Rabu, 6 Ogos 2008

Assalamualaikum dan salam goblog (bukan goblok na!)
buat semua sahabat cg.

Alhamdulillah akhirnya dapat kongsi pengalaman berharga angah buat bekal kami yang masih menunggu jemputan Allah sambil berusaha sedaya mampu..
Insyaallah 9 dan 10 ogos ni cek akan p ujian dan kursus..La ni TH nak uji dulu bakal2 haji..so kena study macam nak ambik ptk jugak..yang beza ujian ni bukan setakat manusia di TH tu ja yang nilai tapi lebih daripada itu ialah..penilaian Allah terhadap keikhlasan hamba-hambaNya.
So berdebaq-debaq pun ada..walaupun keinginan sudah sampai klimaksnya.

Teruja juga nak berwacana dan bermain-main dengan bahasa..yang pasti bahasa kita memang kaya walaupun penuturnya masih ramai yang miskin..jua jangan lupa bahawa bahasa kita banyak variasinya..tidak sedikit dialek dan idioleknya..pelbagai laras dan retoriknya..begitu juga unsur semantiknya..so kita boleh berbahasa seadanya sama ada..semesra dialek alamnya, sehalus simbolik peribahasanya, sepuitis manis sasteranya, semulus hati peribadinya, sesedap rasa telor lidahnya, seenak slanganya..atau sebaku minda formalnya..mengikut kesesuaian masa, tempat, topik, dan sasarannya..

Sekian adanya.
Wassalam.
Assalamualaikum, (sambungan semalam)
Perjalanan ke Mekah :1) 4 hari di Mesir. Kagum dengan ciptaan manusia iaitu piramid. Bayangkan batu bertan-tan diangkut dan disusun menggunakan tenaga manusia. Terkincit dibuek ehh. Untuk masuk, lorong disediakan tetapi hanya muat untuk badan yang comel-comel macam se. Terpaksa membongkok sepanjang perjalanan. Itulah antara kubur-kubur kebanggaan Raja Mesir. 2) Keseluruhannya, kubur lebih cantik dari rumah. Pengemis terpaksa menumpang di kubur sebab tak ada rumah. 3) Rumah-rumahnya hanyalah flat yang dibiarkan macam terbengkalai untuk mengelakkan cukai. Pertanian dan penternakan ayam itik paling atas (open air). Terror tak? 4) Tidur di apartment pelajar Malaysia. Kesian mereka, kena pandai cari wang menyara hidup sebab kerajaan tidak mahu biaya....terutama aliran agama. 5) Baik Mesir, Madinah mahupun Mekah.....peniaga di sana menggelarkan kami.....bakhil. Tapi, ade ke jual selipar Jepun sebelah je 3 rial? Nak beli sepasang, 6 rial. Tu yang kena basuh dengan bahaso nogori dek bapak angkat se.......Wassalam, daripada Mak Daro

Jef n Husna bisa masuk

Sahaj masuk n try via puteraadam.

Ok line clear.

Ada pencatat baru, baguihlah

baguih lah ada pancatat baru bukan sekadar skodeng.
cerita terbaru dari tanah suci.

memang benar ada kejadian yang serupa itu. Dan pokoknya, perlu taubat dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Jangan hendaknya berlaku pada diri kita kejadian yang meruntun jiwa menangisi berabad lamanya oleh anak cucu. Kalau berlaku pun jangan sebarkan, taubatlah.

Pada Jefhusna, bersabar. Anda InsyaAllah dapat masuk nanti.

wasssalam

Selasa, 5 Ogos 2008

Assalamualaikum,
Pueh se menggodek...alhamdulillah dapek. Memang se sibuk dengan hal-hal duniawi, sampaikan bilo muhasabah diri balik, semua yang se buek, tak berbaloi. OK, lupokan tu dulu, baco pasal Alias, dio ni class mate se maso ting 6. Zaman mudo belio dulu! Tak sangko compodak jadi nangko. Mano satu se nak cerito pun dah kolam kabut ni....kolam kabut se menokan komputer ni...mahu punah nih! Mulo ngn hutang se lah yo.....CERITO BONA.
1. Se dipanggil orang kayo kat Mokah sobab ado omak bapak, anak2.... kiro longkaplah.
2. Abe se kan tak poei....muhrim se...namo samo ngn bapak se, Shaari...banggo se!
3. Alhamdulillah se ngn mira sihat kat sanun dan copek se membosar bagai Johan!
4. Kisah bonar nyo...apo yang kita buek, semua ado balasan. Ado jemaah se tu, sosek dalam tandas masjid Bir Ali, sampai setongah jam. Omak orang tu pulak hilang kat dopan Kaabah, sampai tongah malam! Ado pulak pensyarah yang sosek kat Masjid Nabawi ...berjam2 cari jalan balik ke hotel.
Oleh itu, kawan2 se samo-samolah kito sodar menyodar. Ado lagi cerito dan gambar2. Cubolah lagi nanti yo....Wassallam daripado Mak Daro

Isnin, 4 Ogos 2008

Kabare, Mangan Opo Orong?

Asalamualaikum,
Kabare?
O hayo gozaimas?

Goblog yang saya maksudkan mungkin tidak tepat seperti pemahaman jawa. Itu goblok!. Blog, jadi goblog, sekadar lelucon di sana. Berbahasa kadangkala tidak menepati makna dalam kamus bahasa yang dimengerti oleh penutur lain.
Jadi keterbukaan dan perkongsian amat menyenangkan.
Terlanjur bicara, senang sahaja saya berkata ambilkan kopek dalam poket itu, wahai anakku...Maka tersenyum simpullah mem nani mendengarnya. Kenapa? Maksudnya amat berbeza dan membawa konotasi yang melucu dan melucahkan. Jangan mare Eda, hang pun faham apa yang termaksud dari tersurat.

Nak, banyak peribahasa juga terlucut makna dan maknawinya. Hanya timbul pada makna semasa. Kenapa? Banyak sebab. Biarlah ahli bahasa mencerakinkan.

Dunia semakin kejam, atas tangan tangan manusia yang merencanakan. Tapi tangan Allah juag lebih berkuasa. Itu pada yang mengerti, pada yang akur dan pada yang menyerah diri pada Ilahi.
Yang angkuh, yang takbur dan yang tidak mahu mati, buat tidak reti.

Sekian seadanya.

Ahad, 3 Ogos 2008

Mari Kita Berbahasa

Salam, tadi tu testing tajuk. Suspen ke? Sebelum tu minta maaf bebanyak buat Munsyi Dewan, Jefri. Tak bermaksud nak ambil alih jawatan Jef. Cuma kongsi sedikit ilmu yang ada. Bila dah baca-baca dan baca tulisan kawan-kawan ada satu coretan Tn. Haji yang buat saya tersedak! Pandai gak Tn. Haji Yusof guna bahasa Jawa yang jarang digunakan sekarang. Perkataannya "goblog' atau ejaan sebenar dalam bahasa Jawa ialah "goblok". Maksudnya ialah bodoh yang amat. Ada lagi joke perkataan tersebut "goblok songo" maksudya bodoh darjah yang penghabisan, kiranya tak pandai sangat-sangat. Ada lagi peribahasa yang sampai sekarang jadi mainan tapi tak dihalusi sepenuhnya. Juga dalam bahasa Jawa, seperti melepaskan batuk di tangga. Bila tanya anak murid ramai yang tahu maksudnya. Tepat. Bila di minta melakonkan aksinya, batuk-batuk di tangga. Kenalah terangkan kat mereka bahawa "batuk" @ "batok" dalam bahasa Jawa ialah tempurung kelapa. Pada zaman dahulu, penyedok air dibuat daripada tempurung, alahai yang dipaku pada sebatang kayu. Letaknya di tepi tempayan @ guri dan duduknya di tepi tangga. Bila nak masuk atau naik ke atas rumah kenalah cuci kaki dulu. Lepas cuci kaki gunakan "batok', maka batok tu pun disangkut je tepi tangga. Itulah timbulnya peribahasa bagai melepaskan batuk @ batok di tangga adanya. Demikian adanya, jadi kena hati-hati bila berbahasa..... Maaf yea Tuan Haji sekadar menjelaskan apa yang saya tahu sebab sayakan orang Jawa berbangsa Melayu.

Setakat ini dulu. Selamat menyambut kedatangan Syaaban yang mulia. Isikan dengan amalan sunat yang disunahkan. Sama-sama saling mengingatkan moga kebaikan berterusan..adanya. Buat Dr. Ctkt InsyaAllah resepi soto akan menyusul nanti. Janji tetap janji, tunai tetap saya tunaikan.

MARI KITA BERBAHASA....

Jumaat, 1 Ogos 2008

Ada tamu

Asalamualaikum

Teruskan. Apa sahaja yang boleh diteruskan. Dan tanpa sedar ada orang lain yang juga memantau. Rupanya loteri haram... ada dalam ulasan dan link ke loteri...hehehh hehheh biarkan. nak tumpang lah tu.. sengaja mencatat blog sahabat
http://kesumaku-personaku.blogspot.com/
from mr alias putrajaya....

Dan bersabarlah Jeff N Husna, Pak Lah dan Hanif, akaun anda dalam pembikinan. Ada lagi yang belum dapat sila kabo ya!

Bagi yang ada, rajin-rajinlah berblog, jangan goblog udahlah

Tunggu yang lain

Wasalam
Assalamualaikum wmt. wbt.

Selamat bertemu kembali. Semoga semuanya sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah swt.

Jeles pulak akak tengok Dr. Azah, dapat upload gambar terkini. Akak teringin jugak nak upload gambar akak yang dalam keadaan sekarang ni. Yalah, seme orang kata akak cun sangat sekarang bila beruniform. Jadi, akak teringin jugak nak tunjukkan pada semua. Manalah tau bila tengok gambar akak berposing tu, tiba2 Mak daro ke, Makcik Sari ke, Ma'am Jah ke, tak ketinggalan Kak Aji, Cg. Ani, Tr Husna dan Ma'am Anisah terus nak join kelab akak (Che Eda dan Dr. Azah pun boleh join, tapi kenalah tukaq status dulu.....Wakakakaka). Kan bahagia tu, yelah, CG makin berkembang dengan bilangan 2nd generationnya yang makin ramai! Tapi masalah problemnya, akak ni tak delah kamera digital nak mengambil gambaqnya. Nantilah akak gi kat kedai Cina, posing dan uploadkan. Bukan senang nak dapat gambar sensasi dan cun ni, tak berapa bulan lagi, tak cun dan sensasi dah..

Belek-belek catatan lama, terpandang satu ulasan daripada Tuan Alias@Ellyasak65 yang jemput join blog dia. Akak masih kenal dan ingat Tuan Alias kita ni walaupun tidok se Mass Comm dengan dia dulu, yelah SKK@UKM tu bukanlah besaq sangat, apatah lagi Tuan Alias dulu masa kat UKM kira2 sama galamour jugak dengan Mas Aji maksud akak ramai orang kenallah. tapi akak tak pastilah orang tak glamor macam akak ni masih dikenali atau tidak oleh Tuan Alias kita. Apa2pun, dah dia jemput CG join blog dia, akak tertarik jugak nak tengok bagaimana rupanya blog dia. Walau bagaimanapun, tidaklah dapat akak buka dek kerana Tuan Alias tiada memberi alamatnya. Jadi boleh berikan alamatnya? Jangan bimbang, akak nak tengok je, tak nak menulis tentang cerita misteri@hantu ke. Akak bukan jenis macam tu. Buat kengkawan di CG pulak, jangan bimbang, akak akan terus setia dengan puteraputericg walaupun dapat peluang masuk blog Tuan Alias.

Kesian Mak Daro, dia sms akak, katanya dia sampai ke CC nak buka blog. Malangnya tak dapek juo buko. Tapi akak tak perasan sms dia masuk, dah lewat baru sedar. Akak tak pasti samada dia dah dapat id dan pw yang baru atau tidak. Satu akak nak pesan, kalu ada urgent, janganlah sms, call je baru terus dapat cakap segera. Akak ni kalau kat rumah sebok sikit dengan urusan dapur (nak pastikan cucu-cucu mak mertua akak tu membesar bagai Johan, betul tak Mak cik Sari?) jadi kadang2 tak perasasan sms masuk. Mintak maaflah tak reply segera hari tu untuk menyelesaikan masalah Mak Daro. Harap cuba lagi dengan id dan pw yang akak dah sms kan tu. Kami masih menunggu koleksi kisah benar dari Mak Daro. Harap Mas Aji dapat smskan id dan pw kepada Tr Husna jugak (Abaikan pesanan ini jika anda sudah menghantarnya)

Ma'am Jah bila dah dilucutkan title sekodeng tu oleh Che Eda, jadi janganlah dipersiakan title baru (active blogger) tu. rajin-rajinlah menulis. Bukan apa, bimbang kalau semua pakat malas je nulis dan seronok sekodeng je, nanti timbul pulak, bukan lagi Mama Misteri @MM(maaf sebut lagi nama yang tak berapa nak glamer ni) Hantu Raya ke Pontianak Gua Musang ke, susah pulak Mas Aji nak selesaikan masalah.

Buat Mas Aji, terima kasih di atas offer untuk datang mencurah ilmu berkaitan Online Learning buat akak dan warga pendidik lain di SMKPM ni. Buat sementara ni program tu kena KIV dulu. Ada beberapa hal yang perlu dibincang dengan lebih lanjut dengan oihat pengurusan. Maklum akak sekarang dah jadi guru kocik jadi sebarang cadangan tu kena menerusi orang yang lobih bosa. Jadi jangan serik untuk offer kepakaran tu lagi ye....

Sekianlah, untuk makluman, Laksa Johor belum jadi, Spaghetti dah siap terhidang. Jom makan..............

Wassalam.