Khamis, 18 Februari 2010

Yang tersurat, yang tersirat

Assalamualaikum wmt wbt



1. Sekadar membantu Mak Daro supaya pehe



dok ghok chettong (dok rot chetong-ejaan Mas Aji tu kurang tepat dari segi makhraj dan nahunya, warna merah yang akak guna tu pulak tak ada kaitan dengan apa-apa, samada rimau mengaum atau marah2)



Maksudnya



Yang tersurat : dok=tidak, ghok=larat, chettong(asal=chetong, disabdukan t tu supaya sebutan frasanya menjadi tepat dengan maksudnya)=bekas yg dibuat dr besi campur aluminium untuk sukat beras, 4 chetong = 1 cupak)



Yang tersirat = cap ayam@komang spana, kalu kasar lagi = dok gune skepeng=dok leh harap langsung.



Dalam konteks penggunaan oleh Mas Aji tu maksudnya ala-ala komang spana kot...

2. Masih lagi Mak Daro...tak payah tukar2 kereta dengan orang, buka balik pasak bumi tu, ajak mari ramai sikit lagi anak ayam, kalu tak pun, berkira-kiralah timang cucu ayam pulak...

3. Che Eda, marilah kita terjah 8 kotak, pas tu kita terjah P.Kubur ke, R.Panjang ke atau tempat feveret Mak daro dan Abang misai, Wakaf Che yeh.

4. Dalam bab terjah menerjah ni, paling takut nak terjah Menara muamalat @ Gunung kinabalu, bukan apa takut belum sempat terjah kena sergah dulu, tergolek-golek nanti jatuh...(macam dulu tu...serik akak!). Kalau terjah umah makcik sari, untung2 dapat makan sambal tempe dan asam pedas.

5. Aza, tak kisahlah, panjang ke pendek ke, remeh ke ilmiah ke, teruskan mencatuk agar blog kita ni tetap meriah. Sekurang-kurangnya penskodeng kita tu boleh terus tersenyum...

Wassalam

5.

Tiada ulasan: