Isnin, 21 Julai 2008

SIAPAPUN MM PEDULIKAN SANTAI TETAP SANTAI.

Salam buat semua. Tahniah buat Jef dan keluarga. Kami tumpang syukur dan bangga. Itulah CG. Tak perlu sembang intelektual sangat sebab di luar sana dah banyak sangat jadi pemikir.Blog CG sekadar penghubung silaturrahim cerita-ceriti itu ini. Alahai yang santai-santai dan giler-giler (masih dalam batasan minda normal).Tok sah dok sedih lah Akak Nani weh!Kita teruskan dengan apa yang ada. Untuk kita-kita aja. Nak serius masuk blog CikDet.com ke, Malaysiakita ke, takpun nak kaya tupperware.com boleh gak. Tak gitu?Jangan melenting Mak Cik sekadar beri pendapat peribadi tak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau yang mati. Macam mana Pak Haji? Macam mana Cik Eda?Orait ke?

Cerita pasal durian Tangkak, yang best RM24.00/kg. Isi merah gitu. Takpun durian Segamat.Balik Pulau not bad sebab saya pernah dok Pulau Pinang. Nak best lagi durian Hulu Tembeling, makan bawah pokok! Bawa balik Kajang alamat seminggu bau kereta pasti pewangi durian. MM jangan sinikal bila saya tulis cerita tak ilmiah ni. Yang tersirat kayanya negara kita dengan buah nadir yang sekali hadir pasti orang kampung, tauke durian senyum ke telinga sebab rm bertambah rezeki murah. Yang best dan penyayang malah dermawan, singgah Bukit Gantang, jemaah masjid surau dijamu dengan durian. Terima kasih YOP! Apapun durian tembaga , durian payung dusun arwah Tuk saya di King Road(Jalan Raja, Jorak is the best sebab free dan sentiasa di hati walau dia dah tiada).

Cukup lalut nanti cerita lagi.Buat semua santai-santai dan saya memikirkan tulisan Cik Eda di luar blog.

Tiada ulasan: