Assalamualaikum wmt. wbt.
Selamat bertemu kembali. Semoga semuanya sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah swt.
Jeles pulak akak tengok Dr. Azah, dapat upload gambar terkini. Akak teringin jugak nak upload gambar akak yang dalam keadaan sekarang ni. Yalah, seme orang kata akak cun sangat sekarang bila beruniform. Jadi, akak teringin jugak nak tunjukkan pada semua. Manalah tau bila tengok gambar akak berposing tu, tiba2 Mak daro ke, Makcik Sari ke, Ma'am Jah ke, tak ketinggalan Kak Aji, Cg. Ani, Tr Husna dan Ma'am Anisah terus nak join kelab akak (Che Eda dan Dr. Azah pun boleh join, tapi kenalah tukaq status dulu.....Wakakakaka). Kan bahagia tu, yelah, CG makin berkembang dengan bilangan 2nd generationnya yang makin ramai! Tapi masalah problemnya, akak ni tak delah kamera digital nak mengambil gambaqnya. Nantilah akak gi kat kedai Cina, posing dan uploadkan. Bukan senang nak dapat gambar sensasi dan cun ni, tak berapa bulan lagi, tak cun dan sensasi dah..
Belek-belek catatan lama, terpandang satu ulasan daripada Tuan Alias@Ellyasak65 yang jemput join blog dia. Akak masih kenal dan ingat Tuan Alias kita ni walaupun tidok se Mass Comm dengan dia dulu, yelah SKK@UKM tu bukanlah besaq sangat, apatah lagi Tuan Alias dulu masa kat UKM kira2 sama galamour jugak dengan Mas Aji maksud akak ramai orang kenallah. tapi akak tak pastilah orang tak glamor macam akak ni masih dikenali atau tidak oleh Tuan Alias kita. Apa2pun, dah dia jemput CG join blog dia, akak tertarik jugak nak tengok bagaimana rupanya blog dia. Walau bagaimanapun, tidaklah dapat akak buka dek kerana Tuan Alias tiada memberi alamatnya. Jadi boleh berikan alamatnya? Jangan bimbang, akak nak tengok je, tak nak menulis tentang cerita misteri@hantu ke. Akak bukan jenis macam tu. Buat kengkawan di CG pulak, jangan bimbang, akak akan terus setia dengan puteraputericg walaupun dapat peluang masuk blog Tuan Alias.
Kesian Mak Daro, dia sms akak, katanya dia sampai ke CC nak buka blog. Malangnya tak dapek juo buko. Tapi akak tak perasan sms dia masuk, dah lewat baru sedar. Akak tak pasti samada dia dah dapat id dan pw yang baru atau tidak. Satu akak nak pesan, kalu ada urgent, janganlah sms, call je baru terus dapat cakap segera. Akak ni kalau kat rumah sebok sikit dengan urusan dapur (nak pastikan cucu-cucu mak mertua akak tu membesar bagai Johan, betul tak Mak cik Sari?) jadi kadang2 tak perasasan sms masuk. Mintak maaflah tak reply segera hari tu untuk menyelesaikan masalah Mak Daro. Harap cuba lagi dengan id dan pw yang akak dah sms kan tu. Kami masih menunggu koleksi kisah benar dari Mak Daro. Harap Mas Aji dapat smskan id dan pw kepada Tr Husna jugak (Abaikan pesanan ini jika anda sudah menghantarnya)
Ma'am Jah bila dah dilucutkan title sekodeng tu oleh Che Eda, jadi janganlah dipersiakan title baru (active blogger) tu. rajin-rajinlah menulis. Bukan apa, bimbang kalau semua pakat malas je nulis dan seronok sekodeng je, nanti timbul pulak, bukan lagi Mama Misteri @MM(maaf sebut lagi nama yang tak berapa nak glamer ni) Hantu Raya ke Pontianak Gua Musang ke, susah pulak Mas Aji nak selesaikan masalah.
Buat Mas Aji, terima kasih di atas offer untuk datang mencurah ilmu berkaitan Online Learning buat akak dan warga pendidik lain di SMKPM ni. Buat sementara ni program tu kena KIV dulu. Ada beberapa hal yang perlu dibincang dengan lebih lanjut dengan oihat pengurusan. Maklum akak sekarang dah jadi guru kocik jadi sebarang cadangan tu kena menerusi orang yang lobih bosa. Jadi jangan serik untuk offer kepakaran tu lagi ye....
Sekianlah, untuk makluman, Laksa Johor belum jadi, Spaghetti dah siap terhidang. Jom makan..............
Wassalam.
1 ulasan:
Salam,
Tak dah glamour... kalau glamourdah lama jadi artist berlaku dalam filem.
Anyway, adress blog merapu saya adalah http://kesumaku-personaku.blogspot.com/
Boleh bacan pandangan hampeh saya, cuma belum boleh kemukakan posting ulasan/komen. Baru nak menapaklah katakan.
Catat Ulasan