1) kehadiran saya dalam blog orang tak perasan. Mungkin terlalu pendek atau terlalu remeh atau terlalu ilmiah untuk diperasankan. Ya la sekadar nak memeriahkan blog. Tengok blog sunyi sepi saya tulis la juga sepatah dua perkataan. Sekarang blog dah kembali meriah boleh simpan papan kekunci la balik.
2) Syukur Alhamdulillah. Tahniah atas apa-apa saja kejayaan.
-->Tahniah Akak Nani kerana berjaya menyempurnakan rukun Islam yang ke 5. Dan dah tukar kerjaya jadi Akak Terjah la pulak. Mai la terjah SP seperti yang disarankan oleh Eda.
-->Tahniah Eda dapat Alza. Kurang-kurangnya ingat saya (Alza --> Aza). Saya tengok tupperware ingat Eda.
-->Tahniah Angah kerana berjaya menyolokan diri ke tempat kerja. Saya sekejap pi kerja solo sekejap ada penumpang.
-->Tahniah Sari kerana mengekalkan kesibukan seorang emak, isteri dan guru. Dalam pada tu sempat jgk no pi Sabah. Saya pi Gunung Ledang je. Tu pun kat kakinya je, nak beli nugget dan goreng pisang.
-->Tahniah Jah. Ada juga cerita. Barangan dalam butik tu boleh order online ke? Lama tak e-mel sebab alamat e-mel hilang. Komputer kong. Bagi alamat baru na nanti.
-->Tahniah Pak Aji. Kekal jadi satu2nya jejaka dalam blog CG. Payah nak dapat title tu.
3) Cadangan Pak Aji untuk standby reunion3 boleh dipertimbangkan. "standby" je ya bukan ambil alih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan