Assalamualaikum, (sambungan semalam)
Perjalanan ke Mekah :1) 4 hari di Mesir. Kagum dengan ciptaan manusia iaitu piramid. Bayangkan batu bertan-tan diangkut dan disusun menggunakan tenaga manusia. Terkincit dibuek ehh. Untuk masuk, lorong disediakan tetapi hanya muat untuk badan yang comel-comel macam se. Terpaksa membongkok sepanjang perjalanan. Itulah antara kubur-kubur kebanggaan Raja Mesir. 2) Keseluruhannya, kubur lebih cantik dari rumah. Pengemis terpaksa menumpang di kubur sebab tak ada rumah. 3) Rumah-rumahnya hanyalah flat yang dibiarkan macam terbengkalai untuk mengelakkan cukai. Pertanian dan penternakan ayam itik paling atas (open air). Terror tak? 4) Tidur di apartment pelajar Malaysia. Kesian mereka, kena pandai cari wang menyara hidup sebab kerajaan tidak mahu biaya....terutama aliran agama. 5) Baik Mesir, Madinah mahupun Mekah.....peniaga di sana menggelarkan kami.....bakhil. Tapi, ade ke jual selipar Jepun sebelah je 3 rial? Nak beli sepasang, 6 rial. Tu yang kena basuh dengan bahaso nogori dek bapak angkat se.......Wassalam, daripada Mak Daro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan