Semoga semuanya di bawah naungan dan rahmat Allah swt.
Ni, nak testing pw baru yang diberi oleh Mas Aji. Alhamdulillah dah boleh sign in.
Terima kasih banyak-banyak di atas usaha Mas Aji untuk menghalang MM dan penceroboh yang sewaktu dengannya daripada terus menggodam blog kesayangan kita semua ini. Kini akak rasa bersemangat untuk menulis semula setelah mendapati bahawa semua CG yang berdaftar pada tahun 1985-89 menyokong sepenuhnya untuk TIDAK menjadikan blog kita ini blog yang sewaktu dengan cambridge.com ke, harvard.com ke tetapi sebaliknya terus mengekalkan ciri-ciri CG sejak awal penubuhannya, gempaq ho-ho, ho-ha dan santai. Tidaklah akak berniat untuk mengimbau sejarah silam tetapi harus diingat, sejarah itu perlu dipelihara supaya keagungan dan keunikan ukhuwah yang dibina di antara ahli CG ini akan terus kekal hingga ke generasi seterusnya. Pun demikian tidaklah akak menolak sebarang idea yang baik dan bersifat membina cuma biarlah ianya datang dari kaum kerabat CG sendiri, bukan daripada orang luar sementelah lagi tidak berapa nak jujur, siap bermisteri-misteri pulak. Itu yang akak marah sangat tu. Tak tahu menahu sejarah CG, memandai pulak nak campur tangan, lepas tu tak nak tonjolkan identiti, mana boleh lagu tu?
Sehari dua ni akak seronok masuk blog sebab ramai yang turun padang disebabkan isu MM ni. Ma'am Jah pun dah pandai menulis dah sekarang, dah puas sekodeng agaknya. Panjang lebar lagi...Cayalah ... Buat Pak Lah, betul apa yang hang kata tu, memang seronok kalau dapat jumpa muka bertentang mata, bersembang dan berborak tapi masa dan keadaan terkadang terbatas untuk menghimpunkan kita semua serentak. jadi blog inilah penghubungnya. lagipun, adakalanya tidak semua kata-kata lisan itu dapat menyuratkan apa yang tersirat. Terkadang coretan tinta lebih dapat menggambarkan apa yang hendak disampaikan. Jadi janganlah tunggu reunion baru nak berderita dan bersembang. (Tinggi beno ke bahasa akak ni? rasanya boleh faham kot. kalau tak berapa nak faham, boleh rujuk kat Dr Azah atau pun Chek Eda, pakar bahasa kita...) Masuklah blog, sekali pun tak apa, sekadar melepaskan rindu semua CG member yang sentiasa tertunggu-tunggu dengan kemunculan hang!
Mak daro oii, tak puas lagi ke mengadap muko teman sebelah yang tak berapa nak hensem tu? Dah-dahlah tu, se bimbang kot nanti taun depan, merayu-rayu kat se mintak diposkan koleksi maternity dress yang se ado ni. kang malu...Baik join blog. janji nak cerito kisah benar kat bumi anbia hari sampai ari ni belum dapat se baco. Apo kono ni? Tak kan nak tunggu bagi honorarium dulu baru nak menulis?
Azah, rundingan meja bulat tu bila nak jadi meja bujur pulak. Akak setuju dengan Chek Eda, jangan lama sangat dok berbincang, nanti ayaq teh dengan mee bandung tu sejuk, tak sedap nak makan dah..Dah ulang-alik ke Johor tu, ada petanda ke meja bulat nak jadi meja bujur dalam masa terdekat? kami tunggu.........................
Sekianlah saja, la ni, akak tak berapa boleh nak duduk lama-lama, sengkak semacam je...Doa2kan akak dan baby sihat sejahtera ya, maklum dah masuk era senja begini masih nak ada baby, macam-macam yang tergambar dan terfikir.
Wassala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan