Mudahan mak-mak,pak-pak dan anak-anak semua sihat sejahtera. Akak pun alhamdulillah masih lagi kuat bertenaga. Mudahan boleh bertahan hingga 1 November. Akak kata kuat bertenaga tu bukan apa, setakat ni masih boleh bangun seawal 4.30 pagi sediakan makan pagi dan tengahari untuk anak2 sebelum ke sekolah dan uruskan semua kerja-kerja rumah sorang diri. Pendek kata sendiri puazn sendiri bibiklah... Jadi Mak Daro janganlah dok sibuk kato ponek ko tak larat ko. Iyolah, badan selim melim, comel lote macam mak daro tu tontunyo lebih bertenago dari akak ni...
Anak-anak yang dah peksa PMR ari dah merdeka. Mudahan segala usaha keras anak-anak selama ini diiringi doa mak2 dan pak2 serta mak2 dan pak2 menakan seme akan diberkati Allah dan dipenghujungnya nanti kejayaan cemerlang bakal diraih. Alahai, akak tumpang gembira je. Tahun depan giliran akak pulak, dua anak bujang tuakanambik PMR dan SPM. Entahlah, tengok tahun ni kita yang naik ngeri, tak ada langsung persediaan untuk tahun depan..
Chek Eda tentunya orang paling gembira. Maklum tak berapa hari lagi, hajat nak ke bumi Anbia akan terlaksana. Akak tumpang gembiralah jugak. Yelah, dah sampai ke sana nanti, bolehlah doakan agar hajat akak dan roommate pulak tahun depan nak ke sana dimakbulkan Allah. InsyaAllah. Buat yang lain-lain tu, rasanya mesti dokmenunggu mengharap jugak. Alang ke Mas Aji dan Mak Daro yang dah ke sana pun rindu-rinduan,kita yang belum pernah sampai lagi ni lagilah teringinnya.
Aza,jangan dok habaq persidangan meja bulat dah selesai gitu saja. Apa makna selesai tu? Ceritalah sikit. Kami pun nak jugak tumpang rasa apa yang Aza rasa,tak kiralah apa jua keputusannya. Apa-apapun mudahan segalanya yang terbaikbuat Aza. Amin.
Kepada yang dah mula seronok menulis tu, baguslah, teruskanlah. Maklum akak bila dah overhaul nanti mungkin cuti panjang dari menulis tapi sekodeng tetap sekodeng kot...
Okaylah, sampai jumpa lagi, doakan agar akakdan baby selamat melahirkan dan dilahirkan.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan