Selasa, 29 April 2008

Sejukkan Mata





tiada kata yang padan buat melakar ciptaan Ilahi
itulah kanvas dunia yang tercipta untuk hamba-Nya.

No Last Minute But Smart




1. Bz dgn Konvo, jadi kuli je, bukan terima skrol pun, so sempat temu mata dengan Cgs Trg.)Mek nani dan Mek Eda). Last Minute isi borang LHDN, siap juga ma. Main caling-caling je, tu lah canggingnya teknologi. Syukur.Walaupun server LHDN asyik hang je. Jutaan serbu online e-filling. Hangpa ok ker....janji beres.

2. Baca blog, dah ada kemajuan. Baguih.Dan ada nak kecil come lote. Ambillah. Free je.

3. Buat, mak Daro, free ke minggu depan, den nak g PD. Ilham Resort. Ada coz. So what?
Belanja makan ler asam pedas ke, apa ker.Temu mata jadilah.

4. Cuti dah nak mai. Ada planning baguih ker.Buatlah apa yg patut. janji jauhi derita.

Cukup dulu, dugaan lagi , balik kuala trg, laptop hilang diambil orang masa ketiadaan di rumah. Sabarrrrrrrrrrr.






Wasalam

Takajut Mak Daro anak 5

Assalamualaikum,
Se muncul lagi.....rindunya....payah boto se nak dapek blog ni. Harap-harap semuanya sihat walafiat. Se, sihat tapi takdo la berisi....takuutt. Se, tahun ni agak sibuk. Alaah.... sibuk dunia. Awal tahun, pergi PTK-banyak menuntut daripada Akak Nani. Bulan April ni pulak....se golar bulan dugaan. Tunggu keputusan Hidayah...time masuk U. Ridhwan- dengan temuduga-temuduga untuk kursus juruterbang. Omak dengan apak ehh... menangis kat rumah.Tak ponah tengok anak susah dengan pelbagai ujian dan latihan. Sian anak bujang se tu. Mizah- cerita sedih, ada ketumbuhan yang terpaksa dibuang. Ni...yang se tahan sekali. Anak se ni paling baik sekali tapi dugaannya sangat bosar. Allah Maha Berkuasa, tentu ada hikmahnya. Syikin- biasala, manja dan eleh (sejenis la tu). Mira- se akan bawa dia pergi umrah pada 28.5.08. Apak nye terpakso jago anak-anak yang kat rumah. Ada rezeki, pergi lak yang lain. Semoga kita dapat jumpa lagi bukan di alam maya! InsyaAllah.

Khamis, 24 April 2008

Ehemm..................comelnya!

Assalamualaikum wmt wbt.

Alhamdulillah, akak dah semakin sihat, sikit-sikit je lagi. Makan pun dah berselera sikit. Nak tambah sihat lagi, tunggulah kemunculan mak daro di blog, InsyaAllah , akak akan tambah sihat, bukan apa,bila dah Mak Daro masuk blog, terubatlah rindu dendam akak dengan tulisan mak daro tu. Hilanglah segalo poning dan sakit se!

Azah, thanks, cute nya baby tu, tengok je gambar tu rasa tak sabo-sabo lak nak tunggu bulan November ni. Mintak-mintak puteri bongsu (harap sangat PUTERI, Amin) akak comel lote gitulah.

Azah tau tak, rupanya ramainya kecik ati dengan Azah kerana menujukan gambar tu untuk akak saja. Dengar khabar, Mak Daro, Mak Cik Sari malahan Mas Aji pun, meleleh air mata sedih kerana tak menujukan jugak gambar tu kat diorang jugak kerana iorang pun sangatlah berharap ditambahkurniakan baby comel gitu jugak. Nak2 mak aro yang dah pencen hampir 14 tahun lamanya tu, haraaaaaap sangat terkena jugak virus macam akak ni. Tu belum lagi Cik Jah kita, Pak Lah, Bos Hanif dan nun di sana di bawah bayu sana nun pun, tergolek2 jugak tu harapkan terkena virus tu...Jadi akak nasihatkan azah, tujukanlah jugak gambar tu kat mike semua. Biar senang hati mike2 tu.

Sari dah masuk blog, Mak Daro masih tak jumpa2 katanya blog (akak dah cakap mintak dia humbankan sajo komputer cap ayam dia tu kek Sg Rantau), Cik Jah tak kan seronok do baca hak orang tulih je, hang bila nak menulis? Nak jugak dengar luahan rasa Cik Jah...tulislah. Eda, dah ada laptop baru tu, cepatlah masuk, jangan dok nyorok lagi, nanti susah nak jumpa.

Okaylah, akak stop dulu, nanti kalu panjang2 mengutuk karang, kkepala akak kena pelangung pulak. Baik akak chow dulu. Wassalam..

Rabu, 23 April 2008

untuk Akak Nani


Isnin, 21 April 2008

blog dah tak sepi



Bila Akak Nani muncul dengan berita terkini,
Tahniah. Rezeki bertambah lagi.
Bila Sari dah mengejar cpu dan sekolah. Tak henti kerja mengejar diri,
Kejam sungguh.
Bila Pak Aji bersyair panjang berkaki-kaki,
mengingatkan yang dah alpa.
Baru la seronok masuk blog.
Baru la jari jemari laju berlari di atas papan kekunci
Menyampaikan berita terkini.
Opps sorry. Masih tiada berita terkini.
Nanti saya pi cari.
Ok sampai jumpa lagi.
Cau ci cau.

ADA LAGI WEH, TAK LAYAN APA-APA..SEPI?

Salam buat semua. Saya masih di Kajang. Tak ke mana-mana. Dan tak da apa alasan menyepi. Sekaadar nak kata buka blog tak dapat-dapat.Teknikal problem. Lepas hantar servis (tu pun sebab di panah dek petir) baru ok. Seronok baca semua komen, ulasan dan apa-apa je yang sewaktu dengannnya. Sat esok-esok sambung lagi nak ke sekolah ada kelas tambahan budak KRK.Dah pandai semakin pandai tak pandai tak nak pulak pandai. Apa komen ilmuan yang baru balik kursus bestari?

Jumaat, 18 April 2008

Dia Dah Mai



Dia mai dah
biar lelah leh leh
virus katanya
tu ler sendiri cari
tahniah ler
bukan senang nak senang
tambah umat Muhammad

Yang lain depa dok mana
nyorok kot, kata eda
layan karenah kerja , kata pak lah
layan suami kata mak daro
layan tuition, kata jef dan husna
layan kursus, kata dr ct
layan? tak layan apa pun, kata sari
layan apa-apalah, kata jah tokai
layan pitis, kata hanif

ha aha heh heheh

Nak royat gapo lagi
nak bilang apa pali
nak habaq per lagi
nak ngomomh menda lagi
apo nak di kato

Bagi trganu
ulul albab dan jadi ahmad albab
entahlah
sebab ramai sangat penderhaka raja

dunia pun semakin berubah
semakin menuju hayatnya
itu dah dijanjikan oleh Sang Pencipta
sampai waktunya jua

kita
macam nie lah
dia orang
macam tu juga

PTK dah terlepas, teknikal error
tunggulah kohort kemudian
nak lawan 4 4 susah sikit ma
dan dengar khabr nak rombak PTK
mansuh lagi cun
tak yah ada.Buat semak je

Tunggu komen Sari, dan Eda. Mak Daro pun sama

So letih lagi baru balik dari Kuantan
g jalan2 cari ilmu bestari
Mai ler kursus Bestari sapa yang berkenan
Minta ngan pengetua.....

Wasalam

Selasa, 15 April 2008

Ada ni......................

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Maaf kerana telah lama menyepi diri....tapi jangan kata akak lupa atau alpa, tidak sama sekali.....mana boleh akak lupa akan janji setia yang telah terikrar. Maka inilah akak gagahkan jua untuk mencoret secebis berita biarpun tidak pandai berpuisi bersajak seperti Mas Aji kita apatah lagi nak bersyair dan bergurindam. Akak hanyalah pandai mengarang esei sajalah (Jangan lupa no, PTK dapat 4 4 tau!)

2. Apa khabar semua? Akak tau semuanya InsyaAllah sihat2 belaka, melainkan akak soranglah yang demam belumlah jugak kebah, (asal balik sekolah aje teruslah akan baring , merehatkan kepala dan badan yang tidak bermaya) walaupun pilihanraya dah lama berlalu dan Abang Mad pun dah selamat naik takhta meninggalkan Abang Derih terkulat2 kehampaan. jadi jangan hairan kalau nanti Ulul Albab akan bertukar kepada Ahmad Albab pula. Alah mengarutlah pulak akak ni...

3. Perihal akak ni yang tak kebah2 demamnya....Mas Aji, Mak Cik Sari, Mak Daro, Cek mek molek Eda, semuanya dah tau yang akak ni dah 3 bulan diserang virus yang menumbuhkan lembaga ke 7. Maka virus itu hanya akan hilang selepas 9 purnama dan 10 hari lamanya, dan selepas itu akan kebahlah demam akak ni...Tak taulah akak nak kata, berita gumbira ke berita lawak ke atau berita sedih. Yang jadi tetap jadi.

4. Maka dek kerana diserang virus ini, hajat akak dan teman sebilik nak menurut jejak langkah Mas Aji dan Akak Aji kita tiaklah kesampaian pada tahun ini. Mudahan hajat tu akan kesampaianlah i tahun-tahun mendatang. Sedih jugak akak mengenangkannya, namun akak redha akan ketentuan Yang Maha Kuasa ini.

5. perihal anak-anak kita ini, iyolah kata Mas Aji kita, ngeri mengenangkan kisah si Cerdik Pintar yang akhirnya terjerumus ke lembah yang begitu hina...kemanalah agaknya dihumbankan kebijaksanaan anugerah Allah itu. Begitulah, mudahan anak-anak kita semua dilindungi daripada ujian sedahsyat itu. Mudahan mereka semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa dan sentiasa beraa dilandasan yang Haq. Amin...

6. Sekian dulu, jummpa lagi ilain ketika, akhirnya doakan semoga akan dikurniakan kesihatan yang sempurna melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran ini, almaklum dah masuk 43 tapi masih lagi......

Sabtu, 12 April 2008

ORANG KITA , KITA ORANG




Kita orang tak kisah
orang kita pun tak kisah
sebab semua ada kisah

kisah buat sendiri
atau datang sendiri
kerana semuanya telah sendiri-sendiri

kita orang tak lupa
orang kita pun tak lupa
sebab mengapa perlu lupa

kerana banyak sudah cerita
yang bercerita telah pun jadi cerita

SEPI ITU INDAH ATAU SEPI ITU PENYIKSAAN



Assalamualaikum

Barang diingat, sepurnama sudah
tidak bergerak mata pena
lebih tajam dari mata pedang
kata kita untuk orang kita
di mana letak laut fikir
yang berjela
orang kita di mana muka
kita orang tidak bersua
bagi menjam minda
itulah orang kita
kita orang tertanya-tanya
di mana mereka

Anak kita apa berita
di laut lepas minda
apa cerita
telah ada dalam berita
tersasul dek lupa
sufiah cerdik tak ke mana
anak kita di mana ya

emak orang kita
bapa orang kita
kita orang tertanya
apa ke benda
tak bercerita

tak apa
bukan alpa
hanya tiada berita
bukan lupa
tapi sengaja

orang kita itulah kisah
kita orang tak kisah
sebab semua ada kisah

tak apa
tak lupa
tak alpa

orang kita
kita orang

kan sepi itu indah
kan sepi itu ada kisah

wassallam

Isnin, 7 April 2008

Sepinya

Assalamualaikum,

Mana pi semua orang-orang cg ni. Menghairankan??????. Akak Nani, Pak Haji Cop Mat, Sari mana hampa pi. Yang lain lagi la tak dengar cerita. Saya pun tak da cerita jugak nak cerita. Sekadar nak tanya khabar berita. Sihat semua kah ahli keluarga cg? Rindu la nak baca cerita kawan-kawan kat blog ni. Weh tulis la apa-apa yang boleh saya baca no.
Ok. bye