Selasa, 29 April 2008

Takajut Mak Daro anak 5

Assalamualaikum,
Se muncul lagi.....rindunya....payah boto se nak dapek blog ni. Harap-harap semuanya sihat walafiat. Se, sihat tapi takdo la berisi....takuutt. Se, tahun ni agak sibuk. Alaah.... sibuk dunia. Awal tahun, pergi PTK-banyak menuntut daripada Akak Nani. Bulan April ni pulak....se golar bulan dugaan. Tunggu keputusan Hidayah...time masuk U. Ridhwan- dengan temuduga-temuduga untuk kursus juruterbang. Omak dengan apak ehh... menangis kat rumah.Tak ponah tengok anak susah dengan pelbagai ujian dan latihan. Sian anak bujang se tu. Mizah- cerita sedih, ada ketumbuhan yang terpaksa dibuang. Ni...yang se tahan sekali. Anak se ni paling baik sekali tapi dugaannya sangat bosar. Allah Maha Berkuasa, tentu ada hikmahnya. Syikin- biasala, manja dan eleh (sejenis la tu). Mira- se akan bawa dia pergi umrah pada 28.5.08. Apak nye terpakso jago anak-anak yang kat rumah. Ada rezeki, pergi lak yang lain. Semoga kita dapat jumpa lagi bukan di alam maya! InsyaAllah.

Tiada ulasan: