Rabu, 15 Oktober 2008

15 Syawal to 9 zulhijjah

Assalamualaikum wbt
for all cgs yang setia, masih setia dan terus setia dengan blog kita..

Jazakumullah khairon jaza', syukran dan terima kasih banyak2 atas nasihat pak hj yang sangat membantu..
doa menjadi senjata utama
diiring istghifar..
mencuci titik2 hitam..membersih hati sesuci-sucinya..
sifat mahmuddah menyisihkan sifat mazmumah..Insya-Allah.

Persidangan meja bulat pun dah selesai, otak dah clear, moga ilham mai mencurah-curah la lepaih ni aza na..habaq la apa resolusinya..

lastly, anggaplah onak dan duri sebagai penambah rasa dalam masakan..had ni kena tanya sari.
Daa..jumpa lagi di alam maya sebelum beralih ke alam barzah..
wassalam.

Selasa, 14 Oktober 2008

RAYA, RAYA RAYA LAGI

Salam

Masih sempat beraya. Pd CTKT ingat nk singgah tapi x respon, dan faham duduk perkara, lain waktu ajelah. Nanti makan nasi minyak....boleh kut.

Untuk semua sempat lagi puasa enam, dan tahniah pada yang mendapat .....anak baru, jadi tetamu allah, dapat bonus dlll

Masih menunggu juga catatan dari Cg yang lain, berkongsi rasa dan cerita. Apakan daya ada onak dan duri buat depa.

Wasalammmm

Ahad, 12 Oktober 2008

Salam balik raya

Macam biasa saya raya kat Kedah aje. Balik Sik, Pokok Sena, Simpang Empat, Kangar. Rumah sendiri tutup terus. Ahad baru balik rumah sendiri. Gitu la adat orang tak berkeluarga beraya. 
Usop! minta maaf banyak2 la ye tak blh balas sms dan jwb call. Lepas je hantar sms kat semua orang selamat hari raya hp buat perangai. Kong terus. Maklum hp zaman dulu kala. Dah balik sg. petani baru lah dapat baca semua sms. Apa2 pun terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa ingat saya. Saya sekodeng blog tiap hari. Hehe. Nak menulis tak ada ilham la pulak. 
Akak Nani! selamat melahirkan dan berehat panjang. 
Angah! Den belum jadi anak mumi lagi. Bahaya tu.
Sari! Raya saya buat soto tapi resepi reka sendiri. Tunggu resepi mu lambat bangat. Ok la dapat gred B la. Selamat hari lahir. Seronok la ye menyambut hari lahir di hari raya.
Eda! mesyuarat meja bulat saya dah selesai. Barula kepala ni tak serabut. 
Jah! Selamat hari lahir yang ke 43. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mantain awet muda mcm gue. hehe
Kepada yang lain selamat hari raya dan balik beraya.

TeTamu ALLAH.....

Asalamualikum

Syoknya denaq ada yg bakal jadi tetamu Allah, Rindu rasanya pada bumi anbia.
Syahdu dan mendamaikan.
Banyakkan DOA.Dan cuba untuk berlaku baik sepanjang masa, kadangkala tak sedar berkelakuan buruk, mohon ampunlah......ikut jemaah dan nasihat mereka yang arif, insyaAllah selamat.

Masih beraya, kelmarin baru raya enam, puasa lewat, sambut di KT, bersama Timb Menteri Pelajaran , kebetula ada kursus di Seri Malaysia.

Yg lain masih skodeng Ok, sebab tunggu seghedak kuih raya kot......

Apapun esok PMR mula, passstu sibok dgn tugsan luar.....cam no?

Waasallam.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Cerita Raya lagi...

Assalamualaikun wbt..jawab dulu na..
dan selamat hari raya yang ke-10
buat semua sahabat cg yang dok menunggu-nunggu cerita hamba..

1. Taun ni beraya di kg pm bersama ibu dan ayah mentuaku. Raya pertama dan kedua tak boleh pi ke mana, dok melayan anak buah, cucu cicit mak bondaku yang tak terpenai banyaknya.

2. Raya ke-3, sebelum orang mai serang, kami cepat2 keluaq beraya..1 rumah mak menakan 2. rumah tok ki 3. rumah adik ipaq 4. rumah abang ipaq dan 5. jiran sebelah rumahku..kira cukup kot syarat had wajib ziarah..

3. Raya ditunda 6 hari kerana posa nam..hari ni cek sambut raya nam di rumah hijauku sorang2. Nak pi beraya rumah kawangku yang diseberang jalang nu pun dok teropong tengok tak dak di rumah memanjang..ajak macam tak ajak akakku sorang ni.

4. Angah oi, bab melecun dan melome tetap maintain, apo nak dikato, mekasih ajolah se ucapkan kerano hanyo jauhari yang mengona manikam..

5. wah jah dan sari raya sakan hangpa no..balik kl dengaq cerita jalan jem giler..pa menu spesial raya cek sari kita..soto, lontong, atau laksa johor?

6. Aza..sengap ja, nak buat kejutan atau ada bikin pakatan..Raya di luaq negeri kot taun ni..

7. Hal-hal lain - suara bisik2 menyatakan hamba terpilih menjadi tetamu Allah taun ni insya-Allah tapi surat hitam putih belum terima..so la ni kena fokus dan tenangkan fikiran supaya dapat buat persediaan yang terbaik..harap Mas aji dan lain boleh bantu beri petua dan panduan no.

Sekian, terima kasih kerana membaca hingga ke akhir kalam
salah silap harap maafkan.
Wassalm.

Selamat Hari Raya no..Ada lagi ni

Salam kepada semua warga CG and famili. Selamat Hari Raya. Sekodeng tetap sekodeng.
Itu lah terlalu sibuk dengan kerja dan keduniaan ni, tak dan chek nak masuk blog.
Saya raya seperti biasa la, balik Tokai and Guar Napai (umah mentua). Dengaq kata orang tu baik raya kampung, tapi tak pun mai jengah kat umah kita no. Saya lalu le gak kat umah dia, tak nampak kereta pun, so tak le singgah.
Buat akak Nani, "Happy Belated Birthday". Kita keluaq kat donia ni selang sehari saja. Saya 30 haribulan. So, Happy birthday to me also le ye...hehehe
Apa2 pun semoga akak Nani akan selamat melahirkan....
Tak pa, kalau kuih tu banyak lagi, pos le kat KL ni.
Angah, cakap aje bila nak jumpa kat Alamanda tu, sampai le chek nanti...
Kalau turun Putrajaya tu, cuba le terus pi Bandar Sri Damansara. Walaupun chek tak pandai masak tak pa. Susah sangat kita call aje 1-800-88-2525
Orang2 KL, Sari, Angah, Pak Lah, jemput le ke rumah. Sari kalo buat open house tu, jemput le kita. Ni tak malu ni dok pelawa diri.
Buat Aza dan Cikgu Eda, bila le nak jumpa. Balik raya hari tu pun tak dan gak nak jumpa Aza.
Husna & Jeff, turun KL nanti mai le umah.
Buat anak2 yang nak ambil PMR tu, tenang2 kan fikiran and stay cool. Semoga berjaya.
Buat anak2 buah CG, nak duit raya, mai le umah aunty Khaty (nama glamor le sikit ye)

Khamis, 9 Oktober 2008

Salam Lebaran, Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wmt. wbt

Semoga semuanya sihat sejahtera.

Raya dah masuk 9 hari,hari ini. Bermakna 9 hari jugaklah akak dah masuk ke angka 43. Jangan tak tau, 1 Okt ari tu dalah jugak tarikh akak mengenal dunia. Jadi tahun ni raya bergandalah, apa taknya,seluruh nusantara menyambut ulang tahun kelahiran akak . Kuih-kuih banyak lagi dalam bekas kat atas meja tu. Maklum,tahun ni akak cuma buka tingkap je, tak buka pintu macam-macam tahun-tahun lepas. Kalau tahun lepas masa ni dah tinggal serdak. Walaupun tak buka pintu, ada juga yang berkunjung. Jiran @ kengkawan akak yang sorang nun di seberang jalan , yang cun melecun tu tak datang pun rumah akak. Tiga hari ke sekolah pun akak tak dapat jumpa dia. Sibuk sungguh kengkawan yang sorang tu! Tak apalah...Dalam dok kuih raya yang masih penuh balang, macam biasalah, duit raya dah tinggal serdak...Tak ada ke yang sudi nak bagi duit raya kat akak ni?

Bak kato mak daro, akak ni dok menghitung hari lah sekarang ni, entah esok, entah lusa, entah bulan depan. Kalau diikutkan tak larat badan ni, rasa biarlah kalau nak bersalin sekarangpun. Tapi bila mengenangkan gaji yang kena dipulangkan, tak palah lambat sikit pun. Maklumlah kalau tak cuti, mahu sesak nafas akak nak memulangkan balik gaji ke gomen. Apapun, tolonglah doakan yang terbaikbuat diri akak ni..

Okaylah, kalau terdatang ke "negeri cantik budaya menarik orang baik' ini musim cuti sekolah ni, jemputlah semua kerumah akak...Terima kasihlah kepada semua yang telah menghantar sms raya (akak sends kepada semua,tapi ada yang tak membalasnya,tak terima ke?) terutamanya sms mak daro yang paling sentimental dan penuh kesyahduan... Kepada anak buah yang bakal menduduki PMR tahun depan Mak Ngah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan semoga apa yang diusahakan selama ini diberkati...Mak bapak nya pulak janganlah terlalu sejuk kaki tangan anak nak periksa.

Wassalam

Rabu, 8 Oktober 2008

SALAM LEBARAN

Ketemu lagi setelah menyepi sekian kalinya. Tuntutan silaturrahim tu yang buat sibuk sepanjang cuti Lebaran. Alhamdulillah bak kata kekawan lain selesai sudah Ramadan, tinggal posa enam (ganti tentunya he!he!) belum terlaksana. Insya Allah. Jauh juga kami beraya mengunjungi sanak saudara tua dan muda. yang pasti anak-anak dapat mengenali saudara mara jauh dan dekat. Dan seperti Tn. Haji sekeluarga kami juga berdebar sebab anak teruna sulong ambil PMR minggu depan. Buat kekawan yang setia di blok termasuk Pak Lah dan Hanif sudi-sudikanlah ke rumah kami di Kajang. Boleh sembang panjang sambil mengenang kisah zaman dolu-dolu. Alahai Angah, jangan terlebih memuji. Sampai jumpa lagi.

Isnin, 6 Oktober 2008

Tulisan Rayo Bergayo

Assalamualaikum, apo khabar? Dari kejauhan, dilontarkan khabar berito rayo serayonyo.......
1. Akak Nani - soba yolah menanti ari-ari burst
2. Eda - pasti maintain cun melecun, come melome
3. Sari - tukang masak profesional....takdo sapo buleh lawan setakat nihh
4. Jah - bilo lagi kito nak bejumpo kat Alamanda
5. Mas Aji - ado tak hajat nak ke Soromban? Bawaklah rakyat sekali...
6. Jef - janganlah sombong bilo jadi orang Sabahan
7. Dr. Aza - dah jadi anak mumi ko...?
MAAF ZAHIR DAN BATIN....Datanglah ke Seremban, Negeri Beradat....

Ahad, 5 Oktober 2008

SELAMAT APA SAHAJA

Assalamualaikum

Selamat sudah segalanya, puasa, raya ( raya enam lom lagi )

Dan mula menghadapi suasana rutin. Alhamdulillah.

Dan para ibu bapa yang ada anak PMR berdebar. Exam minggu depan. UPSR pun tak lama lamu result keluar. Debar lagi.

Itulah rutin hidup..teruskan mana yang perlu dan mengutamakan yang utama.

Letih juga raya, balik kampung jalan tak sakan, balik buat open house....lastly oklah.

Jumpa lagilah , nk jug a dengar khabar dari semua
wasallam