Jumaat, 31 Ogos 2007

Meriah dah no dan Merdeka ke ?

Assalamualaikum

Amboi mak, tinggal sat je blog ni, dah penuh. Meriah dah. Sy tak sempat buka minggu lepas ada di danau tertua di dunia (...hehehe Danau Tok Uban, Kelantan) hangpa bukan main syok no....

Terliur juga , banyak resepi.....tapi hantar mai ler....baru boleh cuba...dah dapat ISO ke tak?

Si Daro anak 5,,,hehehhe geli den dengar....apo tak nyer, daro? hehehhehe
Tak po, janji gebu....

Eda.....hai ada SU.pula...jauhnyer SU dia.....

Yg lain maintain nampak.....

Si Jah tu masuk banyak kali hal yg sama apa hal....x salah mencuba

Selamat MERDEKA...tapi merdeka ke kita
...ada lagi anak2 kecil yang bapa terpenjara tanpa tuduhan....ISA
...LORD Reid masih jadi TUAN besar,
...masalah sosial makin parah...
dan macam2 lagi....

puteraadam

Khamis, 30 Ogos 2007

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 50 - MalaysiaKu Gemilang
NORIDAH BT SHAARI (MAK DARA-ANAK 5)
SORRY..BECAUSE TOO LATE JOINING YOU ALL. AS YOU ALL KNOW, MY HOUSE IS QUITE ISOLATED SO.. THE NET ALWAYS DROWN AT SG. RANTAU.CAMNO? INGAT LAGI KELAS SANTHA?SOJAK DUO MONJAK NI SE' ASYIK KONO TINGGAL JO. ANAK 4 ORANG DAH MERANTAU, SUAMI PUN MERANTAU YO.JADI.. SUMO TANGGO-TANGGO KEK RUMAH NI SE' KONO SETTLE KAN..SAMPAILAH KE SEGALO MAK NENEK TUISYEN, SE' YO KONO ANTA. TAPI BADAN TOTAP MAINTAIN GEBU..
SESI MENGUCAP TAHNIAH ...
1. BUAT USOP - SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI
2. BUAT JEFF - LIKE FATHER, LIKE SON..ANAK MASUK UKM
3. BUAT NANNIE - DAH MENDUDUKI PTK ..TAK LAMO LAEI JADI PENGETUO LA
4. BUAT AZA - DAH BERGELAR DOKTOR (SE' SAKIT, BULEH UBEK KAN?)
5. BUAT JAH - GEBU CAM SE'
6. BUAT SE' - GEBU CAM JAH
UNTUK EDA, DOA ANGAH DARI JAUH...TABAHKAN HATI, KUATKAN SEMANGAT.

Gebang-gebang Merdeka

Salam buat semua.

Amboi-amboi tak leh senyap sikit. Cuti ni sibuk manjang. Ramai tamu kat rumah tak dan buka blog. Ni malam ada lagi mai dari Johor. Tamu ni rezekikan. Apapun saya masih di sini, Alhamdulillah sihat,weh tahun ni tak dak mc lagi tau. buku rekod cuti clear no!Mudah-mudahan begitu hendaknya. Susah kalu cikgu mc selalu. Murid susah kekawan susah. KENA DOK RELIEF!Resipi nanti le tengah dok korek buku. Nak resipi apa? Saya ada banyaaaaak koleksi. Hobi kumpul je masaknya dak. Balik-balik color merah, putih, kuning, oren, kelabu tu je menunya.Lupakan soal makan. MERDEKA1 MERDEKA! MERDEKA!.Yang anak-anak nak periksa wish all the best le. Macam yang saya kata tu, le ning solat, doa dan tawakal. Tips ke petua ke ambil cuti anak periksa. lepas tu anto anak sekolah. Balik rumah start anak periksa baca surah Yaasin, solat hajat dan jangan lupa kalu boleh puasa hari-hari anak periksa.Jumpa lagi. Salam dan kerepek insyaallah.

Rabu, 29 Ogos 2007

Alhamdulillah......................

Assalamualaikum semua.....

alhamdulillah, akak seronok sangat rase. nak tau kenape? Alah, akak gembira sebab kengkawan kita yang duduk kl tu, orang Tukai tu, masih bernapaih lagi rupanya...Maafkan chek na, kasaq sikit chek habaq lagu tu. Bukan ape, sengap je, tak masuk blog, chek hantaq sms pun dia tak balas, tu yang chek habaq lagu tu tu...Maafkan chek ya Jah....Cayaaaang Jah.

Ha macam tu le, masuk dan tulis dalam blog tu, meriahlah sikit dunia cg. Idak le, balik-balik Chek, balik-balik chek..dok nulih.... Ni nak tunggu Pak Lah, Hanif, dan Jeff n Husna pulak....Sari pulak, jangalah hang terus sengap dengan satu tulisan tu, nulis lah resepi-resepi hang tu. Puasa dah dekat ni oi, bolehlah akak bergaya sikit bulan puasa ni....

Angah, dah hanto pasword pun tak masuk blog lagi? Dah jumpe dak lagi blog? Ko tak larat nak bangun, maklumlah sihat kan! Dah tambah lagi sekilo hari ni? Dah-dah le tu, kasi can le pulak kat se ni pulak.....Tapi...suami se sayang kat se, sebab tu dia dok jaga sokmo se, kekal slim je sepanjang hari....ade orang kata, orang yang membesar bagai johan tu maknanya suami die tak sayang die, sebab tu suami die tu biar je isteri die membesar dan terus membesar bagai JOHANNNNNNNNNNNNNNNNNN. Jangan marah se, se tak kato, depa kato.........

Yang tengah seronok sakan sekarang mestilah Pak dan Mak Lebai Usop, tak lama dah nak terbang ke tanah suci....Sampai kat sana nanti doakan kami semua sampai ye..Dan semestinya Husna dan Jeff pun tengah gumbira, hajat nak terbangkan Amal ke OBESI dan tercapai. Amal, jaga diri baik-baik ditempat orang bah....Belajar rajin-rajin...

Azah, mana boleh tolong-tolong tuliskan untuk eda tu, biar dia nulih sendiri...resepi puding tu tak boleh ditulis macam tu je, nanti angah tengok, teruih buek, lagi bosa lah Angah tu, ye le, sekali makan satu tupperware...makin beratle badan, makin lambatle masuk blog...

Okay, sari......hutang kerepek mesti dibayar dengan kerepek tau....aku tunggu.....

Bye, sawadikaaa

Selasa, 28 Ogos 2007

puding susu padang midin


Mai ramai2 cuba resepi ni. Terkenal sampai kat Penang dah. Lelaki perempuan boleh buat. Main tauk2 saja.

Agar2 25 gm - rebuih sampai mendidih
Masuk susu pekat 1 tin, susu cair 1 tin, santan 1 cawan
Masuk dalam bekas biar keras lepas tu masuk dalam peti ais
Nak makan keluarkan dan taburkan fruit cocktail kot atas.
Makan jangan pandang belakang.

Ok. Selamat mencuba

P.s. Gambar tu hiasan saja. Tapi lebih kurang sama la. Cuma cara tabur buah ja beza.


Dah makan jangan lupa pi ambil borang buat Master dan Phd kat USM.

Ok. Boleh no

Le terlupa nak letak signature..

Kawan2... terlupa la pulak nak perkenalkan diri..nanti dok ingat alien mana le pulak dok menulis..ni Jah Tokai no...

Le terlupa nak letak signature..

Kawan2 sorry le terlupa le pulak nak letak signature..tau kot no sapa yang tulis..sapa lagi..Jah Tokai le..

Le terlupa nak letak signature..

Tak boleh jadi ni....

Assalamualikum....
Tak boleh jadi ni, asyik kawan2 aje dok menulis..so kita pun nak join sama le..maaf le cikgu Nani..kita ni tak tau nak tulis apa..since cikgu Nani kata sms pun dah tak main lagi, kita kena tulih kat blog ni aje le no...
Pak Usup balik kampung tak singgah Tokai ke..bukannya lupa blog kita ni..tapi itu lah que sera sera, whatever to happen is happen.
Saya kat sini macam ni lah..dok sibuk le jugak sebab anak sulung tu nak ambil PMR. Doa-doakan lah semoga berjaya ikut jejak Pak2 Menakan dan Mak2 Menakan dia atau pun "abang2" dan "kakak2" yang dah berjaya.
Kawan2 bila nak mai turun KL. Pakat2 le buat gathering kat sini pulak.
Hanif..pasai apa tak dapat contact.
Pak Lah kalau balik kampung tu jemput le mai rumah..
Angah tak boleh access blog lagi ke..
Jeff & Husna..seronok dengaq anak2 dah berjaya..
Eda..seronok kalau dok cakap..habis keluaq slang Kedah dan banyak nasihatnya..
Aza..respect sama lu no..banyak idea kalo dok menulis.
Ni nak habaq sikit dah dekat posa ni, nak beli kuih ke, kain, tudung, kerepek2 ke contact le kita...kah..kah promosi le pulak no...
Tu le tak boleh tulis..semua nak di ceritanya..
Kawan2 this is a good link Al Quran, recitation and translation....you can even choose the translation language... - http://www.quranexplorer.com/quran/

zzzzz


Hari ni Penang hujan
Pagi ni sarapan pulak pulut
Gulai ayam sambal udang
Puding resepi Terangganu
Mata saya dah kuyu
Dah jadi mcm gambar tu
Buka cg blog
Baca coloteh Nani
Terang sikit mata
Baru boleh sambung kerja.
Jadi sesiapa yang rasa ngantuk
layarilah blog kita
pasti mata terbuka luas
tak caya cuba try test tengok.

Isnin, 27 Ogos 2007

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum semua,

Hari ni, excited sangat nak masuk blog, kalu ikut busy tapi celah jugak, sebab apa hang pa semua nak tau? Sebab.................dapat message dari orang nogori nung, katonyo dah nulih dalam blog..Jadi punyalah den teringin nak baco, tu yang den copet2 masuk nih! Tapi kosian kek den, pueh den ncari, tak juo den jumpo tulisan kononnya yang di tulih oleh akak kito tu...betullah tu tesangkut kek Sungai Rantau tu...

Angah, tulis kat mana nih, jangan-jangan termasuk dalam blog MAWI kot? Nanti den sms kan paswordnya. kesian kek angah koto nih, terbuang terus daripada arus perdana, sampai kengkawan kita yang dah tiada pun tak do nyo dio tau! Oleh itu, rajin-rajinlah masuk blog, sekarang ni, perkembangan terbaru akan disebarkan melalui blog saja, tak main dah sms, buang duek jo ah...Alah, ngadap blog tak lamo, seronok apo, meriahkan, rasanya kalu dok ngadap blog, kuruih sikit, tak de le nak membina badan jo, tup-tup naik 100kg, aop nok di kato tu?

Azah, terima kasihlah datang terengganu, negeri cantik, budaya menarik, orang baik. Tak pelah sekejap pun, kami tunggu hujung tahun ni, dah dapat derebar tetap, mai sini honey moon, kami taja, nak kat pulau mana? Redang, Perhentian? Kapas kalu tidak Tenggol! Marilah Azah, kami tebarkan jala seluas lautan cina selatan menyambut kedatangan azah....Fully sponsored 3 hari 3 malam, mana-mana hotel 6 bintang yang ada tiga buah di sini, di padang midin 2 dan di besut 1....he he he

Minggu depan anak akak peksa upsr, berdebar sungguh rasanya, ada ke dapat akak ni tersengih bulan sebelas ni sebab anak dapat 5a....alah macam usop, sari, angah dan lain-lain tu le. Teringin sungguh akak ning...

Okay lah, dah nak masuk kelas ni, jumpa lagi.....Sari!!!!!!!Kerepek Mane???????????????????????????????????????????????????????????????????????Dah mengidam semula nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bye....mmmmmmmuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhhhhh(ni untuk anak menakan je tau!)

Jumaat, 24 Ogos 2007

Dah Habis Cuti Ke

Asalamualaikum...

Cerita 1
Dia bertindak cepat ngalahkan masa.....apa taknya.....dari kedah ke ganu...sop sap dah balik semula.....

Cerita 2
Dia hilang alamat blog.....itu x mau ingat ker. Buat lagu mana....manusia nie pelupa...Kai mau ingat sama dia kerap2...mau kasi tulis baca dalam ini blog ler...

Cerita 3.
Sambung cerita 1...dia datang bawa buah pala...tinggal di KT...terima kasih daun keladi....sambung sendiri ler...Bila nak pi ambik pun tak tau...

Cerita 4
Balik kampung di kedah..p tangkap ikan....main selut..wow syoknya...

Cerita 5
Dok tunggu juga yg lain temba mari....meriahkan blog... Si Nani tetap setia. Si Sari N Ctkt turut serta. Baguih ler....

Cerita 6
haha....raya dah dekat....piliharaya ler...kempen tetap kempen ma...kempen like dakwah juga ...so amal makruf nahi munkar...Johor tu biar terang sikit...Tak gitu Nani dan Eda kan.....kan...kan

Dah lah tu....ceritera x akan habis.....
puteraadam....nanti pakai nombor baru.....yg lama mau tutup da...buka baru punya...
019 210 4432
019 211 4432

Khamis, 23 Ogos 2007

saya dah sampai ke Ganu

Sampai jgk saya ke Tganu. Bermalam kat rumah Eda. Sempat jumpa eda dan Nani je. Usop sorry ya dok sempat g grumah mu. Plang tergempaq dang kena pakai drebar dok tetap nak buat mcm mana.Masa balik baru nampak cantiknya lebuh raya timur barat. Ada resort Royal Belum. Cantik sgt tasik dan pemandangannya. Bila2 kita berkumpul kat situ pulak na. Yg syoknya g Tganu balik makang nasik dagang dan nasi kerabu kat baling. he he. Akak Nani! tak pa baca post sendiri. Tu namanya syok sendiri. Insyaallah anak2 akan berjaya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tak gitu akak. Usop! doakan saya jgk supaya dapat drebar tetap. Kah! Kah!. Lawak je. Ok jumpa lagi. Ni pantun untuk orang2 yang malas nak masuk blog ni:

Puteraputeri cg blog diberi nama
Kenangan UKM 85/89 terpahat di sini
Wei Pak Lah, Aniff, Jeff, Jah, Angah
Tak aktif kat blog mana hampa sembunyi (ha).

Selasa, 21 Ogos 2007

Kan Betul, Cuti Sekolah : Over Sibuk Mak2 dan Pak2 Ni

Assalamualaikum semua,

Terlebih dulu, maaf le, yang dok sajak ye ye tu cop mat, bukan puan sari. Tak pelah, akak tau memang sama je kita ni, sah-sah sibuk bebeno kalu cuti ni. Tengok, sorang pun tak jengah blog, balik-balik akak jugak yang menyebok. Akak ni bukan ape, akak bimbang nanti korang boring, asyik2 kena baca tulisan akak je. Ni, dok kat sekolah, tunggu anak balik tuisyen, dah ada peluang jengah bolog, tu yang akak menyebok ni!

Azah.....jadi ke tak datang teganu? keropok lekor dah kena masuk freezer dah ni, tunggu azah datang, tak mari2. nanti durian pulak kena jerang ataih api, buat lempok le pulak....

