Rabu, 6 Ogos 2008

Assalamualaikum dan salam goblog (bukan goblok na!)
buat semua sahabat cg.

Alhamdulillah akhirnya dapat kongsi pengalaman berharga angah buat bekal kami yang masih menunggu jemputan Allah sambil berusaha sedaya mampu..
Insyaallah 9 dan 10 ogos ni cek akan p ujian dan kursus..La ni TH nak uji dulu bakal2 haji..so kena study macam nak ambik ptk jugak..yang beza ujian ni bukan setakat manusia di TH tu ja yang nilai tapi lebih daripada itu ialah..penilaian Allah terhadap keikhlasan hamba-hambaNya.
So berdebaq-debaq pun ada..walaupun keinginan sudah sampai klimaksnya.

Teruja juga nak berwacana dan bermain-main dengan bahasa..yang pasti bahasa kita memang kaya walaupun penuturnya masih ramai yang miskin..jua jangan lupa bahawa bahasa kita banyak variasinya..tidak sedikit dialek dan idioleknya..pelbagai laras dan retoriknya..begitu juga unsur semantiknya..so kita boleh berbahasa seadanya sama ada..semesra dialek alamnya, sehalus simbolik peribahasanya, sepuitis manis sasteranya, semulus hati peribadinya, sesedap rasa telor lidahnya, seenak slanganya..atau sebaku minda formalnya..mengikut kesesuaian masa, tempat, topik, dan sasarannya..

Sekian adanya.
Wassalam.

Tiada ulasan: