Rabu, 8 Ogos 2007

Durian? Tolooong, jangan sebut! Meleleh Ayaq Liur!

Assalamualaikum wmt. wbt. semua.
Durian di sana sini lah ni ye? Amboi....Amboi....Azah, hang hantaq gambaq je no, sampai hati hang buat lagu tu. Meleleh air liur saya tengok gambo durian tu. Jangan tak tau, saya ni memang hantu durian, sekali hadap habis 3 biji! kalu beli durian, berebut dengan anak-anak, tapi mesti mak dia dapat makan banyak sebab anak dia tak pandai buka, kena tunggu mak dia buka baru dapat makan. Jadi mak dia bukalah durian tu time anak-anak dah tidur...Bestnya....Ni demam dan batuk tak baik lagi tapi dah 7 kali dah makan durian . Memang tak puas. Tapi satu je, saya tak suka apa2 pun yang dibuat daripada durian, nak-nak tempoyak! Mintak ampun.....

Azah, confirm ye datang nanti, dengar eda cerita masa cuti sekolah ye? Marilah kita bercerita sambil makan durian kat Terengganu pulak. Nak kirim sikit boleh? Kirim jeruk pala, tapi nak yang Muslim buat, boleh ke dapat?

Nampak gayanya, diorang yang lain tu masih lagi sibuk.....husna dan jeff dengan bisnes SKOR A nye, hanif pun dengar cerita....Pak Lah padan dok terbang gi mari je kot, Sari tu mesti kerja dok masak nak bagi makan kat anak-anak dan suami , yelah, nanti kalau anak-anak tak bina badan, mak juga yang akan dikatakan tak pandai jaga anak atau isteri malas masak kat suami! Tapi, angah tu entah apa sibuknya sampai tak masuk blog....

Usop dan family, jemputlah mari kuala terengganu nanti, boleh kela rumah kami pulak!
Tu ajelah buat kali ini, jumpa lagi.....

Tiada ulasan: