Jumaat, 2 Julai 2010

EPISOD SENYAP SEPI....SYYY

Yealahkan, Tuan Haji...sepinya. Taulah kita-kita ni sibuk dengan Hari Bertemu Pelanggan. Guru kelas banyak nak dibuatnya..sayale tu.Tapi dalam pada tu dah sampai merata belajar sambil melawat (ke Lawatan Sambil Belajar). Baru balik dari Kedah Perlis...lawatan PSS/Guru Media ke PSS Johan Kebangsaan Luar Bandar..SMK Tunku Bendahara Kodiang dan SK Santan, Repoh. Sambil tu singgah Nat Rabu dan Padang Besar..aktiviti santai. Jumpa kawan-kawan lama kat sana. Laa, sayakan pernah dok dan kerja kat utara suatu masa dahulu...Amacam Tuan Haji ada lagi beras kampung ka? Sempat singgah ke Muzium Padi di Gunung Keriang, bagus bawa anak-anak murid dan anak-anak sendiri ke sana. Bermanfaat. Cuma sayangnya, banyak bendang, padang (kata orang Siam/kedah) dah luak sebab nak buat bangunan-bangunan, rumah-rumah. Eh jangan gelaran jelapang padi tinggal kenangan suatu hari nanti.

ReU3..harap jadi, kebetulan kami ada plan ke utara lajak ke Krabi dan Phuket lepas anak habis SPM. Boleh serampang dua mata. InsyaAllah. Pihak penganjur macam mana?

Kakak-kakak, mak-mak jengoklah blog, dan catatlah apa-apa yang patut.OK.


Tiada ulasan: