Ahad, 29 Januari 2012

Lama Tak Bersua @Berblog

Salam, kabare, ni hao ma..apa-apa sahaja ucapan yang sewaktu dengannya.Cuti Gong Xi Fa Chai dah ke penghujungnya.Betul-betul cuti 1 Malaysia, sayalah tu.Tapi bagi cikgu kat Ganu tabik sebab ke sekolah melaksanakan ujian TOV demi Ganu Cemerlang, Terbilang Gemilang.Teruskan apa yang terbaik. Natijahnya tetap sama...melahirkan insan seimbang dunia dan akhirat.Cemerlang dunia cemerlang akhirat.Puaslah juga guling-guling sambil selesaikan tugasan sekolah.

Juga ambil peluang kenduri kendara saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan. Cuma taklah sampai hadir Rumah Terbuka 1 Malaysia bersama PM di mana-mana. Bagusnya puas makan limau sampai sakit tekak.Murah maa...mana nak dapat suasana macam kat Malaysia ni.Bezanya di sekolah lama, anak murid beri sebab 70% kaum Tionghua.Penuh beg.Begitulah cikgu ...Selebihnya bercuti bersama-sama keluarga besar suami..Cherating jadi pilihan dan sempat ke Chukai dan Kuala Kemaman mencari kepok, sata, nganang..nasi dagang.Semua sedap belaka.Maaflah tak sempat ke KT dek hambatan masa.Roommate keja.

Selamat kembali ke sekolah.Jalankan tugas dengan penuh dedikasi.Jangan lupa SGM...Wassalam.

Tiada ulasan: