Khamis, 14 Ogos 2008

CUTI...CUTI...CUTI....

Salam buat kekawan. Yo lah kato Mak Daro semuo orang sibuk. Tak menjongah blog. Tapi se tahu sobab Akak Nani tak aktif laei menggodek komputer. Dah sarat dan tak larat. Itu yang dapat saya katakan. Cuti lagi kitakan. Dah penat memerah otak, sedia soalan ujian, menanda dan siapkan markah tiba masanya rehat cari ilham dan idea untuk sediakan soalan akhir tahun. Sambil-sambil tu jalan-jalan mana yang boleh dituju. Moh mai Kajang. Ada MAHA, ada kambing ada serba neka. Takpun tengok bunga api lip lap kat Putra Jaya macam saranan Sdr AK. Bersesak jugaklah. Atau tempah pakej cuti kat MITM PWTC. Ramadan hampir tiba, Syaaban dah hampir pertengahan, rebutlah peluang yang datangnya setahun sekali. Berpuasa dalam cuaca panas betul-betul menguji iman.Cik Jah kalu ada biskut yang sedap boleh pos gambaq dalam blog. Bulih saya dan mak-mak lain oder saja.Tulung kawan na.Pak-pak jangan gelak no.Akhirulkalam, selamat bercuti, kalu datang Kajang, KL caling-caling yea. Insya Allah saya ada di rumah.

Tiada ulasan: