Ahad, 6 Julai 2008

LAKSA JOHOR SELERA TERLIUR....

Jumpa lagi. Atas permintaan Akak Nani. Tengok tajuk tau dah kan. Yealah selera mak selera anak juga. Usahalah juga Mak Ngah cari resipi yang sesuai senang disedia sedap berkhasiat. Maaf ya Cik Azah, Soto Johor pospon. Beri laluan pada Akak kita yang sedang berselera setelah bertapa tiga bulan.

Bahan-bahan.
500 gm spagetti (rebus dengan sedikit minyak zaitun)- tuskan.
6 sudu minyak masak/sayuran
1 kg ikan kembung (nak sedap ikan tenggiri/parang) -rebus dan ambil isinya
3 sudu bsr kerisik
1.5 liter air
6 tangkai daun kesum
5 kpg asam keping
300 gm santan pekat
2 sudu teh garam (ikutrasa)
2 kiub ikan bilis

Bahan rempah
20 tangkai cili kering rendam dgn air suam15 min dan tuskan.
200 gm bawang merah (agak ikut le berapa biji)
3 batang serai diketuk.
30 gm (2 sudu besar) udang kering rendam sampai lembut (dpt udg Sabah sedap ni)
2 inci lengkuas ketuk
2 inci kunyit hidup (tak sedap yg serbuk)
2 inci belacan
1 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
1 peket rempah kari ikan

Hiasan
Tauge buang akar
Timun buang empulur dan racik halus kalu pandai potong lengkar nipis
daun pudina, kacang panjang hiris halus
hirisan bawang besar, cili hidup dan limau kasturi

Cara masak kuah
Panaskan minyak atas api sederhana, tumiskan bahan kisar dan rempah kari 3 - 4 min. Masukkan kerisik dan isi ikan. Tambah air biarkan didih. Masukkan daun kesum, serai dan asam keping.Renihkan 15 min baru masukkan santan, stok ikan bilis, garam dalam api yang kecil. Kacau jangan pecah minyak dan sedia untuk dihidangkan. Rasa apa yang kurang.

Sedap beritahu kawan tak sedap beritahu Mak Ngah. Jumpa lagi lain keluaran dengan resipi Spagetti bolognese dan Soto Johor. Kalau ada gambaq terliuq punya tapi Mak Ngah tak pandai lagilah.Koi-koilah ya.....

Tiada ulasan: