Rabu, 30 Julai 2008
Akhirnya
(Gambar masa di Bangi hari tu)
Akhirnya Pak Aji berjaya menyelamatkan blog dari penceroboh misteri. Tahniah Pak Aji
Akhirnya saya berjaya juga masuk blog. Server usm baru ok dari sakit.
Akhirnya Jah yang asyik sekodeng pun dah menjawab. Ha! panjang lebar.
Akhirnya Akak Nani ceria kembali. Dah dekat ke harinya?
Akhirnya Eda tak yah nak jadi penyiasat. Nak siasat misteri saya pulak? Hehe.
Akhirnya Sari tetap santai. Jangan lupa resepi soto ya.
Akhirnya Alias muncul. Maaf tak berapa nak ingat. 20 tahun dah. Boleh memperkenalkan diri?
Akhirnya MM tak lagi boleh bermisteri. Hahahaha.
Isnin, 28 Julai 2008
Khabar dari Pulau Redang
Asalamualaikum
I
Menjenguk rasa dari kepulauan ini terasa kesayuan
tanah anak negeri tergadai sudah
calet resort tersergam indah
anak negeri menitik peluh
menyambut pelancong
ada dengan ramah ada dengan fitnah
apakan daya
berjaya (Vincent tan) sudah bermaharajalela
II
Ada tugas di SK Redang
Menyambung bakti kepada guru di sini
dengan ilmu ICT
sama menyelami pedagogi
III
Apa cerita yang menanti
CG yang ada ceriti
hanya di sini
berkongsi
Khabarkan pada semua
buat mengisi memori
wassalam

Sabtu, 26 Julai 2008
FUYOH! MARI KITA SEMBANG SANTAI......
Salam buat kekawan. Nampaknya ada tetamu di CG. Terima kasihlah sudi mengunjungi blok Cg dan yang pasti bukan papa misteri. Juga terima kasih sudi bertanya sekilas khabar. Dok sejalan tak pernah jumpa. Pak Haji yang jauh pulak bertembung. Kerja kerja juga, ukhuwah kekalkan tak gitu sdr. Alias?Angah @ Mak Daro, bilonyo nak sembang giler-giler. Dalam lelah (bukan asma) ada ketikanya baca tulisan mak cik pak cik umpama terapi. Sebahagian dari pelarian dek dihambat tugas dan kerja. Tapi percaya tak? Menurut satu artikel di NST, perempuan lebih gembira dari lelaki. Sebabnya dapat memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan rakan sudah lebih berharga dari wang ringgit. Ataupun sekadar dapat goreng kopok lekor buat minum petang bersama suami dan anak-anak tercinta juga seteko kopi o panas yang terhidang cukup membahagiakan.Itu bagi yang tak dak pembantu mcm kami ni(yang sewaktu dengannya). Kalu ada assistant pasti menunya 6*.
Permisi dulu, andai terluang akan menyusul lain siaran(hot fm ke, suriafm ke apa-apalah)Wassallam.
Sebelum lupa terima kasih buat Tn.Haji yang komited dgn cg blog's.Hidup Tn.Haji!!!!!!!

Jumaat, 25 Julai 2008
cerita baru buku baru ahli baru
Assalamualaikum dan salam serba baru buat semua teman-temanku yang selalu muncul, yang lama dah tak muncul, yang tak muncul-muncul dan yang baru muncul..moga kemunculan blog cg yang baru, disambut dengan rasa kecindan dan memadamkan cerita misteri lagi sensasi.
Cerita baru kali ini ialah adanya ahli baru yang telah membuka buku baru cg..
Kita tunggu cerita baru selanjutnya pada episod terbaru from cg to cg!
Cek tabik spring sama puteraadam atas tindakannya yang drastik lagi praktik menyelamatkan blog cg daripada unsur-unsur tragik dan mistik golongan misteris!
Maka kak naniku akan terus menulis dan menulis walaupun tidak puitis dan kritis tapi telus dan mulus!
Dan akhirnya dengan rasminya hamba melucutkan jawatan mrs sekodeng buat jah tokai yang dah hilang bahasa tokainya! Nak raya ni mesti jah ada produk baru dan pesanan baru.
Angah yang kutunggu kemunculannya hari demi hari tanpa jemu, janganlah kau memberi alasan demi alasan lagi, supaya kutidak keliru dan terus merayu..tolonglah yang sebonarnyo se rindu bonar nak dongar lawak separoh gilo angah.
Sari...kau dapat dan faham dah apa yang tersirat dalam fikiran dan pemikiranku? Yang tersurat mungkin lebih lunak bunyinya dan yang tersirat itu lebih tajam pukulannya!
Si Aza pula, emel buat hal konon, saja la tak mau cerita misterinya kubongkar satu per satu..Bila dah ok, kita on na.
Malam telah dimamah usia, kumohon menutup mata...zzz
Wassalam.

FROM CG TO CG
Asalamualaikum
Sengaja copy paste dari ulasan
Salam,
Saya terpanggil untuk mengunjungi blog ini setelah menerima panggilan dari Sdr Yusof tempoh hari. Address blog ini pun saya dapat dari beliau.
Canggih sungguh rakan-tawlan saling berhubung dan bertukar infomasi menerusi blog. Saya agak ketinggalan dalam kerja-kerja blog-memblog ni... (mungkin sibuk perihal duniawi yang lain).
Anyway, diharap posting saya ini tidak menggangu keakraban rakan-tawlan... cuma bertujuan bertanya khabar.
Alias Kamaruddin
Putrajaya
ak6165@yahoo.com
aliask@pjh.com.my
Tak sengaja merayau terjumpa Si Alias nie....dan itulah ceritanya.
CGs yang belum invite harap bersabar, cuba check from cg to cg, maknanya yang belum ada nama belum tersenarai. Sabar. nak cepat emel gmail.com.

Selasa, 22 Julai 2008
Testing! Testing! Testing
Assalamualaikum,
Semoga semuanya di bawah naungan dan rahmat Allah swt.
Ni, nak testing pw baru yang diberi oleh Mas Aji. Alhamdulillah dah boleh sign in.

Terima kasih banyak-banyak di atas usaha Mas Aji untuk menghalang MM dan penceroboh yang sewaktu dengannya daripada terus menggodam blog kesayangan kita semua ini. Kini akak rasa bersemangat untuk menulis semula setelah mendapati bahawa semua CG yang berdaftar pada tahun 1985-89 menyokong sepenuhnya untuk TIDAK menjadikan blog kita ini blog yang sewaktu dengan cambridge.com ke, harvard.com ke tetapi sebaliknya terus mengekalkan ciri-ciri CG sejak awal penubuhannya, gempaq ho-ho, ho-ha dan santai. Tidaklah akak berniat untuk mengimbau sejarah silam tetapi harus diingat, sejarah itu perlu dipelihara supaya keagungan dan keunikan ukhuwah yang dibina di antara ahli CG ini akan terus kekal hingga ke generasi seterusnya. Pun demikian tidaklah akak menolak sebarang idea yang baik dan bersifat membina cuma biarlah ianya datang dari kaum kerabat CG sendiri, bukan daripada orang luar sementelah lagi tidak berapa nak jujur, siap bermisteri-misteri pulak. Itu yang akak marah sangat tu. Tak tahu menahu sejarah CG, memandai pulak nak campur tangan, lepas tu tak nak tonjolkan identiti, mana boleh lagu tu?
Sehari dua ni akak seronok masuk blog sebab ramai yang turun padang disebabkan isu MM ni. Ma'am Jah pun dah pandai menulis dah sekarang, dah puas sekodeng agaknya. Panjang lebar lagi...Cayalah ... Buat Pak Lah, betul apa yang hang kata tu, memang seronok kalau dapat jumpa muka bertentang mata, bersembang dan berborak tapi masa dan keadaan terkadang terbatas untuk menghimpunkan kita semua serentak. jadi blog inilah penghubungnya. lagipun, adakalanya tidak semua kata-kata lisan itu dapat menyuratkan apa yang tersirat. Terkadang coretan tinta lebih dapat menggambarkan apa yang hendak disampaikan. Jadi janganlah tunggu reunion baru nak berderita dan bersembang. (Tinggi beno ke bahasa akak ni? rasanya boleh faham kot. kalau tak berapa nak faham, boleh rujuk kat Dr Azah atau pun Chek Eda, pakar bahasa kita...) Masuklah blog, sekali pun tak apa, sekadar melepaskan rindu semua CG member yang sentiasa tertunggu-tunggu dengan kemunculan hang!
Mak daro oii, tak puas lagi ke mengadap muko teman sebelah yang tak berapa nak hensem tu? Dah-dahlah tu, se bimbang kot nanti taun depan, merayu-rayu kat se mintak diposkan koleksi maternity dress yang se ado ni. kang malu...Baik join blog. janji nak cerito kisah benar kat bumi anbia hari sampai ari ni belum dapat se baco. Apo kono ni? Tak kan nak tunggu bagi honorarium dulu baru nak menulis?
Azah, rundingan meja bulat tu bila nak jadi meja bujur pulak. Akak setuju dengan Chek Eda, jangan lama sangat dok berbincang, nanti ayaq teh dengan mee bandung tu sejuk, tak sedap nak makan dah..Dah ulang-alik ke Johor tu, ada petanda ke meja bulat nak jadi meja bujur dalam masa terdekat? kami tunggu.........................
Sekianlah saja, la ni, akak tak berapa boleh nak duduk lama-lama, sengkak semacam je...Doa2kan akak dan baby sihat sejahtera ya, maklum dah masuk era senja begini masih nak ada baby, macam-macam yang tergambar dan terfikir.
Wassala
Langkah Keselamatan telah Diambil.
KEPADA CGS SEKALIAN, SILA MAKLUM BAHAWA ANDA PERLU DIJEMPUT SEMULA UNTUK BERBLOG DENGAN SANTAI DALAM BLOG INI. JANGAN BIMBANG, ANDA AKAN DILAYAN SELEPAS INI. DALAM PROSES MENJEMPUT.
nani dan sari beres dah. Yag lain tunggu yer
puteraadam

sekadar menjengok rasa
Menulis untuk menguji keselamatan. Dan tidak salah ada masalah untuk mencari jalan penyelesaian.
Sekian.
puteraadam try naniimram gmail.
Sekian.
puteraadam try naniimram gmail.
Kawan Berkawan
sekadar mencuba dari sudut berbeza dan apakah nanti ada hasilnya
Maka semua CGS dinasihatkan ada akaun gmail.com. yang belum ada sila daftar dengan segera dan bagitau kpd sy.
Puteraadam

Isnin, 21 Julai 2008
From Jah Tokai with love
Assalammualaikum,
Diharapkan semua sahabat CG sentiasa berada di dalam keadaan baik di sebalik kekecohan MM. Mama Misteri ke Madam Muah2. Tak pa. Biarkan MM dengan bicara intelektualnya. Bak kata Sari, kalau nak membicarakan more professional matters, u can join other blog. This blog is more santai to eratkan our ukhwah...
Akak Nani bukan kita le yang MM tu. Saya ni tak suka main misteri2 ni. Kalo nak misteri2 kena pi TV3 le..Misteri Nusantara ke atau apa2 yang berkaitan. Tapi akak Nani kan pandai le provoke suruh saya tulis kat blog ni...
Outside our working world we want something relax to release our mind.
Tu le menghilang saya tak ke mana, macam Eda kata sekodeng tu tetap sekodeng. Tapi bila abang aji tanya apasal le tak mau update apa2 kat blog, saya pun terasa le gak. Bukannya apa tak dak cerita yang menarik nak di updatekan. Abang aji lain kali mai KL singgah le rumah ye..
ye le rumah kita tak le sebesaq orang sana..
Tahniah untuk Jeff di atas kenaikan pangkat...tapi kena le belanja akak ye...tak sekarang pun tak pa..bila2 mai KL pun boleh.
Tu le, kita ni semua bila le boleh berkumpul.
Akak Sari kita, bila masak sodap2 tu calling2 le kita kat sini..gerenti sampai punya..
Aza, tu dia...makan durian sampai Tangkak, tapi kalo beli lebih hari tu patutnya on the way nak balik Kedah, boleh singgah kat Bandar Sri Damansara, boleh hulur2 sikit...Dusun menjadi gak kat kampung tapi tak dan nak balik lagi.
Dalam seminggu dua ni rajin le jugak Hanif bercalling2 ngan saya. Actually, tempat kerja kami kat KL ni dekat sangat, naik LRT 5 stesen dah sampai...tapi tu le masing2 pun sibuk tak dan nak berjumpa lagi...one fine day le Hanif ye..
Angah kita terus sonyap aje disamping Pak Lah yang terus menyepi.
Cadangan Abang Aji kita nak business tu baguih gak...sapa2 ada idea mari le kita sama2 kongsi.
Ok le saya stop dulu..nanti tulis lagi.

SERLAHKAN DIRI, CG'S MEMANG TUNGGU
asalamualaikum
sy baru bertamu di umah hanif, terimakasih banyak. tak sempat nak berbicara pjg. sebab had masa terhad.
Tetiba ada isu , dan dapat feedback....KEPADA MAMA MISTERI sila serlahkan diri anda, CGS lain suka pada kesantaian dan kesopanan serta kesusilaan....
Heboh seketika, So meriahkanlah blog dgn isu yang seadanya. Tak kisah.
DAN semua otai CG nak blog seperti biasa. Bergerak secara natural seperti mengekori madam apa lah namanya......lecture english tu..........dan bla....bla...bla
Se bagi pihak CGS mengalukan MM. berblog dengan ikhlas dan suka2. Giler2 ghitu.Dan jika enggan apa nak kato.
Otai lain ada ide. Kita tunggu dan lihat je.
Lupo den, tahniah pada jef.....amal dah sampai umah ke belom.
jumpa lagi.

SIAPAPUN MM PEDULIKAN SANTAI TETAP SANTAI.
Salam buat semua. Tahniah buat Jef dan keluarga. Kami tumpang syukur dan bangga. Itulah CG. Tak perlu sembang intelektual sangat sebab di luar sana dah banyak sangat jadi pemikir.Blog CG sekadar penghubung silaturrahim cerita-ceriti itu ini. Alahai yang santai-santai dan giler-giler (masih dalam batasan minda normal).Tok sah dok sedih lah Akak Nani weh!Kita teruskan dengan apa yang ada. Untuk kita-kita aja. Nak serius masuk blog CikDet.com ke, Malaysiakita ke, takpun nak kaya tupperware.com boleh gak. Tak gitu?Jangan melenting Mak Cik sekadar beri pendapat peribadi tak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau yang mati. Macam mana Pak Haji? Macam mana Cik Eda?Orait ke?
Cerita pasal durian Tangkak, yang best RM24.00/kg. Isi merah gitu. Takpun durian Segamat.Balik Pulau not bad sebab saya pernah dok Pulau Pinang. Nak best lagi durian Hulu Tembeling, makan bawah pokok! Bawa balik Kajang alamat seminggu bau kereta pasti pewangi durian. MM jangan sinikal bila saya tulis cerita tak ilmiah ni. Yang tersirat kayanya negara kita dengan buah nadir yang sekali hadir pasti orang kampung, tauke durian senyum ke telinga sebab rm bertambah rezeki murah. Yang best dan penyayang malah dermawan, singgah Bukit Gantang, jemaah masjid surau dijamu dengan durian. Terima kasih YOP! Apapun durian tembaga , durian payung dusun arwah Tuk saya di King Road(Jalan Raja, Jorak is the best sebab free dan sentiasa di hati walau dia dah tiada).
Cukup lalut nanti cerita lagi.Buat semua santai-santai dan saya memikirkan tulisan Cik Eda di luar blog.

wacana intelektual
Salam ukhuwah dan salam silaturrahim buat teman-teman cg yang telah kukenal hati dan akal budinya.
Buat MM dan GG cg, bagaimana bisa kuhulur salam perkenalan seharum kasturi andai kalian begitu pemalu di alam misteri yang begitu dan begini..
Benar-benar teruja dan benar-benar teruji mindaku dengan penampilan yang misteri,
secara jujur kemisterian itu telah mengacau-bilaukan hati dan akalku untuk sama-sama mengacau dodol yang lazat lagi berkhasiat.
Sebelum gelanggang persilatan dihangatkan dengan wacana keintelektualan,
jom kita sembang santai (sesantai gelek santai) dan seadanya seperti kita yang biasa-biasa, ceria dan giler-giler..
1. Congratulation! buat Jef..sungguh bagai dikata, diam-diam ubi berisi no.
2. Aza..dok ulang pi Johor ja... Moga perbincangan meja bulat menuju kata sepakat..Oo hang pun ada cerita misteri no!
3. Merendah diri dan berterus-terang..itulah dia Naniku sorang! Apa kata kita fikir positif dan dengan semangat serikandi jom kita sama-sama berjuang mengacau dodol..sari dan angah no hal kan, join sekali no..Cek tukang rasa ja na.
4. Jah..tetap setia dengan agenda sekodengnya..Bisnes ok no! Nak raya dah ni.
5. Hanif..kalut buat persediaan PHD kot..Selamat no.
6. Usop..amacam, nampak gaya lepaih ni lagi poning nak tulis artikel dalam blog daripada buat esei PTK..Tibai ja la no.
7. Pak Lah..masih misteri..sepi sesepi petapa di gua kelam..nak kena siasat ni.
8. Moga bahasa mesra alamku tidak menjejaskan tahap kewacanaan dan keprofesionalan para pembaca blog ini.
Dan sebagai wacana ilmu, khas buat semua pecinta ketamadunan..amatilah kata-kata ini:
Tiada musuh kepada orang yang tidak mencari kuasa
Tiada lawan bagi orang yang tidak mencari harta
Hamba tidak mencari kuasa dan tidak mencari harta
Yang dicari hanya keikhlasan sebagai seorang hamba Allah
dan keikhlasan dalam persahabatan
jua kejujuran dalam menyampaikan amanah
bersumberkan kalam Allah dan Sunnah Rasulullah
Namun
hamba hanya manusia biasa
kadang-kadang logikal
selalu juga tidak
sering sentimental
sesekali emosional
walaupun ingin sekali
begitu intelektual
Maka sebagai pencinta keintelektualan
hamba percaya
di negeri bahasa
di medan wacana
kiasan itulah kuasa
idea itulah harta
Wallahualam.
Untuk mengakhiri wacana separa intelektual ini, demi menajamkan minda memperkasakan jiwa
marilah kita tanya pada diri..
Apakah bukti tanda kecintaan kita pada keluarga, pada bangsa, dan pada agama?
Salam wacana daripada hamba.

Ahad, 20 Julai 2008
apa2 aje la
Mama misteri! Ramai yang berkata orang yang misteri orang yang tak da identiti. Jadi teruskanlah bermisteri.
Jeff! Tahniah
Akak Nani! Jgn rendah diri hyn kerana adanya si misteri. Biar kalam tak profesional, niat untuk berkongsi cerita yang penting. Dah buat ke laksa Johor tu. Sedap ke? Tunjuk2 la dalam blog ni. Biar si misteri terliur.
Sari! Jumaat baru ni pekena durian Tangkak. Hmm.... sedapnya, isinya fulamak cantik tapi tak leh lawan la durian Balik Pulau. MM tak terliur ke?
Eda! Tak leh nak siasat siapa. Peralatan menyiasat CSI pinjam.
OK lah! Saya beredar dulu. Nak menyelesaikan misteri diri sendiri pulak. Kalau rasa tulisan ni tak cukup ilmiah dan profesional abaikan saja. Apa2 pun cg group (yg takm isteri la) best bangat. Hidup CG.

Misteri? Apa2lah.....
Assalamualaikum,
Semoga sihat sejahtera semuanya.....
Pertama-tamanya, TAHNIAH dan SYABAS buat Pendekar Jafri yang kini sudah memegang title GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN. Satu kebanggaan buat semua warga cg, tak lama lagi menyusullah title PENGETUA!
Maaflah, akak sekarang ni tak berapa berani dah nak menulis, maklum apa yang akak tulis tak profesioanl, tak ilmiah, tidak mendatangkan celik minda. Akak ni dok merapu je pandainya. Tak pelah, sekurang-kurangnya dah ada penulis pro kita yang boleh membangunkan Cg ke arah lebih global mindanya, tidak hanya cetek ke arah dunia sempit pemikiran seperti akak ni. Cuma akak rasa kalu benar-benar ikhlas nak join Cg, kenapa mesti bermisteri-misteri, tonjolkanlah diri, biar semua warga Cg mengenali. Tidak adalah lagi teka meneka dan akak paling tidak suka sekali menyorok-nyorok ni. Kalu nak menyamar pun bukan di blog ni, mungkin boleh menyamar diblog-blog lain. Maaflah kalau bahasa akak ni ada yang tidak disenangi oleh sesiapa saja yang sewaktu dengannya...
Akhirulkalam, jumpa lagi di siaran berikutnya (kalau dah ada idea profesional yang boleh dishare!)

ANDA MEMANG DICARI
Asalamualaikum
Tahniah.
Kepada Mama Misteri dan sewaktu dengannya, tulisan yang membina AMAT dialu-alukan.
Niat suci memang sebagai wadah perkongsian apa sahaja maklumat digital. Tapi sebelum ini hanya sekelompok yang menerobos menerawang apalah sangat isunya. Sekitar dan berputar pada sentimen yang sama. Yang sekufu. Pastinya sukar untuk membicarakan hal-hal yang besar tanpa ada dokongan semua pihak. Maka cerita dan ceriti terbatas.
MAKA dengan adanya MM , terasa dunia CG semakin melaut daya fikirnya. Keterbatasan ide melangit jadinya.
Tanyalah pada bloger setia, Nani, Eda, Sari dll memang kesukaan yang teramat sangat, jik ada ide yang boleh mengglobalkan blog ini dengan ide yang bernas.
Tapi sebagai anak butir CG, kejelikitan adalah terasa dengan memahami faktor masa, kepercayaan dll tanpa merongkai idealisme CG tersebut. Doktrinasi dll adalah rempah ratus dan remcam dunia yang mewarnai CG. Tiada kalah dan memangnya.
Sekian seadanya. Terima kasih

Jumaat, 18 Julai 2008
Usaha mendiasporakan CG atau ????
Menghulurkan salam,
Blog ni nampaknya ada peminat atau penyumbang misteri. Satu perkembangan atau satu percubaan mendiasporakan dan menyenaraiawamkan blog ni. Hasil tulisannya ada macam kejengkelan terhadap isu prima yang dipaparkan. Mungkin mengajak anda menulis isu yang lebih bermanfaat kepada diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.Tentunya isu yang lebih santai tetapi memberi kefahaman terhadap semua pihak dan bukannya khusus kepada penjawat awam yang bercita-cita besar adalah lebih dialu-alukan. Namun, jika tulisan berbaur politik dan pendewaan watak atau tokoh, sila lupakan!Sekalipun ada angin sepoi-sepoi yang bertiup ke arah percubaan menerapkan ideologi golongan tertentu dengan kemahiran bahasa yang tinggi dan taktik yang licik dan selicin belut,namun terkilas ikan di air,sudah tahu jantan betinanya.
Jadi untuk menjadikan blog ini panjang hayatnya, marilah kita mengacau dodol bersama-sama.
Kandungan blog ini sebenarnya dipantau secara rinci oleh banyak pihak. Nawaitu berblog perlu semurni embun pagi.
Jadi....?
Siapakah penulis misteri yang tadinya mengesan penulis misteri? Biarlah kekal misteri!

Ceritera Guru-giri
Assalamualaikum,
Apa khabar semua ?? Saja nak ajak sembang tapi asyik kisah PTK dan DG, lain-lain topik takdak kah?? Mai kita diskusi cara-cara nak memantapkan famili, menggilap skil peribadi (manalah tau ada nak jadi bisnesman, jutawan direct selling, diamond ni tu, ketua apa-apa pertubuhan hebat, dll)
Teman ada hati nak jual ubat tapi mesti produk yang hebat punya,bukan yang hangat-hangat tahi ayam. Manalah tau ada jus ajaib boleh menambahkan celik akal atau daya memori. Anak-anak boleh juga lebih cair hafal formula matematik yang canggih. Boleh juga menambah markah ujian dan exam. Ada sape-sape simpan resipi / ramuan keluarga - boleh pasarkan di bawah brand Puteraputeri CG. Sambil tu kita buat jus, vitamin, krim, losyen dll. Pakar-pakar dapur yang dah bosan makan gaji boleh juga pertimbangkan untuk usahasama buka kedai makan. Apapun, pelanggan sure ada punya kalau masakan sedap dan harga ok. Jadi, apa kata Pn Sari, boleh jadi chief cook?? Memang paling sesuai. Gerenti sukses.
Lagi best kalau ada alat apa-apa untuk mengurangkan kadar pembakaran petrol dalam kenderaan. Asyik sibuk pasal harga minyak naik. Tapi lagi best kalau kita ada cara untuk tambah pendapatan, soal minyak tu taklah pening kepala lagi. Jual nasi lemak kat tempat kerjakah, jual tupperwarekah, jadi agen insurankah, apa-apa aja asal bebas daripada unsur jenayah.
Oklah, kita sembang lagi kalau ada masa terluang.

Ahad, 13 Julai 2008
SEDAPNYA
Assalamualaikum
buat sahabat2 cgku..
Tak sangka pi kursus ptk sedap rupanya
bukan setakat jumpa kawan baru
suku sakat ukm dulu pun berderu
memba cg kita pun ada kutemu
Tak sangka pi kursus ptk sedap rupanya
biru mata biru telinga
apa tidaknya, speaking mengalahkan orang putih
berlakon konon akulah dato' akulah menteri
Tak sangka sedap-sedap kursus ptk
sedap lagi blog cg
dengan segala jenih mi
mujuq la hamba tak mengidam lagi
Ni nak tanya, had dok sekodeng sokmo tu pasai pa?
pasai sedap ka?
salam kecindan dariku buat semua.

Selasa, 8 Julai 2008
ada yang terliur, sendiri juga
Asalamualikum,
Tq CT,
hang memang cekap. Lawan depa no. Kita siap ada gambaq lagi. Kalau nak photostorykan nanti jelos pula mak nani. Biaq pi kat depalah.
Mek Sari pun jelos juga, tapi baguihlah sipa dgn resipi.....bila boleh tumpang semangkuk dua...
Mek Eda ni pi tak PTK, sonyap je. Nak kato apo lagi.
Cerita terbaru? Tak ada kot kalau peringkat nasional tu banyak juga.....macam-macam ada....
panasssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Cerita lagi lain waktu

Terliur, Sup Kedah Dan Mee BAndung lagu Best!
Asalamualikum
Terliur?
Apa-apalah.
Makan dan makan. Bagiuh juga. Nanti boleh pekena semangkuk dua bila p KT. Kena sedialah.
Tapi tanya CTKT, Bihun Sup Kedah dan Mee Bandung lagu sedap. Tambah cendol gula merah mesti orang lalu eblakang tak nampak punya.
Apa khabar yang lain.
Apa cerita?
Kongsilah.
Jumpa lagi, sekadar memantau apa yg ada.

Ahad, 6 Julai 2008
LAKSA JOHOR SELERA TERLIUR....
Jumpa lagi. Atas permintaan Akak Nani. Tengok tajuk tau dah kan. Yealah selera mak selera anak juga. Usahalah juga Mak Ngah cari resipi yang sesuai senang disedia sedap berkhasiat. Maaf ya Cik Azah, Soto Johor pospon. Beri laluan pada Akak kita yang sedang berselera setelah bertapa tiga bulan.
Bahan-bahan.
500 gm spagetti (rebus dengan sedikit minyak zaitun)- tuskan.
6 sudu minyak masak/sayuran
1 kg ikan kembung (nak sedap ikan tenggiri/parang) -rebus dan ambil isinya
3 sudu bsr kerisik
1.5 liter air
6 tangkai daun kesum
5 kpg asam keping
300 gm santan pekat
2 sudu teh garam (ikutrasa)
2 kiub ikan bilis
Bahan rempah
20 tangkai cili kering rendam dgn air suam15 min dan tuskan.
200 gm bawang merah (agak ikut le berapa biji)
3 batang serai diketuk.
30 gm (2 sudu besar) udang kering rendam sampai lembut (dpt udg Sabah sedap ni)
2 inci lengkuas ketuk
2 inci kunyit hidup (tak sedap yg serbuk)
2 inci belacan
1 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
1 peket rempah kari ikan
Hiasan
Tauge buang akar
Timun buang empulur dan racik halus kalu pandai potong lengkar nipis
daun pudina, kacang panjang hiris halus
hirisan bawang besar, cili hidup dan limau kasturi
Cara masak kuah
Panaskan minyak atas api sederhana, tumiskan bahan kisar dan rempah kari 3 - 4 min. Masukkan kerisik dan isi ikan. Tambah air biarkan didih. Masukkan daun kesum, serai dan asam keping.Renihkan 15 min baru masukkan santan, stok ikan bilis, garam dalam api yang kecil. Kacau jangan pecah minyak dan sedia untuk dihidangkan. Rasa apa yang kurang.
Sedap beritahu kawan tak sedap beritahu Mak Ngah. Jumpa lagi lain keluaran dengan resipi Spagetti bolognese dan Soto Johor. Kalau ada gambaq terliuq punya tapi Mak Ngah tak pandai lagilah.Koi-koilah ya.....

Sabtu, 5 Julai 2008
selamat berjuang Dalam PTK
Asalamualaikum
Heboh atu dunia PA glamor. Senang untuk sensasikan diri dengan 1001 cerita. memang mengasyikkan bersama misteri yang menyelimuti.
Belum reda C4 dan kes altantuya bersama Akuan Bersumpah RPK dan bla, bla, bla....
Memang ada cerita untuk dijadikan rujukan,
Untuk pejuang PTK, selamat berjuang (Hanya orang gomen sibok-sibok dgnnya, )
Untuk yang lain, buatlah apa yang patut.
Mengendap blog dan curi masa menulis.
seperti selalu, kita bkin kerja atau kerja bikin kita. Siapa bos. Kerja atau kita.
Cukup dulu.
Tunggu hanif dan Jeff masuk , hangpa dok bertapa ke?
Wasalam

Langgan:
Catatan (Atom)