Assalamualaikum wbt buat semua cg..
moga dalam peliharaan dan rahmat Allah jua hendaknya.
Alhamdulillah cek bernapaih lagi..walaupun semput turun naik tangga dan berlari-lari anak..
Kalut dengan kelas tambahan pecutan akhir 100 meter stpm..kelas lompatan bergalah lower 6..kem lompat kijang stpm..pi sekolah pukul 7 balik pukul 5..pendek kata, kalut no.
Ni baru balik dari JB, 3 hari di sana, kalut dengan pertandingan pidato pra-u peringkat kebangsaan..Alhamdulillah pemidato dari SMKPM (kategori BM) yang wakil Terengganu dapat tmpt ke-3. Yang syoknya lagi, kategori BI, juara disapu oleh peserta Terengganu juga!
Maknonyo mak daro boleh congak sendiri kot akan kualiti budak2 ganu kite ni deh..
Saat untuk menjadi tetamu Allah sudah semakin hampir..maka tahap kekalutannya berlipat ganda..Baru saja selesai kursus haji perdana..banyak lagi amalan yang mesti dikemaskan..
Sokongan kawan2 memang amat diperlukan..InsyaAllah tarikhnya 14 nov. flight KT- Madinah, dan dijangka balik 26 dis.
Sama-samalah kita saling mendoakan..memohon kebaikan dan keredhaan-Nya dunia dan akhirat..saling bermaafan..maka saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf kepada sahabatku yang dikasihi sekalian atas segala kesalahan saya sama ada besar mahupun kecil, sengaja mahupun tidak sengaja, sembunyi mahupun terang-terangan, tutur kata mahupun perbuatan, dulu kini dan selamanya.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan