Isnin, 25 Mei 2009

Simpulan nan terlarai....

Assalamualaikum,

1. Botul kata Che Eda, Akak Nani osah-osah dah paham bahaso haiwan.....Tahniah. Ado gak
sahabat kito yang dah menapak satu langkah ke dopan...

2. Walau bagaimanopun, se nasihatkan Akak Nani jangan cubo-cubo meniru cakap orang nogori,
gatal ketiak se tak hilang lagi...Jangan ditambah kemiangannya....

3. Respect lagi kat Eda....yolah...macam dulu gak...cool. Buek mano-mano yang patut. Sekarang
se dah lotak jawatan PSS....adolah maso nak makan. Kalau tidak tu, asyik tercokik jo...

4. Julia...tak ingat la..tapi Pah (isteri Wak, kan se nyo room mate tahun 3). Kalau Che Eda dan
Akak Nani ingat, maso kito jumpo kat Pasar Payang dulu, kan ado se cerito pasal adik Pah
yang dah melalui kehidupan kahwin cerai 3 kali...?

5. Respon la bagi yang membaco....jom kito meriahkan blog kito ni.....Sari, Jah, Dr. Aza, Mas Aji,
Jepri??? (setolah di Jawakan)....terlupo lak...Akak Nani....dengan bahaso ayam den lapeh....!

Wassalam...Daripado Mak Daro (Calon Seri Menanti)

Rabu, 20 Mei 2009

Wacana Batu Bersurat

Assalamualaikum wbt. dan salam wacana,
buat semua cg,
guru dan bukan guru,
sempena hari guru yang menjadi tema wacana blog kita minggu ini,
terasa kemeriahannya dan keayamannya...jangan betulkan sebutan anda..

Respon kepada yang memberi respon dan yang sewaktu dengannya..

1. TQVM kepada penterjemah bahasa itik yang telah berusaha mengorek-ngorek rahsia batu bersurat SELAMAT HARI GURU. Catatan itu hanya menjadi bermakna apabila wacananya difahami. Cek respect hang..bukan setakat jadi penterjemah dan pakar pelbagai bahasa haiwan malah dilantik jadi PA klas atasan lagi..bahasa nogori cek nani pun dah ada kemajuan, sebijik macam mak daro no.

2. Setelah isi kandungan batu bersurat SHG difahami, alangkah riang gumbiranya hati hamba tidak terperi rasanya sehingga terbukalah kembali selera makanku dan lenaku, maka badanku yang slim kembali normal seperti sedia kala.

3. Macam2 anugerah mak daro dapat sebagai guru..cek tumpang seronok. Tahniah! Semoga anugerah isteri solehah dan isteri mithali juga tercatat pada batu bersurat seorang isteri. Amin.

4. Ada sapa2 yang masih ingatJuliah? Budak Johor.. Dia pi Mekah ( selain syarifah Norasyikin dan suaminya wak) sama dengan cek taun lepaih..dia mengajaq di JB la ni.

5. Pasai PSS PM masuk bertanding tu, cek nani salah teropong tu, cek relax ja, tak kuasa nak make up lebih-lebih, ala kadar dah la..banyak lagi bab yang lebih penting..utamakan yang utama, jangan salah letak prioriti, hingga ada yang terabai.

6. Mak daro, jadi cikgu PA, biar ucapan yang tersurat sama dengan maksud yang tersirat, nyatakan yang benar meskipun pahit..Insya Allah anak murid akan faham dan tau beza yang haq dan yang batil, meski apa yang terpapar di depan mata tidak seperti fitrah alamiah..hidup ini perjuangan..lawan jangan tak lawan na.

5. Kepada yang bukan cikgu tapi cg, jangan berasa hati na pasai terover sembang bab cikgu kali ni..sekali cikgu selamanya cikgu.

6. Tunggu part 6..jangan tak tunggu.
wassalam.

Se tak marah........

Assalamualaikum,

1. Sobab tulah se guno warno selain merah untuk menunjukkan keredhaan, ketenangan....

2. Sobab tulah se tulih batu bersurat sobab malu nak menunjuk

Oleh Mak Daro

Dipublishkan oleh Akak

Sekarang ni akak dah ada tugas baru jadi PA kepada GC Pn. Noridah Hj Shaari. Bayarannya lumayan tau....

PESANAN DARI PENAJA

Asalamualikum

1. Bloger sekelian adalah dinasihatkan menggunakan mesj yang jelas dan boleh dimegerti semua. Hi hi hi

2. Gunakan bahasa ayam. Lain-lain bahasa digalakkan. Jangan galak dan gelak.

3. Font mesti sebesar mata ayam, bukan tahi ayam . hangat-hangat tahi ayam ok.

4. Lupa dirilah..mengucapkan selamat hari guru...untuk diri sendiri dan kekawang...

5. Org laki-laki adil tau. tanya orang laki-laki kalau tak percaya. tak percaya ker?. tanyalah Nelson Mandela ker, Mahatma Ghandi ker? semua kata adil. Sah lagi. Kah, kah, kah....panjang sikit lagi kah tu

6. Jika ada sesiapa terjumpa kekawang lama, sila dapatkan maklumat lanjut....

wasalam

Selasa, 19 Mei 2009

Mak Daro....Jangan Marah Yo..

1. Maaf kerana se memandai menyuratkan bahasa itik catatan bertajuk SELAMAT HARI GURU tu kepada bahasa ayam .



2. Se bukan apa, kesian pada ahli-ahli kumpulan ayam yang semuanya pening nyamuk membaca tulisan itik mak daro terutamanya che Eda yang se tengok serta merta slim lantaran gundah gulana dok memikirkan kandungan catatan Mak Daro sehingga tak lalu makan minum, mandi tak basah, tidoq tak leno.



3. Bila se belek-belek , se terjumpalah batu bersurat yang asli tu, se dapati kandungannya amat membanggakan untuk dibaca oleh semua ahli kumpulan ayam ini. Agak rugilah jika kisah mak daro yang ternyata hebat itu hanya kekal di batu bersurat sahaja tanpoa ada sesiapa yang memahaminya.



4. Maka itulah se ikhtiark an jalan supaya mesej yang disampaikan itu jelas dan dapat dibaca oleh semua orang.



5. Harap lepas ni Che Eda akan kembali ceria dan gumbira

6. Sekali lagi mohon ampun dan mahap daripada Mak Daro jika se telah melakukan satu kesalahan kerana menyiarkan catatan tanpa izin....

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum,

1. Bab 2 : Akak Nani ado telepon se....cerito pasal Eda yang tongah sibuk di PSS. Sajo la se nak kongsi cerito.....jangan kato seriak atau berlagak yo. Tahun 2006 PSS sekolah se, johan peringkat kebangsaan. Se jadi Setiousaho. Memang macam nakgilo dibuek ehh......Suami se paling marah sobab banyak maso kat PSS jo. Bilo dah dapek anugerah tu.......se lotak jawatan.Mako sonyum lebar Abang Tahir.

2. Banyak tak adillah orang lelaki ni....(u/p Mas Aji). Isteri sibuk, tak boleh......Suami sibuk, tak po......Oleh kerano maleh nak masam......sobab se manis (dikerumuni dek somut).....sonyap jo lah. Sekarang, gumbira ever after........

3. Tahun 2006 jugo se monang Guru Inovatif sempena Hari Guru. Banyak gunakan / aplikasi pengajaran Dr. Adnan Kamis.Hadiah eh, ciput jo tapi Pengetuo se dah nak pencen, mako dipakso eh se masuk supayo dia pencen dongan mimpi indah ....... Lopeh tu....se, agak popularlah....masuk Astro (termonung Siti....tergugat lah tu....)

4. Sekolah KGV pornah buat lawatan ke Sekolah Sultanah Asmah, jumpolah.......kawan kito Norliza Kasa, ingat lagi Harum.......?Harum maso tu dah jadi Guru Cemerlang....

5. Gambar slim se di Bab 6 yoo....Sobalah menunggu.......

Daripado,Mak Daro

Apolah ado pado tulisannnn?

Assalamualaikum,
Ucapan tak selari dengan maksud..
Itulah Pengajian Am namo eh...
Buek apo pocah kepalo?
Baiklah pocahkan kelapo...
Tak dapek baco, jangan baco.....

Sebonar eh.... nak buktikan
Khas untuk yang eager nak tau
Sejauh mano se dah slim....

Jawapan...
Tulisan samo dengan badan....

Nukilan..
Mak Daro

Isnin, 18 Mei 2009

Terrr...tekan la pulak

Assalamualaikum wbt.

Kepada yang berkenaan,
Tolonglah terjemahkan isi kandungan SELAMAT HARI GURU tu
pecah kepala cek baca tulisan antik lagi abstrak hang
mengalahkan batu bersurat Kedukan Bukit dan Talang Tuwo,
atau mungkinkah
laptop cap ayam seramaku diserang virus H1N1?
atau
ada mesej tersirat?
Tolonglah habaq yang sebenaqnya
kalau tidak
mau tak lalu makan
tak lena tiduq cek dibuatnya...

P/S: post tadi tolong delete na, silap tekan.

Tolong! tolong!

Assalamualaikum wbLaptopku telah di

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum,
1. Bab 2 : Akak Nani ado telepon se....cerito pasal Eda yang tongah sibuk di PSS. Sajo la se nak kongsi cerito.....jangan kato se
riak atau berlagak yo. Tahun 2006 PSS sekolah se, johan peringkat kebangsaan. Se jadi Setiousaho. Memang macam nak
gilo dibuek ehh......Suami se paling marah sobab banyak maso kat PSS jo. Bilo dah dapek anugerah tu.......se lotak jawatan.
Mako sonyum lebar Abang Tahir.
2. Banyak tak adillah orang lelaki ni....(u/p Mas Aji). Isteri sibuk, tak boleh......Suami sibuk, tak po......Oleh kerano maleh nak
masam......sobab se manis (dikerumuni dek somut).....sonyap jo lah. Sekarang, gumbira ever after........
3. Tahun 2006 jugo se monang Guru Inovatif sempena Hari Guru. Banyak gunakan / aplikasi pengajaran Dr. Adnan Kamis.
Hadiah eh, ciput jo tapi Pengetuo se dah nak pencen, mako dipakso eh se masuk supayo dia pencen dongan mimpi indah
....... Lopeh tu....se, agak popularlah....masuk Astro (termonung Siti....tergugat lah tu....)
4. Sekolah KGV pornah buat lawatan ke Sekolah Sultanah Asmah, jumpolah.......kawan kito Norliza Kasa, ingat lagi Harum.......?
Harum maso tu dah jadi Guru Cemerlang....
5. Gambar slim se di Bab 6 yoo....Sobalah menunggu.......

Daripado,
Mak Daro

Jumaat, 15 Mei 2009

Bosar hati se menulih........

Assalamualaikum,
Gumbironyo hati se.....semuonyo memberikan respon. Teruskanlah usoho yang berbaloi-baloi ni.
1. Jah, hari Rabu (03.06.09) se menjemput anak kombar se....bolehlah kita calling-calling
kalau nak bertomu. Tengoklah sendiri betapo slimnya se tanpa sekatan makan. Akak Nani
jangan jeles...30 Mei - 1 Jun, se ado kat Langkawi ....sapo lak nak bertomu dengan se?
2.Buat Eda, terimo kasihlah membotulkan bahaso se....alasan untuk cover....Pengajian Am
tidak pontingkan bahaso, asalkan dapek menyatakan idea sudah memadai....Walau
bagaimanapun, se dapek belajar sesuatu
.
3.Akak Nani, se nak gak jadi macam mu....ado part satu, duo, tigo....soba jo lah...yo. Nak
serkap jarang konon....se ni manolah layak nak pogang jawatan....cikgu biaso...dulu,
kini dan selamonyo...
Wassalam....Daripado, Mak Daro......

Khamis, 14 Mei 2009

Assalamualaikum wmt wbt

1. Akak suka sangat, apa tidaknya, Ma'am Jah dah muncul di blog.
2. Akak gembira jugak dengar Azah dah beralih angin ke selatan. Mudahan sembuh sepenuhnya.
3. Husna pun dah kembali semula ke sekolah, insyaallah, tentunya bertambah sihat. Jangan lupa jaga makan dan teruskan ubatnya ya!
4. Mak Daro, copeklah upload gambarnya. Agak-agak samo slim macam akak ke? Kalu idak, tak usahlah, buek malu jo!
5. Tahniah buek Mak Daro yang naik pangkat jadi penolong kanan tingkatan 6 gitu! (Akak mohon maaf kalau over acting!)
6. Tahniah juga buat anakanda Fahim yang dapat ke UIA. Anakanda Pak Lah dapat mana?
7. Untuk makluman Cik Jah, Danish tu dah lama dok isap ibu jari kaki......entahlah cik Jah oi, kalau dah rezeki masa sweet 40 ni apo nak dikata.......

Wassalam

Selamat Meyambut Hari Guru 2009


Rabu, 13 Mei 2009

Hi...Hi...Hi....

Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq semua? Sihat le hendaknya no. Aza pun dah ok kan...kan, kan. Anaknanda Aida pun dah ok di samping bondanya yang tentu semakin mantop hasil diet yang seimbang tanpa kolestrol yang tinggi. Ye le makannnya rebus2, ikan haruan pulak tu..Teringat akak zaman pantang2 bersalin, beginilah makannya. So, body pun fulammak...la ni, pantang jumpa...
Husna, pun dengarnya dah sihat, alhamdulillah
Kepada yang berjaya dalam SPM, tahniah le walaupun terlambat...dah nak masuk kolej dah depa no.
Kita dah lama tak update blog, bukannya apa, sebab tak dak berita terkini di samping sentiasa menyibukkan diri dengan entah apa2...itu lah donia kan..I'm sorry...
La ni kita dok sorang2 (ngan anak2 kecik dua orang tu le) sebab room-mate kita mengerjakan umrah.
Ni tengok pakat dok bagi macam-macam resipi. Terliur tau. Ha, sapa nak merasa resipi kita kena mai rumah. Sari, bila le nak mai rumah chek. Dok pi Ikea tu, singgah le rumah. Kawan2 yag outstation tu, kalo turun KL, ketuk aje pintu rumah kita...no hal
Nani, si baby dah pandai apa?..minta adik lagi ke...hehehehe...tengok betoi2..orang tua2 kata kalo dia suka hisap ibu jari kaki...ha nak adik le tu
Pak Cop (lelaki melayu terakhir di blog aje le..sebab yang lain tak pernah nak tulis) awak senyap pulak. Masuk hutan lagi ke..la ni masuk hutan pun ada line tau..lagi boleh dapat banyak idea
Angah bila kita nak berjumpa di Alamanda lagi..boleh le tengok betoi dak slim. Kalo betoi baru boleh endorse petuanya..
Okay le stop kat sini dulu....keretapi kepala merah..lain kali kita jumpa lagi no
Wassalam

Selasa, 12 Mei 2009

silap tu sayang

Assalamualaikum dan salam cg bahasa.

...mengkuruskan badan
ejaannya silap mak daroku sayang..
contoh: koyak jadi mengoyakkan bukan mengkoyakkan
kayuh tak jadi mengkayuh tapi mengayuh..
makanya: kurus menjadi...sendiri mau jawab la

Wadohh.....demam mengkuruskan badan....

Assalamualaikum,
Ramai yang tanyo se tontang nak maintainkan badan. Sonang yo tu.....makan segalo yang ado. Target turun 3 kilo, tapi naik 4 kilo! Rileks la.....lagi gebu lagi mengancam......

Yang sahabat-sahabat ni bagi resepi mengancam, apasal? Macam mano nak slim?

Eishh....eishh....sweet 40 ni, konolah maintain kan? Nanti se upload kan gambar terbaru se lopeh kursus menylimkan body.....Next change coming soon.

Wassalam...

Selasa, 5 Mei 2009

BAGUIHHH...BAGUIHHH....

Ada respons isu kali ni. Resepi yang memang best.Macamana nak maintain. Komen sikit Mak Daro... InsyaAllah ada rezeki, panjang umur kami akan tiba juga kat depan pintu rumah siapa-siapa le.Harap sudi terima kunjungan kami.Almaklumlah satu batalion. InsyaAllah hujung tahun dalam perancangan, kami akan terbang ke Negeri Di Bawah Bayu. Sambil makan angin ziarah kawan-kawan di sana. Jef dan familipun mungkin akan ke KL Mei nanti. Ngantor anak bujangnya ke UIA, Gombak.Gitu le dengarnya yang dikabo teacher Husna kat saya. Singgahle kat Saujana Impian.Hanif atau Pak Lah atau sapa-sapa yang ke Kajang mai singgah. Azah bila nak mai rumah cek?

Buat anak-anak, selamat periksa., Pulun jangan tak pulun. Jumpa lagi...

Ahad, 3 Mei 2009

Resepi untuk orang sakit/awet muda

Assalamualaikum dan salam sweet 40's.

Resepi ini khas ditujukan kepada:
1. orang yang dok mintak resepi
2. sapa2 yang nak slim
3. yang sakit lepas dibedah
4. yang dok sekodeng memanjang
dan sapa2 yang nak maintain sweet mweet..awet muda!

Jom pakat2 cuba, sehari satu resepi selama seminggu:
1. ikan haruan panggang
2. ikan selar bakaq
3. ayam halia lada hitam tanpa kulit
4. ikan selayang masak singgang
5. ikan temenung masak rebuih
6. ikan merah masak stim
7. nasi air (bubuq kanji)

Ulang untuk minggu kedua dan ketiga.

Minggu ke-4, boleh resepi2 di atas bolehlah dikombinasikan dengan:
1. kicap lada asam limau
2. ayaq asam
3. sambal belacan + ulam pegaga
4. budu + ulam raja
5. sambal tempoyak + petai
6. sambai nyok + selom
7. cabai jeruk
....dengan syarat yang sakit dah sembuh.

Inilah resepiku selama seminggu yang lalu dan masuk minggu ke-2..yang dibuat khas untuk ainaa, termasuk mak dia sekali, pekena resepi orang sakit..nasik lembek.

Selamat mencuba na.

Makan, Termakan dan Dimakan



Hello sweet 40s....hngpa kata nk maintain, tapi rasa terliuq dgnm resepi..hancuqq

N, untuk yg sakit, moga cepat sembuh. CTKT, Husna dll.

Jom p melawat org sakit....sapa nk sponsor....utara ada bawah bayu ada....kalau susah p sendiri....sendiri tau ler...kalau ramai2 p kan syok jadinyer....

Ambo ginilah jab ada jab ilang...jab dok dalam hutan, jab hutan batu...kerja dgn orang cam nilah kita. hihihihihi

Tapi kenapa yer, apa depa buat yer...pang5 dan pang6, yg ilang menulis....

Wasalam

Sabtu, 2 Mei 2009

Resepi...sambungan (Buek Mak Daro saspen sikit)

Resepinya ialah Mushroom sup (Chek Eda, hang jangan gelak kat chek na, resepi ni akak berguru dari sukusakat hang kat PSS tu)

Bahan-bahan

1 tin cendawan butang
1 biji bawang besar
1/2 liter susu segar
1 sudu marjerin
serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam (atau stok ayam buatan sendiri)

Cara membuatnya

1. Goreng bawang besar yang dah dimayang dengan marjerin hingga layu
2. Pas tu masukkan cendawan, goreng sekejap. Kemudian masukkan susu segar. Bila mendidih, angkat dan blend hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan semula bahan tadi dalam periuk. Tambahkan air dan agak sendiri nak pekat ke nak cair lagu mana (agak-gak macam sup yang kat pizza hut tu).
4. Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Didihkan di bawah api perlahan. Kacau selalu supaya tidak berketul. Dah mendidih angkat.
5. Hidangkan dengan roti bakar (roti perancis lebih sedap) yang disapu dengan garlic spread butter. Bila dah sapu butter ni bau roti tu ala-ala garlic bread kat pizza gitu.
6. Nikmatilah sup berkhasiat ini anak beranak....
7. Kalau sedap bagitau kawan kalau tak sedap pi marah kat pizza hut...
8. Akak buat sendiri sup ni kat umah kerana akak dah tak pegi lagi kat pizza hut tu, akak kan anti yahudi....
9. Mas Aji, dah ada 3 resepi untuk dicuba, tunggu apa lagi..Ma'am Jah, jangan sekodeng saje, cuba resepi akak ni ya...

musim resepilah pulak....

Assalamualaikum wmt wbt


Alahai makcik sari kita dengan pisang tempura bermadunya...ni akak nak share puding raja


bahan-bahan


1. pisang lemak manis terengganu (kalau akak, mas aji, makcik sari perlu setandan kot, kalau mak daro raso se dua biji dah cukup...(2 biji sorang!..)

2. telur ayam kampung dara (baru pertama kali bertelur), kalau telur mak ayam daro tak jadi...

3. susu cair satu tin

4. fruit cocktail satu tin cukup kot...

5. jala mas


(untuk makluman, kalau nak cuba resepi ni silalah datang ke terengganu untuk mendapatkan pisang dan jala mas. kalau nak pakai pisang raja boleh jugak tapi tidaklah begitu sedap jika nak dibandingkan dengan pisang lemak manis terengganu jala mas tu kira elektif je, ada tak apa, kalau tak de tak lah boleh dinamakan puding raja..puding permaisuri jelah kotnya.)


Cara membuatnya


1. pisang dicelup ke dalam telur yang dah dipukul dan digoreng.

2. dah siap goreng pisang, sediakan kuahnya, ala macam buat kuah puding buih tu.. susu cair dimasak dengan kuning telur dan gula secukup rasa.

3. dah masak kuahnya, angkat dn sejukkan. masukkan fruit cocktail tanpa sirapnya dan masukkan jala mas. kemudian masukkan pisang yang dah digoreng tadi..

4. last sekali makanlah, apalagi nak tunggu.............


Satu lagi resepi akak nak share ni ialah yang dipelajari dari kerabat chek eda di PSS padang midin. Cucu-cucu mak mertua akak kat rumah ni suka makan


EEE..sweet 40's

Iyolah dah dapat TITLE tu memang dalam zon berhati-hati. Sayapun sekarang ni dalam proses men'yelimkan' badan. Hilang satu nikmat makan, doktor nasihatkan jauhkan nasi waktu malam. Tengok je dan makan sayur lauk ajalah. Waduh! waduh! susah gak mulanya. La ni ok dah. Jangan terperanjat setahun akan datang(kalau saya maintain le) slim macam Mak Daro. He he he...

Membelek Buku Resipi (cuti hujung minggu ni) Hidangan Dessert apa kata kita cuba resepi mudah. Campak-campak je. Resepi Pisang Bersalut Tempura (baca dulu resepinya)
5 biji pisang raja/nangka - potong 2
sedikit tempung tempura untuk salut pisang (jenama Nona ke TESCO)
Minyak jagung untuk menggoreng
Sedikit madu (bukan bermadu)

Bahan telur
125 gm tepung serbaguna (agak pakai cawanpun boleh)
250 ml air sejuk
1 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat (tak ada stok beli yea..)

Cara
Campurkan telur, air sejuk, tepung dan soda. Kacau rata. Golekkan pisang dengan tepung jagung. Kemudian celupkan dalam adunan telur.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan. Angkat.
Cairkan madu dalam ketuhan/oven dan tuangkan ke atas pisang panas.
Dah siap pisang goreng bermadu.....senangkan.Boleh tambah satu skop aiskrim atasnya. Cantik.
Saja gempak dengan tajuk ala-ala Jepun gitu. Amacam Tn Haji?.

2.Salam buat semua kekawan dan agar semuanya tabah hadapi dugaan mendatang. Kita tak tahu pula apa ujianNyakan. Mudah-mudahan ada hikmahnya untuk kita hayati dan renungkan bersama.

Akhirnya...
The beauty of friendship
Is that it is based on respect
The joy of friendship
Is that it is based on trust
The strength of friendship
Is that it is based on......LOVE

Selamat Hari Ibu.