Cuti dah nak habis, debaran makin kencang,akak le, sape lagi....Mau taknye, sorang UPSR, sorang PMR. Akak tengok, yang nak perikse tu relax je le memanjang. Entahle, teringin jugak akak ni nak tengok anak dapat 5a dan 8a, tapi tak taule nak kata....Eh korang mak2 dan pak menakan dia, tolonglah doakan diorang tu berjaya dalam peperiksaan masing-masing...Cop Mat dan Mi, dah sampai Mekah nanti, doakanlah kejayaan kita dan anak2 kita semua, mintak ditetapkan iman, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang berkat lagi halal, untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sari, kau betul ke nak courier kerepek tu? Kesian pulak akak, bukan ape takut nanti belanja courier mahal daripada harga kerepek...tak apa lah, tak jadi meleleh ayaq liuq, dah keguguran.....

Okaylah, banyak sangat menceceh pun tak guna gak, bukan ada orang nak jenguk pun...buat Jah, Angah, Pak Lah, Hanif, Husna dan Jeff, janganlah korang buat-buat lupa lak kewujudan blog ni ye.....

bye....mmmmmmmmmuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhh

Ahad, 19 Ogos 2007

Selamat Bekerja Keras Mak2 dan Pak2

Assalamualaikum semua,
Ooii Puan Sari oiii, tak payahlah nak ber 'YE YE' cuti dah mai, tak ada 'ye ye' nya, mana sempat nak 'ye ye' kalu 24 jam sibuk kat dapur, masak, basuh pinggan mangkuk, jemur kain baju......Mana taknye kalau dah semua berlonggok kat rumah, apa lagi kalau tak kerja mintak makan! Chek ni lagi malang, kelas tambahan sendiri, hari ni last (Ahad), Maryam pu;al sampai hari Rabu ni, macam tak cutilah jawabnya.....Hari2 kena datang sekolah jugak....

Azah, dah ada kat Terengganu belum? Soalan ni dikemukakan nak tunjukkan betapa sibuknya Mek Nani ni, sampai dok dang nok gi jenguk rumah Eda, nak tengok Azah dah datang belum. Kenduri kawin pulak ada 10, semalam je 3 kena hadir, ari ni 2....esok, lusa dan last sampai Sabtu nak buka sekolah pun ada! Ramainya yang nak mengharungi badai rumah dan tangga, Azah sorang je yang takut nak menempuh gelombang......

Orang Sabah nun mesti dok menghitung hari nak hantar Amal ke UK. Macamana? Seronok kan, dah mula nampak hasilnya tapi sedih jugak sebab nak berpisah jauh kan? Nanti Fahim dan Anis pulak yang menyusul, baik tambah lagi, ada jugak budak kecik kat rumah!

Oiiii Chop Mat oii, kakitangan awam mana boleh kempen, tengok Mek nani ni baguih, tak kempen tau...tapi fikir BULAT bulat sebelum memangkah, kalu dah fikir BULAT, tak payah nak TIMBANG timbang lagi, pangkah je le! He he he......

Okaylah dah 10.30 ni, nak gi jumpa anak murid pulak, nanti habis cabut lari sebab teacher dia lambat masuk!!!!

Bye.....mmmmmmmmmuahhhhhhhh

Khamis, 16 Ogos 2007

TERIMA KASIHLAH YE...

Salam. He! He! baguih juga respons hangpa.But anyway cuti kian hampir mak pak yang anak-anak ambil periksa cukup berdebar. Doa solat dan selebihnya tawakkal. Mudah-mudahan semuanya sukses, dunia akhirat. Buat Cop Mat and Mia moga kunjungan ke rumah ALLAH MABRUR. InsyaAllah kami akan menyusul nanti. Cuti ni memang ukuq kain tapi kat NAGOYA je. Sendiri tailor. Dah rakyat ramai tak terpermanai layaknya. Kena jimat kos.Buat Nani jangan lupa alamatnya bu! Kurier tak sampai nanti. Waduh!waduh1

Ye ye cuti dah mai

hmmmmmmmmmm....cuti sekolah dah mai
hangpa plan ape...
mau join ke....Nani dan Eda tunggu dgn kopok leko

itu nogori punya olang ada reti ker
jalan2 simpang siur

mek Dr tu....pun dok sibok juga
jaga anak kucing kot (jgn mare)
meriahkan cuti2 malaysia

si jah tu entahlah..
kira pitis per
serupa hanif

pak lah mabuk minyak dah

sari ukuq ler kain ela kat tangkak
jef dan husna lonely ler....
amal jauh di mata

dan si sapa tu joharian gurl taknak join ke
.....ahhh si zainab...siapa boleh cari address atau no fon dia...hadiah durian

cuti dah mai
ye yeye
mak pak juga pening!

puteraadam

Rabu, 15 Ogos 2007

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Asalamualaikum
Tahniah buat putera sulong CG, terbang ke UK menuntut ilmu. Yang lain akan menyusul nanti, InsyaAllah.

Tq, for join in n write s thing 2 share. Sari, newcomer.....welldone. Hangpa bantai je pe yg ditulis....x salah pun.

Anyway, laa ni busy juga, prepare 4 pilrimage.......n everyday duty at home n office.
Dalam hal hj ni, hampir beres dah....tapi belum tau lagi bila bertolak. InsyaAllah lepas raya kot.

Bab kursus dan beres....kesihatan....

Dan le nii.TOLONG sedar pilinharaya DAH DEKAT. Bukan apa jangan tersalah pilih. X kempen no. Cek x kempen , tapi royar je. Habaq pi lah kalau-kalau dok lali lagi.

Tengok2 juga calon, jgn main hamtam jer....semua perkara ada dosa dan pahalanyer...baba dosa pahala bukan ustaz jer boleh royar.....kita pun layak per....

Ok lah.....esok ada kerja besar.....tanam pokok dalam kampus....

Puteraadam

Selasa, 14 Ogos 2007

Dunia CG Dah Makin Meriah!

Assalamualaikum semua...
Tahniah dan selamat menulis kepada Puan Sari! Ha macam tu le, baru lah dikatakan betul-betul appreciate dan sayang kat CG ni, masuk dan menulis! Ni dok belakang tabir, dok baca hak orang je, mana syok....Nak tunggu orang nogori, orang kl dan orang Sabah le pulak menulis. Marile kita pakat-pakat meriahkan blog ni. Jah oii, hang dok sengap je, sibuk benor ke? Tak kan nak komen sebaris ayat pun tak sempat! Alang Ke PM YANG 24 JAM SIBUK tu pun ada masa lagi nak fikir cari isteri, tak kanlah depa tak ada masa nak jenguk blog, nak tulis sebaris ayat.....depa pun fikir masalah negara jugak ke? Ke nak masuk calon pilihanraya nak dekat ni?

Jeff, Husna, joinlah dan sharelah kegembiraan tu bersama-sama. bagilah tips sikit, bagaimana kami pulak nak terbangkan anak-anak kami ke UK nanti! Apa-apapun TAHNIAH, semoga selamat diperantauan dan balik membawa segulung ijazah dan selepas tu bolehlah mula intai-intai calon menantu......

Syaaban dah masuk, teruskan berpuasa sunat....dan tak lama Ramadhan bakal menjengah...Sari, cepat-cepatlah courier kerepek tu, dah teringin sangat ni.....kalu boleh courierkan jugak sambal goreng tempe dan asam pedas yang dah difrozenkan...Bestnya.............

Ahad, 12 Ogos 2007

Tahniah buat Jafri Husna dan Amal.

le="font-style:italic;">


Dapat berita gembira drpd depa.Amal bakal terbang ke UK dlm masa terdekat. Mudah-mudahan apa yang dicita bakal menjadi kenyataan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak CG. Mereka pewaris generasi akan datang. InsyaAllah anak-anak kami bakal menyusul nanti.Tahniah!

Diam Bukan Menyepi

Assallamualaikum, salam perkenalan daripada bloger baru Cg. Ewah-ewah baru ada hati nak joint. Itupun puas kena kutuk blogers duo sapa lagi kalau bukan Puan Nani dan Dr. Ctkt. bukan sibuk atau menyibuk. Rasanya terlalu banyak memori indah yang tak terluah. Nanti asyik saya, boleh jadi penulis pojok. Eh! kami belajar tulis pojok dgn Dr. Ahmad Murad Merican. Apapun diam tak diam Rejab hampir ke penghujungnya.Moga hari berlalu penuh dengan pengisian bermakna. Semalam perang SMS dengan Nani pasal resipi berbuka puasa dan gambaq durian Azah tu. Alahai usik tanda sayang. Betulkan Mek?CUTI CUTI MALAYSIA.Selamat berkunjung ke Ganu buat Angah dan Azah. Buat Nani kerepek ubi yang dipesan akan menyusul by kurier.Insyaallah. JUMPA LAGI.

Rabu, 8 Ogos 2007

Durian? Tolooong, jangan sebut! Meleleh Ayaq Liur!

Assalamualaikum wmt. wbt. semua.
Durian di sana sini lah ni ye? Amboi....Amboi....Azah, hang hantaq gambaq je no, sampai hati hang buat lagu tu. Meleleh air liur saya tengok gambo durian tu. Jangan tak tau, saya ni memang hantu durian, sekali hadap habis 3 biji! kalu beli durian, berebut dengan anak-anak, tapi mesti mak dia dapat makan banyak sebab anak dia tak pandai buka, kena tunggu mak dia buka baru dapat makan. Jadi mak dia bukalah durian tu time anak-anak dah tidur...Bestnya....Ni demam dan batuk tak baik lagi tapi dah 7 kali dah makan durian . Memang tak puas. Tapi satu je, saya tak suka apa2 pun yang dibuat daripada durian, nak-nak tempoyak! Mintak ampun.....

Azah, confirm ye datang nanti, dengar eda cerita masa cuti sekolah ye? Marilah kita bercerita sambil makan durian kat Terengganu pulak. Nak kirim sikit boleh? Kirim jeruk pala, tapi nak yang Muslim buat, boleh ke dapat?

Nampak gayanya, diorang yang lain tu masih lagi sibuk.....husna dan jeff dengan bisnes SKOR A nye, hanif pun dengar cerita....Pak Lah padan dok terbang gi mari je kot, Sari tu mesti kerja dok masak nak bagi makan kat anak-anak dan suami , yelah, nanti kalau anak-anak tak bina badan, mak juga yang akan dikatakan tak pandai jaga anak atau isteri malas masak kat suami! Tapi, angah tu entah apa sibuknya sampai tak masuk blog....

Usop dan family, jemputlah mari kuala terengganu nanti, boleh kela rumah kami pulak!
Tu ajelah buat kali ini, jumpa lagi.....

Selasa, 7 Ogos 2007

Durian oh Durian

Asalamualaikum wbth

Syok no depa makan durian. Sy pantang durian nie.
Nani kot makan banyak demam dn batuk2. Yg lain x tau nasib ler...tak habq pun..
CTKT hang tukaq hp buat per......duit tu kasi sama celcom jeeeeeee. kita orang boleh ler jimat mimat , anak mau kasi juga ma..(Jgn mare no, cek lawak jer)

Hg kata nak mai trg.....mai ler,,,kot jumpa special here. U are wlcome. Tiada keropok keping, lekor dijamu.
N very special here, ICT dimakan orang.

Terima kasih.
Puteraadam

sessi makan durian di pejabat saya. Tak terliur ke?



Mana pi semua orang ni. Tak nak jengah2 blog ke? Tak pa la. Tak dak cerita kot. Ok 14 hingga 18hb Ogos ni Konvo USM. Jemput la datang ramai2 kita meriahkan pesta Konvo USM pulak.
P.S - Ni no baru (hp) saya - 019-4488684. Pakai pakej murah pulak. Jimat bajet.

CTKT