Selasa, 16 Februari 2010

Huh...Boringnya

Alahai, tak ke mana cuti ni, bosan memanjang. Aktiviti kat rumah, pusing keliling rumah, depan belakang je. Habis-habis menanda kertas ujian, alamak anak-anak dah komplen tak ke mana ke mak? Tak da sapa-sapa nak mai ke Kajang ke? Singgah le rumah.

Tumpang seronok Cik Eda ber MPV baru. Panjangkan langkah tu ke sini. Saya masih berkereta kecil. Tu yang nak bergerak jauh tak jadi-jadi. Anak setengah dozen Myvi tak muat. Pasar malam bolehlah. Keta satu lagi abahnya buat gi kerja. Amacam selesa ke? Ada rezeki teringin juga beli( hutang) keta mcm Akak Nani ke, Mak Daro ke, Cik Jah, atau Cik Eda. Boleh buat konvoi jauh sikit.Nantilah tengok akaun gaji - + x , ada berapa lebihnya. Ha, lawak yea.

Jumpa lagi...

Tiada ulasan: