Isnin, 21 Julai 2008

wacana intelektual

Salam ukhuwah dan salam silaturrahim buat teman-teman cg yang telah kukenal hati dan akal budinya.
Buat MM dan GG cg, bagaimana bisa kuhulur salam perkenalan seharum kasturi andai kalian begitu pemalu di alam misteri yang begitu dan begini..
Benar-benar teruja dan benar-benar teruji mindaku dengan penampilan yang misteri,
secara jujur kemisterian itu telah mengacau-bilaukan hati dan akalku untuk sama-sama mengacau dodol yang lazat lagi berkhasiat.

Sebelum gelanggang persilatan dihangatkan dengan wacana keintelektualan,
jom kita sembang santai (sesantai gelek santai) dan seadanya seperti kita yang biasa-biasa, ceria dan giler-giler..

1. Congratulation! buat Jef..sungguh bagai dikata, diam-diam ubi berisi no.

2. Aza..dok ulang pi Johor ja... Moga perbincangan meja bulat menuju kata sepakat..Oo hang pun ada cerita misteri no!

3. Merendah diri dan berterus-terang..itulah dia Naniku sorang! Apa kata kita fikir positif dan dengan semangat serikandi jom kita sama-sama berjuang mengacau dodol..sari dan angah no hal kan, join sekali no..Cek tukang rasa ja na.

4. Jah..tetap setia dengan agenda sekodengnya..Bisnes ok no! Nak raya dah ni.

5. Hanif..kalut buat persediaan PHD kot..Selamat no.

6. Usop..amacam, nampak gaya lepaih ni lagi poning nak tulis artikel dalam blog daripada buat esei PTK..Tibai ja la no.

7. Pak Lah..masih misteri..sepi sesepi petapa di gua kelam..nak kena siasat ni.

8. Moga bahasa mesra alamku tidak menjejaskan tahap kewacanaan dan keprofesionalan para pembaca blog ini.

Dan sebagai wacana ilmu, khas buat semua pecinta ketamadunan..amatilah kata-kata ini:

Tiada musuh kepada orang yang tidak mencari kuasa
Tiada lawan bagi orang yang tidak mencari harta
Hamba tidak mencari kuasa dan tidak mencari harta
Yang dicari hanya keikhlasan sebagai seorang hamba Allah
dan keikhlasan dalam persahabatan
jua kejujuran dalam menyampaikan amanah
bersumberkan kalam Allah dan Sunnah Rasulullah

Namun
hamba hanya manusia biasa
kadang-kadang logikal
selalu juga tidak
sering sentimental
sesekali emosional
walaupun ingin sekali
begitu intelektual

Maka sebagai pencinta keintelektualan
hamba percaya
di negeri bahasa
di medan wacana
kiasan itulah kuasa
idea itulah harta

Wallahualam.

Untuk mengakhiri wacana separa intelektual ini, demi menajamkan minda memperkasakan jiwa
marilah kita tanya pada diri..
Apakah bukti tanda kecintaan kita pada keluarga, pada bangsa, dan pada agama?

Salam wacana daripada hamba.

Tiada ulasan: