Ahad, 18 Januari 2009

Kenangan Menusik Jiwa












Nostalgia Mengusik rindu semalam
tetap berlalu
kelmarin adalah sejarah
esok belum pasti


p/s tahniah kepada Mak Nani..dapat YB Baru.
Dan doa untuk para syahid di Gaza.

wasalaam

Sabtu, 17 Januari 2009

SENYAP SEPI......

Salam buat semua kekawan.Selamat sampai ke Tanah Suci buat Hanif sekeluarga dan juga selamat kembali buat Hjh.Eda.Harap tak terlambat.Moga semuanya berjalan dengan lancar. Episod senyap sepi...Sibuk masing-masing.Saya sekodeng tapi tak da bahan nak dikongsi.Sekadar biasa-biasa.Amacam Tn.Haji?Banyak kisah bumi Palestine yang kita boleh kongsi dan renungkan bersama, sambil berdoa saudara Islam sejagat bersatu hancurkan Israel. Hidup Palestine!Nak cerita banyak, sebak sayu rasanya.Baca surat khabar tak tergamak tengok gambar-gambar tragis.

Sibuk memanglah, tambah kalut Akak Nani kita. Sapa jaga baby?Yang lain-lain ,Mak Daro, Cik Jah,Pn Azah, Mak Aji Eda pun gitu juga yea. Samalah kita.Mujur suami-suami (yang ada-maaf ya) ringan tulang membantu.Dah namapun berkongsi hidup, kongsilah susah senang sihat sakitnya.

Bagaimana Tn. PK kita di SMK TELUPID (orry kalu salah na)Sibuk gamaknya, jadual cikgu dah berapa kali generate, bahana cikgu keluar masuk? Mau poning kepalo, tapi profesional work smart.Saya cikgu kecik relek memanjang....kerja-kerja biasa.Satu pesanan saya....bila berada di atas PR kena bagus..tak ada masalah ex student mass com.Yg jadi masalahnya ada pentadbir sekolah ni rasa macam diri bagus, sekolah kerajaan macam sekolah sendiri.He! he! tu yang tak sabaq tunggu isi borang tukaq sekolah. Saya idakle. Setia di sekolah sama.Cuma bercerita pengalaman sendiri uruskan pertukaran anak bujang dari sekolah yang bertaraf elit (tak tau apa elitnya)ke sekolah biasa. Anak awak tak layak berada di sekolah ini sebab bla...bla....kami hanya terima student straight As masuk sc stream, alahai sabar ajelah sebab dia tak tau sayapun cikgu gak. Akhirnya, sayapun berkata, maaf Puan, lain kali tengok dengan siapa puan bercakap sebab sayapun cikgu..Teringat kata Mrs Harriet Wong..its not the end of the world.Anakku biarlah tak dapat 9A asalkan akhlak dan akidah A (6A + 2A =8A).Sedih tu memanglah sebab ada juga yang pentadbir tak hafal PIPP dan 9A penting untuk jaga taraf elit sekolah.Mudah-mudahan ada hikmahnya ,InsyaAllah anakanda saya akan terus cemerlang dunia akhirat di sekolah barunya.Alhamdulillah dalam Sijil Berhenti Sekolah tercatat Akhlak :Amat Baik.Sekadar berkongsi rasa untuk renungan andai satu masa satu ketika ada lagi antara kita bakal berada di kerusi Pentadbir..Jumpa lagi.


Jumaat, 16 Januari 2009

Selamat berangkat ke Tanah Suci kepada Hanif, Anisah and family!

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya inginkan sampaikan pesanan daripada Hanif agar sesiapa yang ingin menghubunginya atau ingin menyampaikan pesan diharap dapat berbuat demikian sebelum jam 12 tengah hari esok. Jangan lupa sertakan nama cos maybe dia tukar telefon lain utk ke sana.
Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat walafiat. Harap semua juga gitu.
Memang hanya dengan melihat gambar-gambar reunion tempoh hari pun cukup menyeronokkan. Masa berlalu begitu pantas, as the saying goes ... time flies by when you're having fun!! Baru nak warming up, tengok-tengok dah nak bawa diri pulak, aduh, tak puaslah! Nak sembang-sembang macam lagi, nak belek-belek dan gentel-gentel baby, nak macam-macam lagi...
So, here's to looking forward to the next reunion, where and when, we'll have to wait and see.

Salam daripada kami sekeluarga di KK

Khamis, 15 Januari 2009

Sekadar Renungan




Yang lain akan menyusul..
Sabarrrrrrrrrr.

Selasa, 6 Januari 2009

Salam Maal Hijrah (w.p lambek)

Assalamualaikum,
Walaupun se terlopeh RU ke 2, takpo....you all jangan lupokan se maso RU ke 3. Harap2 maso tu, abe se tersodar dari lamunan betapo se ni masih mudo mcm di UKM....gilo-gilo se tak hilang lagi. Sobab se kat rumah kono control perangai.....dah jadi omak kan...sopan eh, mengalahkan anak daro suci lagi syahdu.
Buat Eda, salam daripada se.....rindu nak dongor cerito asli daripada mulut mu sendiri..... Tahniah buat semua anak-anak CG yang telah menempuh PMR. Tahun ni, anak se lak 3 orang menduduki peperiksaan. Mizah dan Syikin - SPM, Mira - PMR. Apo-apo jo keputusan, se terimo, dan seperti biasonyo.....bilo keputusan keluar....se domam!
Wassalam, dp. Mak Daro....Pak Tuo!!! Uhuk..uhuk...

Isnin, 5 Januari 2009

Alhamdulillah Selamat

Assalamualaikum wbt buat semua cg.

1. Alhamdulilah syukur pada Allah cek dah selamat mengharungi ujian di Tanah Haram dan telah selamat tiba di tanah halal seminggu yang lepas. Alhamdulillah cek sihat cuma batuk2 ja

2. Maap pasai baru la dapat sembang..cek rasa terharu dan terkedu baca bab reunion 2..
Mungkin angah pun sama, tu pasai senyap sepi ja..apa pun rasa sedihku terubat jua dengan ole2 yang dikirim..terima kasih daun selasih pada semua yang memberi.. mr hanif, cek jah, cek sari, cek husna, cek aza, mas aji..dan cek nani.

3. Bab pengalaman di Tanah Suci, terlalu mahal lagi syahdu..tiada kata-kata dapat digambarkan perasaan menatap kaabah yang mulia itu, hanya air mata menyatakan betapa dekatnya diri dengan Allah..betapa nikmatnya berada d masjidil haram, tiada tempat senikmat itu semasa diri sujud padaNya..Subhanallah, di sana tiada apa yang difikirkan melainkan kekuasaan dan keagunganNya..sampai hari ini masih terbayang dan termimpi2..panggilan kaabah..dan insyaAllah, ada rezeki lebih, jom kita ramai2 pakat pi sana..cek setuju sangat cadangan mas aji tu.

4. Tiang bengkok jadi kenangan dan tanda pemandu berhemah..kekemekan itu insyaAllah akan dikekalkan selagi mata boleh memandang..Apa pun tqvm buat pak dan mak aji kerana dari jauh sudi datang dan menjadi pengunjung pertama rumah hijauku! Tambah meriah dengan kedatangan cek nani kita.

5. Pasai result pmr anakandaku ummi ainaa, rezekinya setakat itu, semua A telah dikutip oleh orang lain, so dia hanya mengutip B sahaja..apa pun hidup harus diteruskan seadanya. untuk hakim dan husna, tahniah dari mak cik eda dan didoakan moga berjaya dunia dan akhirat. Anakandaku Luq aiman, alhamdulillah la ni mengaji di darul quran, k.kubu baru selama 17 bulan dan targetnya untuk hafaz 30 juz al-Quran insya-Allah dan hala tuju seterusnya wallahualam.. Apa pun moga apa yang diimpikannya tercapai jua.

6. Akhir sekali, Tahniah untuk aza! Moga rumah tangga yang dibina mendapat keberkatan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan lupa call semula na.

Tunggu cerita dari angah pulak.

Wassalam.

Better Late Than Never

Assalamualaikum wmt.wbt

*****Better late than never - frasa yang cukup popular sekitar tahun 1985 , Julai - November, kelas Mrs Harriet Wong > Siapa yang cukup suka menggunakannya? Sendiri mau ingat lah....

*****Akak saja meminjam frasa hikmat itu untuk tulisan akak kali ini untuk mengucapkan TRIILION-an terima kasih kepada penganjur zon tengah (walaupun dah sangat terlambat tapi lebih baik klan daripada tak ucap langsung) yang telah berjaya menganjurkan majlis reunion kali ini dengan penuh jayanya...., makanan dan layanannya fantastik, bombastik dan chopstik... siap dengan cenderahatinya sekali..

*****Akak setuju juga dengan Sari, tak puas sembang, terasa masa terlalu singkat. lagi pulak malam, anak-anak mengantuk dan nak cepat balik. Kalaub siang mungkin lebih panjang boleh sembang. So 3rd reunion nati, kalau zon utara pulak seronok tu...harap-harap siang hari dan ada aktiviti untuk anak2 supaya mak-mak dan pak2 boleh sembang panjang..Satu hal, akak tengok janji Pak Lah, Jaf dan hanif masa 1st RU dulu nak cuba rampingkan pinggang ke 32 inci sahaja tidak tertunai....masih membesar bagai JOHAN

*****Selamat berangkat buat Tn Hanif sekeluarga, tentu kunjungan ke Bumi Anbia kali ini akan lebih bermakna dengan kehadiran semua anak-anak bersama.

*****Kepada anak-anak buah yang sudah mendapat result baik UPSR mahupun PMR, Tahniah diucapkan ...teruskan perjuangan di T4 atau T1 ......Perjuangan belum selesai..

*****Mas Aji tentunya sangat sibuk hingga belum sempat upload gambar2 sekitar Reunion.......tak dapeklah akak nak menjelouskan Mak Daro...

*****Akak mungkin tak dapat menulis sekerap dulu...harap-harap yang lain teruskan blogging untuk meriahkan blog kita...

*****Wassalam

Selasa, 30 Disember 2008

TERIMA KASIHHHHHHH.........

Syukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan selamat. Maaf terlewat nak ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua kekawan dan ahli keluarga bertamu ke KL. Tak lupa setinggi penghargaan dan terima kasih buat Hanif sekeluarga yang sudi menaja majlis perjumpaan CGs. Memang seronok dan saya makan sakan walaupun siangnya nasi kenduri tak cerna lagi.Juga buat Cik Jah kita yang berusaha sediakan goodies, juga Husna Jef yang sudi hadiahkan brooch cantik berkilau, Tn.Haji dengan ole-ole dari Ganu dan Bumi Anbia. Yang lain tu sudi hadir dari jauh sudah satu hadiah yang bermakna. Cumanya tak puas sembang sebab masa singkat...bukan makan buah langsat yea.

Baguih cadangan Tuan Haji....InsyaAllah kita reunion di Bumi Anbia pula memanjat kesyukuran di hadapan rumah Allah.

Terima kasihlah atas ucapan tahniah dan tahniah atas kejayaan anak-anak CG lain.Walaupun maknya agak terkilan sebab cempedak jadi nangka (BM dan BI score ....B he he) redha dengan apa yang dah tersurat.Moga anak-anak akan berusaha jadi muslim yang terbilang dunia akhirat.Amin.

Selamat kembali ke sekolah.....Jumpa lagi.Salam Maal Hijrah.

SELAMAT APA SAHAJA

asalamualikum wbth

1. Tahniah dan terima kasih untuk semua yang menjayakan reunion kedua. Moga yang selanjutnya kunjung tiba. Mungkin giliran utara mengambil tempat. Atau selatan. Timur mula, tengah menyambut. Utara dan selatan menanti.(Gambar belum lagi diupload, sabarrrrrrrrrr)

2. Syukur dan selamat kembali kepada Puan Hajjah Eda. Tapi besi bengkok sebagai bukti ziarah kekawang. Jadinya, besarkan lagi pintu pagar rumah. Tak kisahlah lemek keretam janji dapat ziarah kekawangg dan ambil bau/berkat bumi anbia. Bagi Cgs yang belum ke sana, sila daftar dengan segera.

3. Selamat berangkat untuk Hanif sekeluarga. Apa kata kita rencanakan umrah bersama-sama nanti untuk, CGs. Fikirkan cara dan praktikalnya.

4. Tahniah untuk Hakim 6A, Husna 5A, Umi ( ?????) * tak rott cetong* !!! dalam PMR 2008. Ada lagi ke yang belum dilaporkan. Sila maklum. Amaklumlah ramai sangat CGsssss.

5. Selamat Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru (Tahun Baru Cina lambat lagi)....moga semua hajat dan harapan tercapai.

6. Sedih Angah, terubat kot dengan YamTuan Baru, Mukhriz. Nanti junpa lagi di episod mendatang. Moga anakanda selamat sejahtera.

Wassalaam

Sabtu, 27 Disember 2008

renunion-2 Kawasan tengah

-Sebagai penutup 2008. Seronok sangat. Tak sabar nak tengok gambar. Reunion3 kita buat di utara pulak no.

-Mempertemukan hampir semua ahli cg dan keluarga. Besarnya keluarga cg. Harap2 reunion3 nanti saya antara yang akan menambah bilangan ahli keluarga cg. 

-Makanan. Hmm! sedapnya. Dlm demam2 pun saya makan nasi siap tambah lagi. 
Goodies dan buah tangan. Terima kasihlah kepada semua penyumbang. Maafla tak bawa buah pala.

-Penginapan. Selesa sangat. Terima kasih Jah + Hamid + anak-anak. Siap teman shopping kat ikea lagi. Tapi saya duduk kat tingkat bawah je. Tak sihat. Kalau saya sihat mau shopping sampai petang.

-Terima kasih kepada penganjur kawasan tengah. Jah, Sari dan Hanif. Seronok dan terharu sangat.

-Terima kasih kepada Usop, Nani, Pak Lah, Jeff kerana sama2 hadir dalam pertemuan setelah 20 tahun berlalu. Siapa sangka ya.

-Harap dapat jumpa Angah.

-Eda! Selamat pulang ke tanah air. 

Miss u all