Salam.Masih dalam mood cuti lagi?Saya dah mula kembali ke sekolah..sekolah lama, sebab sekolah baru tak tau lagi. Mesyuarat dan esok PMR diumumkan, guru kelas RK dan Penyelaras RK juga, berdebar-debar. Juga buat analisa BM. Dah dah habis..dan sepanjang cuti kena pi sekolah, murid pulang SPBT.Itulah cikgu kecikkan, buat dan ikut arahan. Bukan mengarah atau marah-marah.
Dalam pada tu, seminggu bercuti yang memang betul-betul bercuti, makan angin bawa anak-anak. Pengembaraan sejauh 2,600km merentasi ratusan kampung (BAN), sekolah, gua, air terjun, puluhan bandar kecil, pekan dan pantai. Semuanya indah. Yang bestnya, hiway tanpa tol. Kami bermula dari Padang Besar, ke Klian, Wang Prachan, Satun melalui Sikao, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung, Hatyai, Danok, Sadao dan masuk Ke Bukit Kayu Hitam. Good food lovely people..betul slogannya.Memandu di hiway Thailand memang selesa dan relek...tak berlumba dengan bas ekspres walaupun ada yang dari Bangkok ke Phuket. Tengok apa dah jadi dengan Tragedi Simpang Pulai..biasa lalu sana.Salah siapa. Eh kami bawa kereta sendiri..tak perlu GPS(bawa juga-capaian internet 6mbps). Cukup dengan peta setiap daerah yang lengkap. Senang dan InsyaAllah tak sesat.Landskapnya sepanjang pantai lautan Andaman memang subhanallah..cantik. Sempat melawat kawasan kampung dilanda tsunami eg Kamala Beach, Phuket dan Krabi. Yang lucu, macam ayam dengan itik, Inggeris tak ramai tahu, kita pulak Siam tak tau..tapi ada yang boleh cakap Melayu..lega. Makanan halal tak susah, hotel halalpun ada. Tapi kamus poket banyak membantu...tak tau sebut tunjuk aje tulisan siam...cepat dan mudah. he he he.Gula mahal 1 kg RM 4 tapi airnya manis betul semanis orangnya. Minyak mahal...beras dan pulut siam murah..Kalau nak makan nanas manis, singgah di Ban Kam Ping, Krabi. InsyaAllah akan diupload gambarnya. Sempat kerja sambilan jual nanas cari pengalaman. Dan terindah... saudara seislam cukup mesra hingga tauke restoren bekalkan makanan ..sambil berpesan Mai tein ni..maksudnya kalau datang lagi makan di sini. InsyaAllah. Bentuk muka bumi ..banyak laluan berbukit, tanah datar getah, sawit, tanaman kontan nanas dan ke Songkhla sawah padi. Seni bina di kampung rumahnya bumbung gajah menyusu mesti ada dua tebar layar. Masjid dalam tulisan jawi atau rumi bahasa melayu;Masjid Nurul Iman di Pathong, Phuket. Sekolah seadanya tapi slogan towards world education membuatkan saya kagum dan tabik. Gambar Raja Bhumipol ada di mana-mana.rakyat menyanjung raja bukan mempersoalkan hak raja-raja. Apapun hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..sekadar menambah koleksi pengalaman hidup.
Sampai jumpa lagi..Wassallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan