Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN SUDAH DATANG

BERMULA MALAM INI
JOM RAMAI-RAMAI AHLI CG
KITA HIDUPKAN MALAM-MALAM
RAMADHAN DENGAN
BERTARAWIH
BERTADARUS
BERMUNAJAD
BERMUHASABAH
SUJUD DAN SYUKUR
HANYA PADANYA
PENCIPTA SEKELIAN ALAM.

Esok posa na jangan tak posa
mangkit soq jangan lupa

Salah silap harap maaf na
Saya sayang cg semua

Khamis, 28 Ogos 2008

Ramadhan Menggamit Lagi


Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak


SelamatM

Selamatmenyambut Ramadhan Al-Mubarak


BONUS TERHEBAT!

Salam Ramadan
buat semua teman muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah tidak beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan
penuh barakah,
penuh nikmat ibadah,
penuh tawaran melimpah ruah,
bonus terhebat daipada Allah!

Moga Allah panjangkan umur kita untuk kita merasai
barakah itu
nikmat ibadah itu
tawaran teristimewa itu
bonus terhebat itu!

Dan moga kita menjadi hambaNya yang terhebat jua
seiring menjelang Ramadan tercinta..
buktikan kecintaan kita
merebut tawaran pahala berganda
merebut bonus berjuta dan berjuta dan berjuta.......
tidak terkira!


Oleh itu
wahai sahabat2ku
usah sia-siakan tawaran dan bonus terhebat ini
usah terpedaya dengan tawaran pasaraya
meski diskaun sehingga 99.99%
usah tertipu dengan nafsu dan sekutu-sekutunya!

Insya-Allah kita buktikan
kita kuatkan azam dan iltizam
kita sabar dan istiqamah
untuk kita sama-sama menjadi
hambaNya yang terhebat jua!

Salam kasih sayang buat semua.
26 Syaaban 1429.

Selamat menjalankan ibadah puasa

Rabu, 27 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak












Assalamualaikum,



Kepada semua CG's & family, "Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak"
















"Masjid Al-Mukarammah Bandar Sri Damansara"

Rumah saya kat masjid ni la. Ha tu nampak dak? Rumah yang no 2 dari tepi. So kalo kawan2 mai kot sini singgah la no.

Jumpa lagi no. Tak jumpa secara fizikal, secara maya aje le...

PUASA NAK MAI, JOM BERIBADAT


Asalamualikum

Sekadar perhati dari juah, memang permatang pauh ada sejarahnyanya. Stop

Dan puasa semakin menggamit. Terawih semakin dekat, Pasti bersyukur masih ada ruang dan peluang untuk terus beribadat.

Apa tunggu lagi, beribadatlah, dan berjimat! Nak makan semua jenis. Tapi bulan latihan perlu prosedurnya. Latihan rohani !

Bagi kaum ibu, masa tunjuk terorr dengan masakan sedap! Maklumlah ahli keluarga yang perlu dilayan.

Buatlah apa yang patut.

Untuk semua selmat menyambut ramadan al Mubarak dan Raya. Cadang mau pulang ke Bukit Raya. Tapi kena tengok suasana. Anak dua2 mau periksa adanya. UPSR dan PMR diberi nama.



Sabtu, 23 Ogos 2008

Selamat Kembali ke Sekolah

Salam. Jumpa lagi. Baca baca baca coretan kekawan terutamanya luahan hati Husna buat saya menung jauh. Yealah siapa kita sekadar must be loyal to the government of the date. PTK yang memang menyesakkan dada dan masa. Saya tak ambil apa-apa exam. Cuti yang betul-betul cuti dari kerja-kerja rutin sekolah. Bersilat dengan anak-anak. Tak boleh lari dari cerita pasal dapur. Selebihnya aktiviti memantau anak-anak dan jalan-jalan.Seronok andainya ada peluang ke Kundasang suatu hari nanti. InsyaAllah. Apa persiapan mak-mak dan pak-pak menyambut ramadan dan sesi persekolahan penggal baru? Semoga beres.Buat Tn. Haji atau siapa-siapa yang berhajat telur pindang untuk dikurier sila sertakan alamatnya. Sampai jumpa lagi. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.

Isnin, 18 Ogos 2008

From the wonderfully cool surroundings of Kundasang

Assalamualaikum,
We're back. Finally, I have found the time to sit down and join the merry group. A big TQ to Yusof for settling affairs so well and Nani for sending me the username and password. I was lost for so long, trying to figure out why I couldn't enter the blog?? We were in Kundasang over the weekend. While breathing in the refreshing clean air and taking in the breathtaking view, I did think how nice it would be if we could actually have a CG reunion in K'dsg. However, there is the big and wide sea between us but then, that should not be a reason not to realise the thought, Insya Allah, one fine day.
Anyway, I do read the blog very often, like in Nani's words, 'skodeng sokmo'. However, it was a matter of not wanting to rush while blogging as we all normally have to do during school days. We pray that everyone is in good health, Insya Allah. Jafri has not been to KL lately so he hasn't caught up with Hanif or Pak Lah for some time now. He did hear from Hanif just a shortwhile ago. He's coming over in Oct to conquer the highest peak in Southeast Asia and we're confident he can do it.
Someone's looking over my shoulder and giving me a funny look ... well, is it not ok if I use English?? After all, we are trying so hard to improve our children's English so shouldn't we be using it as often as we can... Nani, guru TESL sejati, help me on this... oklah, I'll continue in BM. Nanti kena charge tak nak memartabatkan Bahasa Melayu pulak dah...
So, sempena cuti sekolah, dah berjalan dari hujung ke hujung, except for Nani, yang lain sure dah ter-lepas entah ke mana-mana dah. Kalau nak ikutkan hati, memang nak berjalan but ada macam-macam benda nak dibuat di KK so kena tunggu Dis ajelah. PTK durjana yang buat warga pendidik semua separuh sakit jiwa tu pun dah menunggu, eeehh, menyampahnya (pasal tak mau study langsung...hehehe)... buat bunuh mood cuti aje, sure guru-giri semua setuju. Untunglah Hanif, Anisah dan Pak Lah serta sape-sape lagi spouses yang bukan guru tak payah fikir-fikir pasal benda yang tak berfaedah ni (except untuk naik pangkat aje, selebihnya macam saya takleh nak fikir how can it actually make teachers into better teachers...)
Engkorang yang tunjuk grafik makananlah, cerita pasal makananlah, offer nak masak ni masak tu, eehh, geramnya. Dekat sini, makanan yang dah masak untuk dijual memang tak best. Sabarlah, Dis dah tak lama lagi.
Roslee, Sari and family pasti seronok dapat mengunjungi MAHA. Kami terliur baca berita dan tengok liputan di TV aje. Rugi, rugi. Macam-macam yang anak-anak dapat tengok dan belajar. Kalau tak asyik terperap kat rumah, boringnya... lupa, kena check dua bundle kertas esei BI, kwang, kwang, kwang!!!
Harapan kami sekeluarga semoga seluruh warga CG akan berseronok pada cuti sekolah ini. e.g. anak-anak Hanif dan Anisah pun dah balik dari KB, anak-anak CG yang tinggal di asrama pun pasti seronok dapat kembali ke pangkuan keluarga, emak dan bapa semua pun turut bergembira. Tak lama lagi puasa, kali ini Amal sempat beraya di Malaysia, kalau tak kesian dia. Sometimes we must truly appreciate what we have received and make the most of everything we've been blessed with.
Before I reverse myself, salam sayang daripada kami berlima untuk semua CG. Sekian, Wassalam.

CUTI JANGAN TAK CUTI

dia datang dengan macam lenggan lenggoknya
dia datang dengan kelas tambahannya
dia datang dengan cuti mutinya
dia datang dengan jalan malannya
dia tetap datang dan pergi

oppp hanya untuk ahli sekolah sahaja.
ahli U, tunggu cuti lain
ahli koprat pun ada cuti mutinya
ahli swasta pun sama

Apa cerita semua
hanya sekodeng tak memeriahkan suasana
tapi tak apa
ada berita untuk dikongsi
berbagi rasa

Ceritlalah,
selagi kuat,
selagi ada kudrat

terjepok
terduduk
terkedu
cukup utu dulu.

Mana piandang se samo, se pun nak raso
kelat ke pahit ker
biar pun tak sarat,
biar tak ngidam
nam juga raso.

dr kito, laa ni musim nasi minyak
nak jugo raso
biloooooooooooooooooooooooooo?

wasalaam

Jumaat, 15 Ogos 2008

Ada Orang Bengang,,,,,Kwang!Kwang!Kwang!

Assalamualaikum wmt wbt.

Semoga semuanya sentiasa dibawah naungan dan rahmat Allah swt.

Wakakakaka, ada orang bengang. Kesian kat Mak Daro,orang Ganu kata abih gheng bercerita,takdok orang respon.Nasib baik ada makcikSari yang masuk. Ni se nak cakap kat Mak Daro, macam tu lah dulu kami rasa bila asyik2 akak dan Mas Aji dan Dr je yang masuk. Yang lain-lain tu selambe je dok sekodeng. So ada bas ada lorikan! Tapi akak sebenonya bukan nak berbalas2. Alah macam makcik kita tu cakaplah, seminggu dua ni,tak dapek akak nak duduk lama-lama kat kerusi ni hah.Maklumlah, faham-faham sajalah kalau dah senja begini masih nak join orang muda. Tapi sekodeng tetap sekodeng...Hari-hari akak dok tengok gambar Mak Daro anak-beranok terutamanya bakal menantu akak yang hensem tu... Jadi Mak Daro janganlah berkecil hati. Satu lagi,makin ditengok gambar-gambar Mak Daro tu, makin sayu hati akak ni. Yelah ingatkan hujung tahun ni dapatlah akak bertamu di bumi anbia...hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah disebalik segala apa yang telah ditetapkanNya. Mudahan tahun depan adalah rezeki akak dan room-mate.

Buat makcik Sari,terima kasihlah banyak-banyak di atas ingatan telur pindang tu. Macam yang akak cakapkan tadi, tak dapatlah lagi nak ke Kajang cuti ni kerana tak berdaya nak duduk dalam kereta tu lama-lama. InsyaAllah, nanti kita jumpa dengan baby sekali.

Dr, tak nak ke datang Ganu cuti-cuti ni. Mailah, boleh kita round KT dan singgah di Losong makan kepok lekor. Ke ke Johor lagi? Angin sepoi-sepoi bertiup dari negeri 10-1 membisikkan asal-asalnya Mak Daro dan anak-anak nak bercuti di Negeri Cantik Orang Baik Budaya Menarik ni. Akak pun seronok dengar,y e lah kot ada lagi kurma kering ke minyak atar ke yang dapat akak rasa. Tup-tup tak jadilah pulak sebab kena jaga PTK katanya...(Maaf ye Chek Eda dan Mak Daro, akak bocorkan rahsia............)

Cik Jah oi, baru ni dah aktif, ni dah start balik sekodeng ke? Tak kan naktunggu akak laserkan dengan peluru berpandu baru nak masuk balik kot? Ke dok sibuk gentel biskut raya, terima tempahan banyak kot tahun ni!

Okaylah, cukuplah tu, sampai jumpa lagi.....(taklah sampai tahun depan macam tuan meneja kita tu.........) Wassalam.

Khamis, 14 Ogos 2008

CUTI...CUTI...CUTI....

Salam buat kekawan. Yo lah kato Mak Daro semuo orang sibuk. Tak menjongah blog. Tapi se tahu sobab Akak Nani tak aktif laei menggodek komputer. Dah sarat dan tak larat. Itu yang dapat saya katakan. Cuti lagi kitakan. Dah penat memerah otak, sedia soalan ujian, menanda dan siapkan markah tiba masanya rehat cari ilham dan idea untuk sediakan soalan akhir tahun. Sambil-sambil tu jalan-jalan mana yang boleh dituju. Moh mai Kajang. Ada MAHA, ada kambing ada serba neka. Takpun tengok bunga api lip lap kat Putra Jaya macam saranan Sdr AK. Bersesak jugaklah. Atau tempah pakej cuti kat MITM PWTC. Ramadan hampir tiba, Syaaban dah hampir pertengahan, rebutlah peluang yang datangnya setahun sekali. Berpuasa dalam cuaca panas betul-betul menguji iman.Cik Jah kalu ada biskut yang sedap boleh pos gambaq dalam blog. Bulih saya dan mak-mak lain oder saja.Tulung kawan na.Pak-pak jangan gelak no.Akhirulkalam, selamat bercuti, kalu datang Kajang, KL caling-caling yea. Insya Allah saya ada di rumah.

Selasa, 12 Ogos 2008

Baru balik bertapa di Sekayu

Asalamualaikum

Amboi mak, depa no, banyak cerita pula.
Se pula berkurung di Sekayu , berkhemah katakan, so apa nak buek.
bawa budak besar g situ, belajar berkhemah.

Nanti tulis lagi
letih juga
Assalamualaikum,
Bilo se tak menulih, bertalu2 bertanyo. Siap dengan kiriman kata2 laser lagi. Sampai suami se yang hensem mensem pun kono kutuk. Bilo se dah menulih, Sari jo yang membaleh. Mas Aji....pun macam melopehkan kontut di tanggo... Tapi takpolah, mesi masing-masing sibuk kan? Jah, dulu rajin gak, sekarang sonyap balik?
Wassalam, daripada Mak Daro

Sabtu, 9 Ogos 2008

SYUKUR, SERONOK KONGSI CERITA KONGSI RASA

Salam. Sekadar menjengah sekejap. Dan tengok gambar dan kongsi cerita Mak Daro di bumi Anbia.Juga buat En.Tahir sekeluarga dapek APC laei.Kali bapo tu?Takpolah rezeki dah depan mata terima ajalah. Buat Akak Nani senyap je?Jadi ke datang Kajang cuti ni? MakCik balik Johor 16 Ogos -18.08.08 (ada gak angka 8nya tu--katanya ong, ong, ong) Tapi dah oder telur pindang, agak-agak cukup stok seminggu duo. Kalutak pun dikurier. Jangan jelous, buat yang ngidam.Kalau ada yang lain dan sewaktu dengannya mengidam gak, saya boleh tolong buatkan dan kurier.Bagi alamat lengkapnya.Buat semua-semua selamat bercuti yang cikgu-cikgi dan bukan cikgupun, isteri atau suami cikgu ok, takpun anak-anak yang jadi anak murid cikgu pasti mak paknya cuti. Jumpa lagi.Wassallam.

Khamis, 7 Ogos 2008

Assalamualaikum,
Ini merupakan memori yang nak dikongsi bersama rakan-rakan. Satu pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Suami tidak bersedia untuk pergi.... se tekad dan berani kan diri walaupun tanpa muhrim. Rasanya, umur macam tak panjang...Bila sampai di air port, hati terlalu sedih, sayu dan sepi.....macam tak balik ke Malaysia lagi rasanya. Dalam kapal terbang tak boleh tidur. Bila sampai di Madinah, hanya ibadah juadah harian....tak teringat pula pasal Malaysia! Sampai Mekah, lagilah macam mimpi berada di depan Kaabah. Berdoa depan Kaabah....tak terucap lagi dengan kata-kata. Nak tunggu pergi haji 2012....lambatkan?....Wassalam daripada Mak Daro

gambar

Rabu, 6 Ogos 2008

Assalamualaikum dan salam goblog (bukan goblok na!)
buat semua sahabat cg.

Alhamdulillah akhirnya dapat kongsi pengalaman berharga angah buat bekal kami yang masih menunggu jemputan Allah sambil berusaha sedaya mampu..
Insyaallah 9 dan 10 ogos ni cek akan p ujian dan kursus..La ni TH nak uji dulu bakal2 haji..so kena study macam nak ambik ptk jugak..yang beza ujian ni bukan setakat manusia di TH tu ja yang nilai tapi lebih daripada itu ialah..penilaian Allah terhadap keikhlasan hamba-hambaNya.
So berdebaq-debaq pun ada..walaupun keinginan sudah sampai klimaksnya.

Teruja juga nak berwacana dan bermain-main dengan bahasa..yang pasti bahasa kita memang kaya walaupun penuturnya masih ramai yang miskin..jua jangan lupa bahawa bahasa kita banyak variasinya..tidak sedikit dialek dan idioleknya..pelbagai laras dan retoriknya..begitu juga unsur semantiknya..so kita boleh berbahasa seadanya sama ada..semesra dialek alamnya, sehalus simbolik peribahasanya, sepuitis manis sasteranya, semulus hati peribadinya, sesedap rasa telor lidahnya, seenak slanganya..atau sebaku minda formalnya..mengikut kesesuaian masa, tempat, topik, dan sasarannya..

Sekian adanya.
Wassalam.
Assalamualaikum, (sambungan semalam)
Perjalanan ke Mekah :1) 4 hari di Mesir. Kagum dengan ciptaan manusia iaitu piramid. Bayangkan batu bertan-tan diangkut dan disusun menggunakan tenaga manusia. Terkincit dibuek ehh. Untuk masuk, lorong disediakan tetapi hanya muat untuk badan yang comel-comel macam se. Terpaksa membongkok sepanjang perjalanan. Itulah antara kubur-kubur kebanggaan Raja Mesir. 2) Keseluruhannya, kubur lebih cantik dari rumah. Pengemis terpaksa menumpang di kubur sebab tak ada rumah. 3) Rumah-rumahnya hanyalah flat yang dibiarkan macam terbengkalai untuk mengelakkan cukai. Pertanian dan penternakan ayam itik paling atas (open air). Terror tak? 4) Tidur di apartment pelajar Malaysia. Kesian mereka, kena pandai cari wang menyara hidup sebab kerajaan tidak mahu biaya....terutama aliran agama. 5) Baik Mesir, Madinah mahupun Mekah.....peniaga di sana menggelarkan kami.....bakhil. Tapi, ade ke jual selipar Jepun sebelah je 3 rial? Nak beli sepasang, 6 rial. Tu yang kena basuh dengan bahaso nogori dek bapak angkat se.......Wassalam, daripada Mak Daro

Jef n Husna bisa masuk

Sahaj masuk n try via puteraadam.

Ok line clear.

Ada pencatat baru, baguihlah

baguih lah ada pancatat baru bukan sekadar skodeng.
cerita terbaru dari tanah suci.

memang benar ada kejadian yang serupa itu. Dan pokoknya, perlu taubat dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Jangan hendaknya berlaku pada diri kita kejadian yang meruntun jiwa menangisi berabad lamanya oleh anak cucu. Kalau berlaku pun jangan sebarkan, taubatlah.

Pada Jefhusna, bersabar. Anda InsyaAllah dapat masuk nanti.

wasssalam

Selasa, 5 Ogos 2008

Assalamualaikum,
Pueh se menggodek...alhamdulillah dapek. Memang se sibuk dengan hal-hal duniawi, sampaikan bilo muhasabah diri balik, semua yang se buek, tak berbaloi. OK, lupokan tu dulu, baco pasal Alias, dio ni class mate se maso ting 6. Zaman mudo belio dulu! Tak sangko compodak jadi nangko. Mano satu se nak cerito pun dah kolam kabut ni....kolam kabut se menokan komputer ni...mahu punah nih! Mulo ngn hutang se lah yo.....CERITO BONA.
1. Se dipanggil orang kayo kat Mokah sobab ado omak bapak, anak2.... kiro longkaplah.
2. Abe se kan tak poei....muhrim se...namo samo ngn bapak se, Shaari...banggo se!
3. Alhamdulillah se ngn mira sihat kat sanun dan copek se membosar bagai Johan!
4. Kisah bonar nyo...apo yang kita buek, semua ado balasan. Ado jemaah se tu, sosek dalam tandas masjid Bir Ali, sampai setongah jam. Omak orang tu pulak hilang kat dopan Kaabah, sampai tongah malam! Ado pulak pensyarah yang sosek kat Masjid Nabawi ...berjam2 cari jalan balik ke hotel.
Oleh itu, kawan2 se samo-samolah kito sodar menyodar. Ado lagi cerito dan gambar2. Cubolah lagi nanti yo....Wassallam daripado Mak Daro

Isnin, 4 Ogos 2008

Kabare, Mangan Opo Orong?

Asalamualaikum,
Kabare?
O hayo gozaimas?

Goblog yang saya maksudkan mungkin tidak tepat seperti pemahaman jawa. Itu goblok!. Blog, jadi goblog, sekadar lelucon di sana. Berbahasa kadangkala tidak menepati makna dalam kamus bahasa yang dimengerti oleh penutur lain.
Jadi keterbukaan dan perkongsian amat menyenangkan.
Terlanjur bicara, senang sahaja saya berkata ambilkan kopek dalam poket itu, wahai anakku...Maka tersenyum simpullah mem nani mendengarnya. Kenapa? Maksudnya amat berbeza dan membawa konotasi yang melucu dan melucahkan. Jangan mare Eda, hang pun faham apa yang termaksud dari tersurat.

Nak, banyak peribahasa juga terlucut makna dan maknawinya. Hanya timbul pada makna semasa. Kenapa? Banyak sebab. Biarlah ahli bahasa mencerakinkan.

Dunia semakin kejam, atas tangan tangan manusia yang merencanakan. Tapi tangan Allah juag lebih berkuasa. Itu pada yang mengerti, pada yang akur dan pada yang menyerah diri pada Ilahi.
Yang angkuh, yang takbur dan yang tidak mahu mati, buat tidak reti.

Sekian seadanya.

Ahad, 3 Ogos 2008

Mari Kita Berbahasa

Salam, tadi tu testing tajuk. Suspen ke? Sebelum tu minta maaf bebanyak buat Munsyi Dewan, Jefri. Tak bermaksud nak ambil alih jawatan Jef. Cuma kongsi sedikit ilmu yang ada. Bila dah baca-baca dan baca tulisan kawan-kawan ada satu coretan Tn. Haji yang buat saya tersedak! Pandai gak Tn. Haji Yusof guna bahasa Jawa yang jarang digunakan sekarang. Perkataannya "goblog' atau ejaan sebenar dalam bahasa Jawa ialah "goblok". Maksudnya ialah bodoh yang amat. Ada lagi joke perkataan tersebut "goblok songo" maksudya bodoh darjah yang penghabisan, kiranya tak pandai sangat-sangat. Ada lagi peribahasa yang sampai sekarang jadi mainan tapi tak dihalusi sepenuhnya. Juga dalam bahasa Jawa, seperti melepaskan batuk di tangga. Bila tanya anak murid ramai yang tahu maksudnya. Tepat. Bila di minta melakonkan aksinya, batuk-batuk di tangga. Kenalah terangkan kat mereka bahawa "batuk" @ "batok" dalam bahasa Jawa ialah tempurung kelapa. Pada zaman dahulu, penyedok air dibuat daripada tempurung, alahai yang dipaku pada sebatang kayu. Letaknya di tepi tempayan @ guri dan duduknya di tepi tangga. Bila nak masuk atau naik ke atas rumah kenalah cuci kaki dulu. Lepas cuci kaki gunakan "batok', maka batok tu pun disangkut je tepi tangga. Itulah timbulnya peribahasa bagai melepaskan batuk @ batok di tangga adanya. Demikian adanya, jadi kena hati-hati bila berbahasa..... Maaf yea Tuan Haji sekadar menjelaskan apa yang saya tahu sebab sayakan orang Jawa berbangsa Melayu.

Setakat ini dulu. Selamat menyambut kedatangan Syaaban yang mulia. Isikan dengan amalan sunat yang disunahkan. Sama-sama saling mengingatkan moga kebaikan berterusan..adanya. Buat Dr. Ctkt InsyaAllah resepi soto akan menyusul nanti. Janji tetap janji, tunai tetap saya tunaikan.

MARI KITA BERBAHASA....

Jumaat, 1 Ogos 2008

Ada tamu

Asalamualaikum

Teruskan. Apa sahaja yang boleh diteruskan. Dan tanpa sedar ada orang lain yang juga memantau. Rupanya loteri haram... ada dalam ulasan dan link ke loteri...hehehh hehheh biarkan. nak tumpang lah tu.. sengaja mencatat blog sahabat
http://kesumaku-personaku.blogspot.com/
from mr alias putrajaya....

Dan bersabarlah Jeff N Husna, Pak Lah dan Hanif, akaun anda dalam pembikinan. Ada lagi yang belum dapat sila kabo ya!

Bagi yang ada, rajin-rajinlah berblog, jangan goblog udahlah

Tunggu yang lain

Wasalam
Assalamualaikum wmt. wbt.

Selamat bertemu kembali. Semoga semuanya sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah swt.

Jeles pulak akak tengok Dr. Azah, dapat upload gambar terkini. Akak teringin jugak nak upload gambar akak yang dalam keadaan sekarang ni. Yalah, seme orang kata akak cun sangat sekarang bila beruniform. Jadi, akak teringin jugak nak tunjukkan pada semua. Manalah tau bila tengok gambar akak berposing tu, tiba2 Mak daro ke, Makcik Sari ke, Ma'am Jah ke, tak ketinggalan Kak Aji, Cg. Ani, Tr Husna dan Ma'am Anisah terus nak join kelab akak (Che Eda dan Dr. Azah pun boleh join, tapi kenalah tukaq status dulu.....Wakakakaka). Kan bahagia tu, yelah, CG makin berkembang dengan bilangan 2nd generationnya yang makin ramai! Tapi masalah problemnya, akak ni tak delah kamera digital nak mengambil gambaqnya. Nantilah akak gi kat kedai Cina, posing dan uploadkan. Bukan senang nak dapat gambar sensasi dan cun ni, tak berapa bulan lagi, tak cun dan sensasi dah..

Belek-belek catatan lama, terpandang satu ulasan daripada Tuan Alias@Ellyasak65 yang jemput join blog dia. Akak masih kenal dan ingat Tuan Alias kita ni walaupun tidok se Mass Comm dengan dia dulu, yelah SKK@UKM tu bukanlah besaq sangat, apatah lagi Tuan Alias dulu masa kat UKM kira2 sama galamour jugak dengan Mas Aji maksud akak ramai orang kenallah. tapi akak tak pastilah orang tak glamor macam akak ni masih dikenali atau tidak oleh Tuan Alias kita. Apa2pun, dah dia jemput CG join blog dia, akak tertarik jugak nak tengok bagaimana rupanya blog dia. Walau bagaimanapun, tidaklah dapat akak buka dek kerana Tuan Alias tiada memberi alamatnya. Jadi boleh berikan alamatnya? Jangan bimbang, akak nak tengok je, tak nak menulis tentang cerita misteri@hantu ke. Akak bukan jenis macam tu. Buat kengkawan di CG pulak, jangan bimbang, akak akan terus setia dengan puteraputericg walaupun dapat peluang masuk blog Tuan Alias.

Kesian Mak Daro, dia sms akak, katanya dia sampai ke CC nak buka blog. Malangnya tak dapek juo buko. Tapi akak tak perasan sms dia masuk, dah lewat baru sedar. Akak tak pasti samada dia dah dapat id dan pw yang baru atau tidak. Satu akak nak pesan, kalu ada urgent, janganlah sms, call je baru terus dapat cakap segera. Akak ni kalau kat rumah sebok sikit dengan urusan dapur (nak pastikan cucu-cucu mak mertua akak tu membesar bagai Johan, betul tak Mak cik Sari?) jadi kadang2 tak perasasan sms masuk. Mintak maaflah tak reply segera hari tu untuk menyelesaikan masalah Mak Daro. Harap cuba lagi dengan id dan pw yang akak dah sms kan tu. Kami masih menunggu koleksi kisah benar dari Mak Daro. Harap Mas Aji dapat smskan id dan pw kepada Tr Husna jugak (Abaikan pesanan ini jika anda sudah menghantarnya)

Ma'am Jah bila dah dilucutkan title sekodeng tu oleh Che Eda, jadi janganlah dipersiakan title baru (active blogger) tu. rajin-rajinlah menulis. Bukan apa, bimbang kalau semua pakat malas je nulis dan seronok sekodeng je, nanti timbul pulak, bukan lagi Mama Misteri @MM(maaf sebut lagi nama yang tak berapa nak glamer ni) Hantu Raya ke Pontianak Gua Musang ke, susah pulak Mas Aji nak selesaikan masalah.

Buat Mas Aji, terima kasih di atas offer untuk datang mencurah ilmu berkaitan Online Learning buat akak dan warga pendidik lain di SMKPM ni. Buat sementara ni program tu kena KIV dulu. Ada beberapa hal yang perlu dibincang dengan lebih lanjut dengan oihat pengurusan. Maklum akak sekarang dah jadi guru kocik jadi sebarang cadangan tu kena menerusi orang yang lobih bosa. Jadi jangan serik untuk offer kepakaran tu lagi ye....

Sekianlah, untuk makluman, Laksa Johor belum jadi, Spaghetti dah siap terhidang. Jom makan..............

Wassalam.