Khamis, 30 Oktober 2008

Menyapo kengkawan.....,

Assalamualaikum,
1. Alhamdulillah, se pueh hati sobab persoalan se dijawab dek kengkawan. Camtu la, caro menjawab soalan, patutlah dapek 4,4. Cumo Mas Aji jo yang lari sikit jawapan ehh..... orang tanyo pasal ayam dio jawab kobau! Jangan mare!
2. Orang Sabah lagi toruk....langsung tak berjawab....bisu habih!!!!
3. Buat Eda, selamat berangkat.... Sampaikan salam se kepada Rasulullah. Wahduh, kok dapek poei memang se poei tapi apokan dayo.......Insyaallah.
4. Pelajar-pelajar kat sini dah rosak moralnya. Hidup macam orang putih.....tapi pandai. Tak tau lah apo dugaan Tuhan di sebaliknya.
5. Rombongan Cik Kiah tahun ni tak jadi...... tapi anak buah Tahir nak kawin dengan orang Losong pada 25 Nov. Insyaallah se tak poei......mesyuarat pekso kertas Pengajian Am. Jimat duit se!!!
6. Akak Nani...praktis selalu amik nafas, hembus nafas.
Wassalam....Daripada : Mak Daro

Rabu, 29 Oktober 2008

singgah sat

Assalamualaikum wbt

semua cg ok no..anak2 cg lepas pmr lagi ok..
contohnya anakandaku yang sorang tu la, 2 hari pi sekolah 3 hari cuti..

Nak respon soalan angah,
Anak2 semua tinggai, biaq depa belajaq berdikari..
Pi dengan kawan n hubbynya..begitulah ketentuan-Nya.

Tak sat baru hantaq borang cuti..
Sapa-sapa cg yang free mai la..tak boleh mai rumah nyata pun mai la rumah alam maya kita.

k tak leh sembang lama2..keja bersusun dok menanti..
tunggu respon cek aza la pulak..

Selasa, 28 Oktober 2008

KEMBALI LAGI....

Salam buat semua warga cg's. Mak Pak bagaimana?Anak-anak tak lupa juga. Dah selesai periksa main manjang le. Itu anak-anak saya. Pada yang bakal menempuh SPM selamat berjuang demi menjadi insan terbilang, dunia akhirat amin!.

Kebelakangan ni sibuk je kita yea, bagi warga pendidik gitu gamaknya. Tak payah nak cerita, letih!Apapun demi tugas dan tanggungjawab (pastinya di akhirat nak kena jawab), ikhlaskan diri. Mudah-mudahan diberkatiNya kehidupan dan rezeki yang dikurnia. Betul tak Tn. Haji? Sampai tak dan nak jengah kami kat Kajang, Bangi, Damansara, Selayang. Bukan jauh, balek deh je.

Buat Cik Eda moga selamat pergi dan kembali. Moga segalanya berjalan dalam tenang sepanjang perjalanan mencari keredhaanNya di bumi anbia. Doa kami di sini dan doakan kami juga bakal menyusul jejak bertapak Cik Eda dan Tn. Haji suami isteri. InsyaAllah.

Buat Akak Nani masih lagi berdebar menunggu saat kelahiran cahaya mata, doa kami moga dipermudahkan. Doa doa doa bebanyak.

Angah, bilonyo nak bertandang ke Kajang. Calling-calling ye. Yang lain-lain tu pun sama. Cuti sekolah saya di rumah.Membereskan kerja yang tak beres..termasuklah langsir raya yang tak sempat berjahit. Tunggu raya satu lagi pulak.

Kawan-kawan lain, jengah kejap pun tak apa. Meriahkan blog. Cik Jah kita, amacam bisnes raya?CTKT, Pak Lah, Hanif dan Jef senyap sepi.

Sampai jumpa lagi, wassallam.

Jab Je Lah

Asalamualikum

Tahniah pada semua yang patut dapat. Tak dapat nak bilang satu2.
Teristemewa pada tetamu allah jua. X dapat bayangkan suasananya!

Padang Midin x ada pun surat lagi.....cam no den nk g?

Sibok nk cuti panjang pula pass tu, terbujur......rezeki di hujung-hujung , bagiuh tu.

P kl x sempat nk jal;an2, urusan negara membataskan.

Balik Kedah pun x sempat nak ngomong dengan Dr Dara....heheheh Lain waktu bisa !

Tapi musykil juga Cg yang lian terperosok sonyap sopi...di bangi, kk, kl , skodeng tetap skodeng.

ISO ngarut tapi kena juga, Musim markah perlu, sibok juga
Wasalam......

Jumaat, 24 Oktober 2008

Kalut ooo

Assalamualaikum wbt buat semua cg..
moga dalam peliharaan dan rahmat Allah jua hendaknya.

Alhamdulillah cek bernapaih lagi..walaupun semput turun naik tangga dan berlari-lari anak..
Kalut dengan kelas tambahan pecutan akhir 100 meter stpm..kelas lompatan bergalah lower 6..kem lompat kijang stpm..pi sekolah pukul 7 balik pukul 5..pendek kata, kalut no.

Ni baru balik dari JB, 3 hari di sana, kalut dengan pertandingan pidato pra-u peringkat kebangsaan..Alhamdulillah pemidato dari SMKPM (kategori BM) yang wakil Terengganu dapat tmpt ke-3. Yang syoknya lagi, kategori BI, juara disapu oleh peserta Terengganu juga!
Maknonyo mak daro boleh congak sendiri kot akan kualiti budak2 ganu kite ni deh..

Saat untuk menjadi tetamu Allah sudah semakin hampir..maka tahap kekalutannya berlipat ganda..Baru saja selesai kursus haji perdana..banyak lagi amalan yang mesti dikemaskan..
Sokongan kawan2 memang amat diperlukan..InsyaAllah tarikhnya 14 nov. flight KT- Madinah, dan dijangka balik 26 dis.

Sama-samalah kita saling mendoakan..memohon kebaikan dan keredhaan-Nya dunia dan akhirat..saling bermaafan..maka saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf kepada sahabatku yang dikasihi sekalian atas segala kesalahan saya sama ada besar mahupun kecil, sengaja mahupun tidak sengaja, sembunyi mahupun terang-terangan, tutur kata mahupun perbuatan, dulu kini dan selamanya.

Wassalam.
Assalamualaikumwmt.wbt.

1. Makluman pertama: Bagi yang dah tau tapi terlupa atau tak perasan makluman yang telah dihantar, dan yang memang masih tak tau, no hotline akak sekarang ialah 0139432934. No lama tu dah tinggal kenangan. So bagi sesiapa yang nak tahniah pada akak nanti, silalah maklum dengan no baru tu.

2. Jawapan kepada soalan mak daro, tempat shopping murah di negeri cantik, budaya menarik dan orang baik ni, sebeno-benonya akak sebagai salah seorang orang baik itu pun kuranglah sangat arifnya tentang hal yang berkenaan. Iyolah mak daro oi, dek kerana baik itulah, akak jarang bershopping kerana shopping mopping ni hanya membazirkan duit sajo. Tapi akak dengo-dengo kalu nak tudung tu di Desa Murni, kedainya di Batu Enam dan di Pengasdang Baru (jalan nak gi rumah akak). Tapi ada pulak kata kualitinya tak bagus sangat. Barang-barang lain di Pasar Payanglah dan di bazar di sekitarnya. Sebenornya,kalu di PP atau di bazar tu, kenalah ada kemahiran 4 4 dalam urusan tawar menawar,kalu dok, mahallah harganya....

3. Soalan akak, beria tanya tu, bila nak mari? Rombongan Mak cik Kiah ke Tok Cik Kiah ke atau anak cik Kiah?

4. Chek Eda? memamg sibuk benar, sampai akak yang satu sekolah ni pun kekadang tak jumpa...begitulah keadaaannya....

5. Mas AJi,round Malaya nampak,bila nak singgah Padang Midin, ilmu ICt tu nak jugak dipelajari...

6. Wasallam. Insyaallah 1 Nov depan akan lahirlah putera cg terakhir bagi generasi kedua.

Khamis, 23 Oktober 2008

Nak Jengoh Jab

Asalamualaikum

Nak jengoh jab, sebab tak sempat nak nulis panjang.
Hal negara yang perlu dibereskan. Itulah kadang kala terpaksa menyibukkan diri.

Sat di Kuala Berang, sat di KT dan sat di KL.

Oklah, semua ada dan masih setuia menconteng oklah, Jangan menconteng arang dahlaer...

wasalam

Rabu, 22 Oktober 2008

temenung jua

Assalamualaikum,
1. Se nak tahu macam mano keadaan pelajar-pelajar di Terengganu? Keadaan tu bolehlah merujuk kepada sahsiah dan kualitinya akademiknya.
2. Biasonye, kalau kito ke Terengganu, tompek paling murah dan menjimatkan.....mano nak dituju?
3. Mas Aji dan Eda mano? Mengoram ko? Eda bulih la maafkan sikit sobab dah nak berangkat. Mas Aji tu....apo dibuek eh.....!
4. Akak Nani jangan jeles dengan se yang cun melecun nih.....
Daripado : Mak Daro

Jumaat, 17 Oktober 2008

Raya Lagi? Sakan Tu...

Assakamualaikumwmt wbt..

Mudahan mak-mak,pak-pak dan anak-anak semua sihat sejahtera. Akak pun alhamdulillah masih lagi kuat bertenaga. Mudahan boleh bertahan hingga 1 November. Akak kata kuat bertenaga tu bukan apa, setakat ni masih boleh bangun seawal 4.30 pagi sediakan makan pagi dan tengahari untuk anak2 sebelum ke sekolah dan uruskan semua kerja-kerja rumah sorang diri. Pendek kata sendiri puazn sendiri bibiklah... Jadi Mak Daro janganlah dok sibuk kato ponek ko tak larat ko. Iyolah, badan selim melim, comel lote macam mak daro tu tontunyo lebih bertenago dari akak ni...
Anak-anak yang dah peksa PMR ari dah merdeka. Mudahan segala usaha keras anak-anak selama ini diiringi doa mak2 dan pak2 serta mak2 dan pak2 menakan seme akan diberkati Allah dan dipenghujungnya nanti kejayaan cemerlang bakal diraih. Alahai, akak tumpang gembira je. Tahun depan giliran akak pulak, dua anak bujang tuakanambik PMR dan SPM. Entahlah, tengok tahun ni kita yang naik ngeri, tak ada langsung persediaan untuk tahun depan..
Chek Eda tentunya orang paling gembira. Maklum tak berapa hari lagi, hajat nak ke bumi Anbia akan terlaksana. Akak tumpang gembiralah jugak. Yelah, dah sampai ke sana nanti, bolehlah doakan agar hajat akak dan roommate pulak tahun depan nak ke sana dimakbulkan Allah. InsyaAllah. Buat yang lain-lain tu, rasanya mesti dokmenunggu mengharap jugak. Alang ke Mas Aji dan Mak Daro yang dah ke sana pun rindu-rinduan,kita yang belum pernah sampai lagi ni lagilah teringinnya.
Aza,jangan dok habaq persidangan meja bulat dah selesai gitu saja. Apa makna selesai tu? Ceritalah sikit. Kami pun nak jugak tumpang rasa apa yang Aza rasa,tak kiralah apa jua keputusannya. Apa-apapun mudahan segalanya yang terbaikbuat Aza. Amin.
Kepada yang dah mula seronok menulis tu, baguslah, teruskanlah. Maklum akak bila dah overhaul nanti mungkin cuti panjang dari menulis tapi sekodeng tetap sekodeng kot...
Okaylah, sampai jumpa lagi, doakan agar akakdan baby selamat melahirkan dan dilahirkan.
Wassalam

Salam lebaran

Assalamualaikum,
Sukonyo hati se bilo baco kawan-kawan se menulih....raso macam bercakap berdopan-dopan. Cumo kok bulih, tulih namo sekali. Pueh se mengecam kato-kato sapo yang punyo ayat-ayat @ loghat. Takdo ko hasrat nak ke Nogori Beradat? Tok Mat (namo manjo MB NS) orang kampung se....almaklumlah tompek asal usul orang bijak pandai!!!!
Buat Eda, selamat mendapatkan Hajah....nak tau gak...anak-anak tinggal ke, ikut sekali?
Nak buat pembetulan, Jah....se bukan orang KL, orang Nogori....datang la ke rumah se...bulih makan podeh-podeh.
Buat CG yang lain, esok se mengulang PTK.....bak kato Akak Nani, pekso free....poei lah merapu. Takdo mood nak membaco....nak rayo lagi, nak berkomeh lagi.....kito kan tak do bibik! Naasib laaa Salam daripada Mak Daro - anak 5

Rabu, 15 Oktober 2008

15 Syawal to 9 zulhijjah

Assalamualaikum wbt
for all cgs yang setia, masih setia dan terus setia dengan blog kita..

Jazakumullah khairon jaza', syukran dan terima kasih banyak2 atas nasihat pak hj yang sangat membantu..
doa menjadi senjata utama
diiring istghifar..
mencuci titik2 hitam..membersih hati sesuci-sucinya..
sifat mahmuddah menyisihkan sifat mazmumah..Insya-Allah.

Persidangan meja bulat pun dah selesai, otak dah clear, moga ilham mai mencurah-curah la lepaih ni aza na..habaq la apa resolusinya..

lastly, anggaplah onak dan duri sebagai penambah rasa dalam masakan..had ni kena tanya sari.
Daa..jumpa lagi di alam maya sebelum beralih ke alam barzah..
wassalam.

Selasa, 14 Oktober 2008

RAYA, RAYA RAYA LAGI

Salam

Masih sempat beraya. Pd CTKT ingat nk singgah tapi x respon, dan faham duduk perkara, lain waktu ajelah. Nanti makan nasi minyak....boleh kut.

Untuk semua sempat lagi puasa enam, dan tahniah pada yang mendapat .....anak baru, jadi tetamu allah, dapat bonus dlll

Masih menunggu juga catatan dari Cg yang lain, berkongsi rasa dan cerita. Apakan daya ada onak dan duri buat depa.

Wasalammmm

Ahad, 12 Oktober 2008

Salam balik raya

Macam biasa saya raya kat Kedah aje. Balik Sik, Pokok Sena, Simpang Empat, Kangar. Rumah sendiri tutup terus. Ahad baru balik rumah sendiri. Gitu la adat orang tak berkeluarga beraya. 
Usop! minta maaf banyak2 la ye tak blh balas sms dan jwb call. Lepas je hantar sms kat semua orang selamat hari raya hp buat perangai. Kong terus. Maklum hp zaman dulu kala. Dah balik sg. petani baru lah dapat baca semua sms. Apa2 pun terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa ingat saya. Saya sekodeng blog tiap hari. Hehe. Nak menulis tak ada ilham la pulak. 
Akak Nani! selamat melahirkan dan berehat panjang. 
Angah! Den belum jadi anak mumi lagi. Bahaya tu.
Sari! Raya saya buat soto tapi resepi reka sendiri. Tunggu resepi mu lambat bangat. Ok la dapat gred B la. Selamat hari lahir. Seronok la ye menyambut hari lahir di hari raya.
Eda! mesyuarat meja bulat saya dah selesai. Barula kepala ni tak serabut. 
Jah! Selamat hari lahir yang ke 43. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mantain awet muda mcm gue. hehe
Kepada yang lain selamat hari raya dan balik beraya.

TeTamu ALLAH.....

Asalamualikum

Syoknya denaq ada yg bakal jadi tetamu Allah, Rindu rasanya pada bumi anbia.
Syahdu dan mendamaikan.
Banyakkan DOA.Dan cuba untuk berlaku baik sepanjang masa, kadangkala tak sedar berkelakuan buruk, mohon ampunlah......ikut jemaah dan nasihat mereka yang arif, insyaAllah selamat.

Masih beraya, kelmarin baru raya enam, puasa lewat, sambut di KT, bersama Timb Menteri Pelajaran , kebetula ada kursus di Seri Malaysia.

Yg lain masih skodeng Ok, sebab tunggu seghedak kuih raya kot......

Apapun esok PMR mula, passstu sibok dgn tugsan luar.....cam no?

Waasallam.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Cerita Raya lagi...

Assalamualaikun wbt..jawab dulu na..
dan selamat hari raya yang ke-10
buat semua sahabat cg yang dok menunggu-nunggu cerita hamba..

1. Taun ni beraya di kg pm bersama ibu dan ayah mentuaku. Raya pertama dan kedua tak boleh pi ke mana, dok melayan anak buah, cucu cicit mak bondaku yang tak terpenai banyaknya.

2. Raya ke-3, sebelum orang mai serang, kami cepat2 keluaq beraya..1 rumah mak menakan 2. rumah tok ki 3. rumah adik ipaq 4. rumah abang ipaq dan 5. jiran sebelah rumahku..kira cukup kot syarat had wajib ziarah..

3. Raya ditunda 6 hari kerana posa nam..hari ni cek sambut raya nam di rumah hijauku sorang2. Nak pi beraya rumah kawangku yang diseberang jalang nu pun dok teropong tengok tak dak di rumah memanjang..ajak macam tak ajak akakku sorang ni.

4. Angah oi, bab melecun dan melome tetap maintain, apo nak dikato, mekasih ajolah se ucapkan kerano hanyo jauhari yang mengona manikam..

5. wah jah dan sari raya sakan hangpa no..balik kl dengaq cerita jalan jem giler..pa menu spesial raya cek sari kita..soto, lontong, atau laksa johor?

6. Aza..sengap ja, nak buat kejutan atau ada bikin pakatan..Raya di luaq negeri kot taun ni..

7. Hal-hal lain - suara bisik2 menyatakan hamba terpilih menjadi tetamu Allah taun ni insya-Allah tapi surat hitam putih belum terima..so la ni kena fokus dan tenangkan fikiran supaya dapat buat persediaan yang terbaik..harap Mas aji dan lain boleh bantu beri petua dan panduan no.

Sekian, terima kasih kerana membaca hingga ke akhir kalam
salah silap harap maafkan.
Wassalm.

Selamat Hari Raya no..Ada lagi ni

Salam kepada semua warga CG and famili. Selamat Hari Raya. Sekodeng tetap sekodeng.
Itu lah terlalu sibuk dengan kerja dan keduniaan ni, tak dan chek nak masuk blog.
Saya raya seperti biasa la, balik Tokai and Guar Napai (umah mentua). Dengaq kata orang tu baik raya kampung, tapi tak pun mai jengah kat umah kita no. Saya lalu le gak kat umah dia, tak nampak kereta pun, so tak le singgah.
Buat akak Nani, "Happy Belated Birthday". Kita keluaq kat donia ni selang sehari saja. Saya 30 haribulan. So, Happy birthday to me also le ye...hehehe
Apa2 pun semoga akak Nani akan selamat melahirkan....
Tak pa, kalau kuih tu banyak lagi, pos le kat KL ni.
Angah, cakap aje bila nak jumpa kat Alamanda tu, sampai le chek nanti...
Kalau turun Putrajaya tu, cuba le terus pi Bandar Sri Damansara. Walaupun chek tak pandai masak tak pa. Susah sangat kita call aje 1-800-88-2525
Orang2 KL, Sari, Angah, Pak Lah, jemput le ke rumah. Sari kalo buat open house tu, jemput le kita. Ni tak malu ni dok pelawa diri.
Buat Aza dan Cikgu Eda, bila le nak jumpa. Balik raya hari tu pun tak dan gak nak jumpa Aza.
Husna & Jeff, turun KL nanti mai le umah.
Buat anak2 yang nak ambil PMR tu, tenang2 kan fikiran and stay cool. Semoga berjaya.
Buat anak2 buah CG, nak duit raya, mai le umah aunty Khaty (nama glamor le sikit ye)

Khamis, 9 Oktober 2008

Salam Lebaran, Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wmt. wbt

Semoga semuanya sihat sejahtera.

Raya dah masuk 9 hari,hari ini. Bermakna 9 hari jugaklah akak dah masuk ke angka 43. Jangan tak tau, 1 Okt ari tu dalah jugak tarikh akak mengenal dunia. Jadi tahun ni raya bergandalah, apa taknya,seluruh nusantara menyambut ulang tahun kelahiran akak . Kuih-kuih banyak lagi dalam bekas kat atas meja tu. Maklum,tahun ni akak cuma buka tingkap je, tak buka pintu macam-macam tahun-tahun lepas. Kalau tahun lepas masa ni dah tinggal serdak. Walaupun tak buka pintu, ada juga yang berkunjung. Jiran @ kengkawan akak yang sorang nun di seberang jalan , yang cun melecun tu tak datang pun rumah akak. Tiga hari ke sekolah pun akak tak dapat jumpa dia. Sibuk sungguh kengkawan yang sorang tu! Tak apalah...Dalam dok kuih raya yang masih penuh balang, macam biasalah, duit raya dah tinggal serdak...Tak ada ke yang sudi nak bagi duit raya kat akak ni?

Bak kato mak daro, akak ni dok menghitung hari lah sekarang ni, entah esok, entah lusa, entah bulan depan. Kalau diikutkan tak larat badan ni, rasa biarlah kalau nak bersalin sekarangpun. Tapi bila mengenangkan gaji yang kena dipulangkan, tak palah lambat sikit pun. Maklumlah kalau tak cuti, mahu sesak nafas akak nak memulangkan balik gaji ke gomen. Apapun, tolonglah doakan yang terbaikbuat diri akak ni..

Okaylah, kalau terdatang ke "negeri cantik budaya menarik orang baik' ini musim cuti sekolah ni, jemputlah semua kerumah akak...Terima kasihlah kepada semua yang telah menghantar sms raya (akak sends kepada semua,tapi ada yang tak membalasnya,tak terima ke?) terutamanya sms mak daro yang paling sentimental dan penuh kesyahduan... Kepada anak buah yang bakal menduduki PMR tahun depan Mak Ngah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan semoga apa yang diusahakan selama ini diberkati...Mak bapak nya pulak janganlah terlalu sejuk kaki tangan anak nak periksa.

Wassalam

Rabu, 8 Oktober 2008

SALAM LEBARAN

Ketemu lagi setelah menyepi sekian kalinya. Tuntutan silaturrahim tu yang buat sibuk sepanjang cuti Lebaran. Alhamdulillah bak kata kekawan lain selesai sudah Ramadan, tinggal posa enam (ganti tentunya he!he!) belum terlaksana. Insya Allah. Jauh juga kami beraya mengunjungi sanak saudara tua dan muda. yang pasti anak-anak dapat mengenali saudara mara jauh dan dekat. Dan seperti Tn. Haji sekeluarga kami juga berdebar sebab anak teruna sulong ambil PMR minggu depan. Buat kekawan yang setia di blok termasuk Pak Lah dan Hanif sudi-sudikanlah ke rumah kami di Kajang. Boleh sembang panjang sambil mengenang kisah zaman dolu-dolu. Alahai Angah, jangan terlebih memuji. Sampai jumpa lagi.

Isnin, 6 Oktober 2008

Tulisan Rayo Bergayo

Assalamualaikum, apo khabar? Dari kejauhan, dilontarkan khabar berito rayo serayonyo.......
1. Akak Nani - soba yolah menanti ari-ari burst
2. Eda - pasti maintain cun melecun, come melome
3. Sari - tukang masak profesional....takdo sapo buleh lawan setakat nihh
4. Jah - bilo lagi kito nak bejumpo kat Alamanda
5. Mas Aji - ado tak hajat nak ke Soromban? Bawaklah rakyat sekali...
6. Jef - janganlah sombong bilo jadi orang Sabahan
7. Dr. Aza - dah jadi anak mumi ko...?
MAAF ZAHIR DAN BATIN....Datanglah ke Seremban, Negeri Beradat....

Ahad, 5 Oktober 2008

SELAMAT APA SAHAJA

Assalamualaikum

Selamat sudah segalanya, puasa, raya ( raya enam lom lagi )

Dan mula menghadapi suasana rutin. Alhamdulillah.

Dan para ibu bapa yang ada anak PMR berdebar. Exam minggu depan. UPSR pun tak lama lamu result keluar. Debar lagi.

Itulah rutin hidup..teruskan mana yang perlu dan mengutamakan yang utama.

Letih juga raya, balik kampung jalan tak sakan, balik buat open house....lastly oklah.

Jumpa lagilah , nk jug a dengar khabar dari semua
wasallam