Assalamualaikum wbt buat semua cg.
1. Alhamdulilah syukur pada Allah cek dah selamat mengharungi ujian di Tanah Haram dan telah selamat tiba di tanah halal seminggu yang lepas. Alhamdulillah cek sihat cuma batuk2 ja
2. Maap pasai baru la dapat sembang..cek rasa terharu dan terkedu baca bab reunion 2..
Mungkin angah pun sama, tu pasai senyap sepi ja..apa pun rasa sedihku terubat jua dengan ole2 yang dikirim..terima kasih daun selasih pada semua yang memberi.. mr hanif, cek jah, cek sari, cek husna, cek aza, mas aji..dan cek nani.
3. Bab pengalaman di Tanah Suci, terlalu mahal lagi syahdu..tiada kata-kata dapat digambarkan perasaan menatap kaabah yang mulia itu, hanya air mata menyatakan betapa dekatnya diri dengan Allah..betapa nikmatnya berada d masjidil haram, tiada tempat senikmat itu semasa diri sujud padaNya..Subhanallah, di sana tiada apa yang difikirkan melainkan kekuasaan dan keagunganNya..sampai hari ini masih terbayang dan termimpi2..panggilan kaabah..dan insyaAllah, ada rezeki lebih, jom kita ramai2 pakat pi sana..cek setuju sangat cadangan mas aji tu.
4. Tiang bengkok jadi kenangan dan tanda pemandu berhemah..kekemekan itu insyaAllah akan dikekalkan selagi mata boleh memandang..Apa pun tqvm buat pak dan mak aji kerana dari jauh sudi datang dan menjadi pengunjung pertama rumah hijauku! Tambah meriah dengan kedatangan cek nani kita.
5. Pasai result pmr anakandaku ummi ainaa, rezekinya setakat itu, semua A telah dikutip oleh orang lain, so dia hanya mengutip B sahaja..apa pun hidup harus diteruskan seadanya. untuk hakim dan husna, tahniah dari mak cik eda dan didoakan moga berjaya dunia dan akhirat. Anakandaku Luq aiman, alhamdulillah la ni mengaji di darul quran, k.kubu baru selama 17 bulan dan targetnya untuk hafaz 30 juz al-Quran insya-Allah dan hala tuju seterusnya wallahualam.. Apa pun moga apa yang diimpikannya tercapai jua.
6. Akhir sekali, Tahniah untuk aza! Moga rumah tangga yang dibina mendapat keberkatan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan lupa call semula na.
Tunggu cerita dari angah pulak.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan