Ahad, 21 September 2008

IBADAH KE JUADAH

asalamualikum

ada terdengar, ibadah ke juadah.....hebat debatnya dalam radio..ikim rasanya

Jadi itulah realiti kita banyak juadah dari ibadah.
Dan kini semakin jauh ramadan pergi, ibadahlah, ibadahlah, ibadahnya, juadah sikit-sikit jer.

Dan raya semakin dekat, sayunya ramadan telah berlalu.

Hmmm....syukurlah apa yang ada dan dapat.......ptk ler tu...tak kisah lah semuanya dah tertulis di Loh Mahfuzzzzzz

Jemput ke rumah di Kedah raya ini.....sapa yang terdekat dengan jelapang padi silakan.....

skodeng jgn tak skodeng.............
Wasaalam

Jumaat, 19 September 2008

Ada ni

Assalamualaikum wmt wbt,

Semoga semuanya di bawah rahmat dan barakah Allah swt.

Ramadhan dan hampir ke penghujungnya. Tak lama lagi rayalah kita. Sebelum tu, jangan dok sibuk dengan baju raya ke,kuih raya ke, rumah raya ke, sibukkanlah dengan mengisi 10 malam terakhir ni dengan solat malam dan ibadat lainnya. Ni akak pesan untuk akak dan semua yang lainlah. Tahun depan entah jumpa lagi ke tidak dengan Ramadhan. Jadi marilah kita semua merebut grand offer Ramadhan tahun ni, sekurang-kurangnya tahun depan tak rugi jika takdirNya kita tak sempat berjumpa dengan Ramadhan lagi.

Akak rajin buka blog, sekodenglah apa lagi. Entah puasa ni, malas sikit nak menulis. Hari pun makin dekat,nak duduk lama-lama tu yang payah sikit. Yang lain-lain yang tak sewaktu dengan akak ni, agaknya apa pulak masalahnya..Mujur ada makcik dan Mas Aji,meriahlah jugak blog....Baca pasal duku yang makcik Sari tulis, sempat jengah sekejap pesonaku kesumaku, meleleh pulak air liur tengok buah duku dalam gambar tu....besar2, sedapnya kalu dapat ada kat situ, habis duku-duku tu akak kerjakan...Di alam maya ajelah nampaknya...

Okaylah, akak naklah jugak jemput semua datang rumah masa raya ni, terutamanya Mas Aji sekeluarga dan cek Eda sekeluarga. Akak tak buat rumah terbuka tapi bila orang datang akak bukalah pintunya...

Wassalam.

Rabu, 17 September 2008

MUSIM DUKU MUAR.....

Terpanggil nak kongsi pengalaman pasal buah duku yang dicerita dek Sdr AK.Minggu lepas kami balik ke Muar gak. Yealah buah duku murah sangat. 15 kg RM10 je. Tapi kami makan free. Dusun Nenek Teh di Semerah ada(nenek suami). Dusun Tok saya di Kg. Jalan Raja, Bkt Pasir Jorakpun dah mula mencelah. Raya nanti sakan dengan duku. Syukur ada orang tua yang beringat nak tanam buah-buahan untuk anak cucu cicitnya. Rambutan tak usah cerita, bagi free pun tak ada yang mengait.Macam-macam posing anak dan suami tutuh dahan rambutan yang kuning buahnya. Mak pesan kalau sapa-sapa nak ambil bawa le lori kecil ke. Saya tak manjat le, zaman tu dah berlalu. Dulu setiap kali musim buah dan serentak musim cuti sekolah, tolong kutip durian, panjat duku, manggis, asam kundang. La tak boleh, pokok tinggi dan sayup sangat. Dahan rekahpun yea gak. Jangan cari pasal...saiz bodypun dah bertambah.Dok bawah tolong kutip masuk guni ajalah. Apa peranan agensi kjaan nak selesai lambakan buah?.Le ni hasil dusun tok (tok tak da dah), pak su yang kerja FAMA uruskan pemasarannya. Duku Muar memang manis tak caya tanya AK.Bagusnya kalau ada inisiatif buat resotr dusun, tapi berapa ramai yang mampu? Kosnya mahal nak selenggara tapi dek pak cik-pak cik saya kreatif kami rasa juga suasana resort dusun ganti pondok tunggu durian tok. gitu adanya. Aha... akak Nani amacam nak kurier juga duku ke?

HILANG TIMBUL HILANG TIMBUL.....

Salam Ramadan.Betullah kata Tn.Haji, habih hilang semua dah. Tak timbul lagi. Posa-posa ni rasanya makin ringan. Tak gak sibuk kecuali Madam Jah. Ligat dengan bisnes Hari Raya ni. Akak Nani seperti dimaklumkan, sekodeng aja.Yang lain-lain gitu juga kot. buat kawan-kawan semua agar persiapan diri dan keluarga menyambut Syawal dah hampir selesai. Yang ada ibu bapa kat kampung, walau jauh manapun, pulanglah sempena Aidil Fitri. Yang tak ada jangan sedih, mak pak mentua ada lagi. Ipar duaipun ada. Mak pak menakanpun ada, sepupu sepapat ramai. Inilah peluang memanjangkan ukhuwah dan silaturrahim. Kalu ada yang ke Johor turun singgah le ke Sagil. Taman Ledang, Sagil kat belakang SHELL. Saya beraya di Sagil dulu. Nostalgia sayu gembira meraikan kedatangan Syawal sambil memandang jauh Gunung Ledang nan lagendanya jadi sebutan sepanjang zaman. Di situlah saya dibesarkan.Sejuk airnya mencucuk tulang terasa hingga kini.Sekolah rendahpun (SK Puteri Ledang) berlatar belakangkan gunung legenda. Sekadar mengimbau sesekali....Pasal kuih raya he he tak buat lagilah. Satu dua boleh tunjuk, yg lain kena buat. Mahai le kuih kat sini tapi rasa serupa je. Dan apa yang pasti lepas raya anak nak berperang dengan PMR. Doa dan tawakal setelah berusaha. Mak pak risau memanjang. Harapan setinggi Kinabalu tu. Moga anak-anak buah CG berjaya sebagai pencapaian peribadi bukan nak bersaing dengan siapa-siapa. Salam Aidil Fitri dan jaga diri baik-baik. Ada kelapangan sudi-sudikanlah ke Kajang, rumah saya sentiasa terbuka.

Ahad, 14 September 2008

MANA PI HABIH ORANG

Asalamualaikum

mana p habih orang. penat puasa ke, atau dok tunggu apa yang sepatutnya.....

Tak apa, janji ada yg skodeng........

nak cerita terbaru, ntahlah, sebab tunggu respon....dulu
Dah ada yang kena ke.....

wasalam

Isnin, 8 September 2008

ANAK PERIKSA MAK BAPAK SIBUK

aSALAMmualaikum

Esok ada UPSR. Moga sesiapa yng ambil periksa cemerlang.
Se ada seorang calonnya.

Dan ramadan semakin berlalu, walaupun baru 8 hari. Syawal nak mai dah.

Harap dapat terus beribadah. Dan sebenarnya teringat peristiwa di bumi Anbia yang hampir setahun, rindu rasanya pada lezatan ibadah di masjid nabawi dan masjidil haram. Tanyalah pada Mak Daro.

Dan segar lagi ingatan pada peristiwa berkaitan.

Mek Nani, bila nak berehat, terbungkam! dekat dah kot.

Raya tahun ni nak pulang ke keampung, sempat ke ziarah Dr Dara kita, heheheheh.......tapi tak leh lama, ada calon PMR pula.....tu ler anak yang ambil exam, mak bapak sibuk

wasalam untuk semua.....hangpa menyepi dengan berita ...........

Ahad, 7 September 2008

SALAM RAMADHAN

Salam buat semua cg"s.InsyaAllah moga kita semakin tawaduk menjelang hari-hari meniti Ramadan Al Mubarak.Mana-mana yang kurang kita sama-sama baiki.Yang baik semakin baik. Moga program tadarus di sekolah kita ambil peluang untuk baiki bacaan AlQuran. Tadarus di rumah bersama seisi keluargapun molek bebeno. Kalau ada yang turun ke KL singgahlah ke rumah. Caling-caling yea. Buat Angah, InsyaAllah silalah ke rumah saya, Jah, Hanif, CTKT,Eda, Pak Haji, Pak Lah, Jef, Akak Nani seisi keluarga jemputlah ke Kajang bila-bila terluang. Buat anak-anak yang akan menghadapi UPSR esok teruskan perjuangan, InsyaAlah usaha, doa dan tawakal. Sampai jumpa lagi. Akak Nani sonyap jo, sibuk buat persiapan sambut baby yea. Kalu saya dekat boleh tolong jadi bidan. Apapun moga selamat bersalin kami doakan.Jumpa lagi.

Selasa, 2 September 2008

Besua kembali

Assalamualaikum, rasonyo ni kali keduo kita berblog-blog. Tak sangko, di alam maya kita dapek berbual-bual, mengutuk-ngutuk (esp. ehem-ehem), nasihat menasihati.....dan paling ponting, silaturrahim kito berpanjangan. Dipendekkan cerito, se dengan raso rondah diri mohon ampun dan maaf jiko ado kato-kato se yang mengusik hati atau mungkin berbaur riak. Maap dzahir dan batin.....2 Ramadhan 1429H....Daripada : Mak Daro. p/s Sari, kok se dapek datang Kajang masaklah macam dulu.....terliur sampai hari ni.....