sekalipun, kesihatan jaga ya....jangan lupa datang terengganu, batik sutera sedang menunggu...


Wassalam

Tiada ulasan: