Sabtu, 26 Julai 2008

FUYOH! MARI KITA SEMBANG SANTAI......

Salam buat kekawan. Nampaknya ada tetamu di CG. Terima kasihlah sudi mengunjungi blok Cg dan yang pasti bukan papa misteri. Juga terima kasih sudi bertanya sekilas khabar. Dok sejalan tak pernah jumpa. Pak Haji yang jauh pulak bertembung. Kerja kerja juga, ukhuwah kekalkan tak gitu sdr. Alias?Angah @ Mak Daro, bilonyo nak sembang giler-giler. Dalam lelah (bukan asma) ada ketikanya baca tulisan mak cik pak cik umpama terapi. Sebahagian dari pelarian dek dihambat tugas dan kerja. Tapi percaya tak? Menurut satu artikel di NST, perempuan lebih gembira dari lelaki. Sebabnya dapat memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan rakan sudah lebih berharga dari wang ringgit. Ataupun sekadar dapat goreng kopok lekor buat minum petang bersama suami dan anak-anak tercinta juga seteko kopi o panas yang terhidang cukup membahagiakan.Itu bagi yang tak dak pembantu mcm kami ni(yang sewaktu dengannya). Kalu ada assistant pasti menunya 6*.

Permisi dulu, andai terluang akan menyusul lain siaran(hot fm ke, suriafm ke apa-apalah)Wassallam.
Sebelum lupa terima kasih buat Tn.Haji yang komited dgn cg blog's.Hidup Tn.Haji!!!!!!!

Tiada ulasan: