Isnin, 30 Jun 2008

JUMPA SEKEJAP......


Salam buat semua. Salam sayang, salam rindu salam nak bertamu juga mungkin nak bertemu. Bila?Mak cikpun nak masuk geng sekodeng gak ni.Tak da cerita. Tuan-tuan puan-puan cerita dahsyat weh! APC (dah rasa dapat sekali cukup dan syukur), KUP tak le, rasa macam tak layak nak isi borang GC. PTK rasa sekali gak anjakan. Le ning tunggu offer letter 44 je. Cikgu baru jadi cikgukan. Mana nak kejar 48. Apapun kalu dapat arrears 44, moh Kajang pekena sate Kajang. Amacam Tuan Haji boleh join ka?Jah tak usah pening, cakap orang gomen gitule. Memang tugas satu ibadah seperti kata Imam Al Ghazali atau ikut Mazhab Shafie. Tapi imbuhannya anggap sebagai hasil untuk sara hidup. InsyaAllah berkat gitu. Tambah-tambah zaman serba serbi yang mencanak naik ni. Berhemah dan berjimat bukankah sunnah rasul.

Cerita pasal berhemah dan berjimat ni ada hikmahnya. Sesekali tersedak buat kita tersedar. Dunia pantas bergerak. Segalanya jadikan kita peka (maaf bukan pekak buah pelaga). Tambah yang punya rakyat ramai macam kita-kita ni yea. Tapi dapur maintain berasap. Keperluan isi perut tak boleh catu. Lain tak pa. Tak gitu Akak Nani?

Pasal reunion, Mak Cik seronok juga. Memang nak join. Cuma masalahnya pada tarikh termaktub dah termaktub dalam Takwim sekolah mesyuarat. Apa kata kita tunda tahun depan Jun 08 ke. Masa tu anak buah dah besar sikit, so boleh mai dari Ganu. Mak cik - mak cik yang dah lama tak ada anak kecil ni boleh gilir jadi nanny.Meriahnya!

Panjang celoteh, janji nak coret sikit je. Sekadar menyibuk gitu. Buat Amal kalau ke Bangi singgahle rumah Mak Ngah Sari. Nak juga dengar cerita-ceriti buat azimat adik-adik sini.Yealah asyik main dan leka manjang. Ok jaga kesihatan semua baik maknya, paknya tambah lagi anak-anak. Buat CTKT resipi Soto InsyaAllah akan menyusul nanti. Basicnya campak-campak dan rasa sesedap rasa. Jangan marah... wassallam.

Ahad, 29 Jun 2008

From Alpha to Semenanjung

Assalamualaikum,
Semoga semua warga CG sihat walafiat. Sebenarnya teman saya mengalami masalah kesihatan menyebabkan saya ada sikit sibuk untuk 'blogging' walaupun sentiasa meninjau 'what's happening'.
Anyway, kami sekeluarga memang rasa seronok kerana Amal dah balik sejak 10 hari yang lalu. Memang meriah daripada biasa. Sembang pun lebihlah sikit.
Kepada Hanif yang sudi tlg urus reunion, kami ok aje. Quality assured. Kami akan berada di KL sehingga 29 Dis so apa-apa aja, 'it's ok and fine with us!' ... PD jalan terus. Ashraf sure antara yang paling seronok punya dapat jumpa kawan-kawan.
To Nani, we're glad to know you're feeling better. It's good that you're back in top form cos there's another journey ahead of you which needs your strength and stamina. Good luck to you, May Allah grant you good health and his protection.
To all the rest of the ladies in the CG clan, may you all continue to remain patient and 'steady' in facing our daily routine. As the cost of living has risen considerably, let's all be wiser in 'managing' our household. Rezeki datang daripada Allah dan terserah kepada kita untuk bijak mengurus perbelanjaan... buy Malaysian products first!!
We look forward to visiting KL again but since Fahim's exam is not far away, it seems like we'll just have to be patient. Lots of stuff to settle in school and before we realise it, it'll be the school holidays again... just have to make sure Fahim sits for SPM in comfort and not long after that ... yahoo, happy-happy holiday!!
And to the gentlemen @ hulubalangs, teruskan perjuangan anda sekalian. Control macho, semoga sentiasa sejahtera.
Lastly, to the CG children, always study smart and enjoy learning. To those who will be sitting for UPSR / PMR / SPM, be diligent and remember, success only comes to those who deserve it... it'll never drop out of the sky and neither will it drop out of the sky ... only durians fall out of the sky once in a blue moon.
Wassalam. Husna at Alpha

SA, Umpang Masih DiPasang, Tak Kena Lagi

Asalamualaikum

SA, semakin marak di blog, empunya diri yang sebenarnya terlibat belum mengambil bahagian.
Yang lain hanya meneka. Suspen tetap suspen. Itu kisah lama tak ada kisah baru yang kena mengena dengan tambah cawangan. Stop.


2. Rezeki. Kerja Allah jua. Tapi belum lagi yang KUP . APC pun belum ada aapa kecuali kertas sijilnya. Keraian boleh saja. Di mana.............Bila? Cadang saja.

Nanti sambung semula

Wasalam

Rabu, 25 Jun 2008

Suspen Amendenye?

Assalamualaikum wmt. wbt.

1. Semoga semuanya di bawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya.

2. Tahniahlah pada Mas Aji, dua rezeki serentak! (ke 3?) APC datang bergolek, 48 datang melayang. Yelah tuah ayamlah tu.. Akak dan semua kaum kerabat pastinya tumpang gumbira. Lebih menggumbirakan lagi jika di undang ke majlis kesyukuran meraikannya. Maklumlah, kalu 4 bulan dulu, tekak ni bercampur pahit dan loya, tak berapa nak lalu makan, sekarang ni, pantang nampak makanan, semuanya sedap aje. Nak-nak lagi kalu percuma, bertambah-tambahlah selera akak ni. So, komen sikit Mas Aji tentang keraian tu!

3. Suspen? Akak tak sukalah suspen2 ni. Maaflah, dalam kepala akak ni SA tu tak de yang lain melainkan cawangan baru salah sorang daripada empat hulubalang kita yang adalah tu. Jadi kalu benar bagai yang disangka, jangan nak suspen2. Kalau benar hulubalang, jom turun ke gelanggang, tunjukkanlah kejantanannya. Jangan main sorok2, suspen2. Jangan-jangan hulubalang yang memulakan cerita tu kot, hanya jauhari yang mengenal manikam, kalu tak, bagaimana pandai-pandai menamakannya! Yelah, akak rasa, kalau nak tunggu kita tanya, mana kita nak tanya sebab kita tak tau. Jadi diberilah blu klu tu pada kita! kalu benar begitu, akak tak nak welcomekan SA tu ke blog ni, tak nak menambahkan dukalara tuan-tuan permaisuri yang setia! (Che Eda tentu setuju dengan akak kan? Makcik Sari, Puan Jah, Mak daro, Tr Husna dan Dr Azah pun lebih-lebihlah lagi menyokong kan! Cg Ani, Mak Aji Mi dan Ma'am Anisah apatah lagi...)

3. Ai, sekejap je timbulnya Tr Husna kita, dah nak tenggelam semula ke? Akak tau, tengah sibuk kan, maklum exam baru habis, mesti tengah dok sibuk tanda kertas kan? Amacam Cikgu Bosa yang Kocik, Mak Daro kito, masih tak sompek nak tokoncing ke sibuknya? Kesian................

4. Buat Che Eda, syukur Alhamdulillah anakanda Ainaa dah semakin sembuh. Hujung minggu depan Che Eda pulak nak kena kurung 8 hari di New Pacific Kota Nharu. Relax ye, jangan sampai jadi macam Mas Aji, kepeningan nyamuk terus bila kena kurung udah le. Bawak bertenang ya! start hari ni, belajar-belajarlah breakfast dengan bread dan butter plus oren jus ke, apple jus ke, lunch dengan salad dan dinner dengan pie ke, atau apa-apa sajalah yang bisa membirukan mata hitam tu, yang dapat membetulkan lidah supaya dapat berpublic speaking dengan baik! Jangana bimbang, semua CG's clan bersedia menjadi talian hayat. kalu tak percaya pada yang ada kat Mesia ni, boleh call Amal nun di UK, supaya berabuk habis!

5. Jah, Azah, sekodeng jangan tak sekodeng...............

BERITA GEMBIRA

Assalamualaikum wbt buat semua cg dan bakal cg..he he sapa lagi kalau bukan SA

Pertama-tama alhamdulillah,syukur pada Allah kerana puteriku ainaa telah selamat dibedah dan telah dinyahkan dari HB semalam, la dok beristirahat di rumah.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan kami.
Terima kasih buat berita terkini dan berita mutakhir.

2. TAHNIAHHH...buat sahabat kita puteraadam!!!
~ yang telah selamat menamatkan PTKnya dan berjuang menguburkannya terus dari muka bumi ini. Moga PTK versi baru lebih relevan, berhemah dan berhikmah.
~ yang dikurniakan APC! dan DG48! Rezeki Allah untuk hamba-hambaNya yang sabar dan syukur. (kak nani, APC tu mende?)

3. Buat sapa-sapa yang ada kaitan dengan SA seperti yang diwar-warkan Tn. hj. tu, harap tak main teka-teki..kalau bakal menjadi ahli cg baru, so welcome dan apa kata kita screen test sikit.

Sekian adanya..

hehe Umpan Mengena!

asalamualaikum
Sekadar mengubah cerita. Untuk menghidu deria rasa yang terbabit. Tapi belum ada aromanya. alkisah si afidah telah membuka cerita yang telah lama dia simpan. Hanya tunggu gerangan orangnya menyahut cerita. Nantilah suatu hari nanti. Sebab banyak kisah terungkai katanya.
Saspen je, tidak merapu.
Apa yang dilaporkan adalah persembahan kumpulan. Dan mendapat markah tertinggi kerana kreativiti. Itu saja. Tidak terjejas minda dan fizikal. Lawan tetap lawan.

Tinggalkan hal itu.
Moga cepat sembuh anakanda CG dan bersabar bondanya. Cubaan Allah adalah untuk mempahalakan hambanya. Dugaan, cubaan, ujian dan sewaktu dengannya jika redha besar pahala. Tapi manusia sering lupa dan alpa pada nikmatnya.
Bersabar dan berdoa wahai hamba Tuhan, Eda.

Minggu ini agak sibuk, meraikan persaraan Tuan Pengarah IPG. Dan rezeki hamba , APC terpilih jua bersama teman yang lain. Syukur alhamdulillah.
Dan mungkin juga sudah tertulis, KUP 48 menunggu nanti. Lulus PTK, hakiki gamaknya.
Tidak minta, datang terima.

ok, bersambung cerita....................SYARIFAH AFIDAH .................tunggu respon cg yang berkaitan. hehe eheheh hehheh

Wasalam

Isnin, 23 Jun 2008

Berita Mutakhir

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Untuk makluman semua kerabat CG, anakanda Che Eda, Aina kini berada di HSNZ. Telah selamat menjalani pembedahan appendix. Che eda telah mengambil cuti 1 minggu untuk menjaga puterinya. Semoga cepat sembuh dan banyakkan bersabar di atas ujian yang menimpa. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kedua beranak ini.

2. Response sikit pasal re-union tu. Akak ni tak tahulah nak kata boleh join ke tidak sebab tak tahu dalam tarikh yang diberi tu masih habis berpantang atau tidak. Satu lagi halangan, mungkin pada tarikh 26/12 ke atas akan diadakan mesyuarat guru pertama tahun 2009, pendaftaran pelajar, mesyuarat itu, mesyuarat inilah. Untuk makluman non-gomen members, kami cg2 di Ganu ni, begitulah keadaannya selepas cuti Krismas. Jadi tarikh tu kuranglah sedikit sesuainya.

3. Ulasan sambil berlari di atas catatan putera Adam di atas. Hai, akak tak tahulah bro kita ni, 8 hari je kena PTK, itupun dengar cerita sempat balik , bukannya berkurung terus di hotel penginapan 8 hari berturut-turut (macam akak dulu, mak daro pun samo!), terus dah kepeningan, cakap pun merapu-rapu. Apahal ni? Mengalahkan orang kena tahanan ISA pulak. Jadi oleh yang demikian, moral daripada cerita ini, PTL patut dihapuskan sebelum golongan yang sewaktu dengan Mas Aji kita tu terus kepeningan bukan lagi lalat bahkan nyamuk adanya! Siapakah gerangan agaknya Syarifah Afidah tu? Bermimpi ke apa Mas Aji ni?

4. Mak daro bila nak cerita kisah benar di bumi Anbia tu? Hai, sibuknya cikgu kita sorang ni, mengalahkan tuan Meneja dan Tuan dan Puan Executive lak ya!

5. Sekian sahaja, bertemu lagi di lain siaran ( tapi doklah tahun depan macam Tuan Meneja kita !)

Ahad, 22 Jun 2008

Berita terkini

Kota Bahru, Satu demonstrasi membantah PTK telah diadakan dengan puluhan pegawai kerajaan terlibat. Menurut kenyataan jurucakap pihak penunjuk perasaan, satu perbincangan dengan kerajaan diadakan selepas itu bagi membantah PTK.
Pihak KPM akur dengan kehendak pihak yang menuntut dan akhirnya kursus PTK selama 8 hari di hotel dimansuhkan dan diganti dengan sistem yang lebih adil menilai kompetensi para pegawai kerajaan terutamanya DG 44.
Dalam perbincangan selama 20 minit antara wakil pegawai Dg 44 dengan pihak kerajaan, beberapa kata putus telah diambil. Antaranya kos kewangan antara RM 7 hingga RM10 juta ringgit yang dibelanjakan semasa kursus 8 hari disalurkan dalam bentuk latihan kompetensi kepada pegawai terlibat. Antaranya kursus ICT, perancangan dan kemahiran tertentu termasuklah public speaking. Kelemahan ketara yang dikesani semsa kursus 8 hari adalah public reading menggantikan public speaking.
Rundingan tersebut berjaya ditamatkan mengikut masa dan keputusannya adalah membangggakan.
Dalam masa yang sama, satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku, dengan nama Sharifah Afidah muncul di tengah-tengah kemeriahan blog CG. Menurut sumber yang namanya dirahsiakan, terdapat beberapa ahli CG yang terlibat dengan nama tersebut. Siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mengikut berita kaki dari tempat kejadian, di Hotel Pacific, semua kes PTK telah ditamatkan dengan jayanya dengan pegawai lelaki siap-siap balik dan wanitanya balik-balik siap.

Rabu, 18 Jun 2008

syoknya blog kita!

Assalamualaikum dan salam ptk,

Syabas, blog cg maju selangkah lagi!
Syoknya ada bar video, ada slide lip lap, dan laman web popular.
tahap keaktifan sekodeng juga makin meningkat.
pendek kata, seronok no!

Sakit2 otak dok karang esei, tak payah telan penadol, buka blog gerenti lega.
Pasai ptk,ummu aiman tak kisah...usaha, doa, tawakal.
public speaking jadi reading pun kira ok la tu.
lagu-lagu manapun, janji buat ikut kemampuan

Tentang reunion, insaya-Allah kami akan join tapi ada sedikit ralat pasai:
1. putera sulungku ambil SPM hujung tahun ni
2. hamba pula sedang menunggu jawapan TH
apa-apapun, kepastiannya akan dimaklumkan kemudian, insya-allah.

Kepala pun dah rasa clear sikit, jom pi sambung buat esei pulak.

selamat meneruskan hidup dan kehidupan dengan sabar dan syukur. Amin.

Cam ner 4-4

Assalamualaikum

Haha public speaking jadi reading. Tu lah realitiya. Cam ner nak kato.
Beres je.....yang syoknya sampai ada yg nangis2 penuh perasaan. Bravo

Apa citernya.

Di luar sana yang penuh berita. Terkurung konon dengan ceramah dan etc.
Apapun sempat godek? dan skodeng blog. Borderless.

Wasalam