Rabu, 17 September 2008

HILANG TIMBUL HILANG TIMBUL.....

Salam Ramadan.Betullah kata Tn.Haji, habih hilang semua dah. Tak timbul lagi. Posa-posa ni rasanya makin ringan. Tak gak sibuk kecuali Madam Jah. Ligat dengan bisnes Hari Raya ni. Akak Nani seperti dimaklumkan, sekodeng aja.Yang lain-lain gitu juga kot. buat kawan-kawan semua agar persiapan diri dan keluarga menyambut Syawal dah hampir selesai. Yang ada ibu bapa kat kampung, walau jauh manapun, pulanglah sempena Aidil Fitri. Yang tak ada jangan sedih, mak pak mentua ada lagi. Ipar duaipun ada. Mak pak menakanpun ada, sepupu sepapat ramai. Inilah peluang memanjangkan ukhuwah dan silaturrahim. Kalu ada yang ke Johor turun singgah le ke Sagil. Taman Ledang, Sagil kat belakang SHELL. Saya beraya di Sagil dulu. Nostalgia sayu gembira meraikan kedatangan Syawal sambil memandang jauh Gunung Ledang nan lagendanya jadi sebutan sepanjang zaman. Di situlah saya dibesarkan.Sejuk airnya mencucuk tulang terasa hingga kini.Sekolah rendahpun (SK Puteri Ledang) berlatar belakangkan gunung legenda. Sekadar mengimbau sesekali....Pasal kuih raya he he tak buat lagilah. Satu dua boleh tunjuk, yg lain kena buat. Mahai le kuih kat sini tapi rasa serupa je. Dan apa yang pasti lepas raya anak nak berperang dengan PMR. Doa dan tawakal setelah berusaha. Mak pak risau memanjang. Harapan setinggi Kinabalu tu. Moga anak-anak buah CG berjaya sebagai pencapaian peribadi bukan nak bersaing dengan siapa-siapa. Salam Aidil Fitri dan jaga diri baik-baik. Ada kelapangan sudi-sudikanlah ke Kajang, rumah saya sentiasa terbuka.

1 ulasan:

Ellyasak65 berkata...

InsyaAllah saya Hari Raya Kedua nanti saya balik ke Felda Sri Jaya, Bukit Serampang. Mungkin lalu Tangkak dan Sagil... tupun kalau anak-anak tak mintak lalu Bukit Gambir. Biasanya kalau lalu kat Bukit Gambir tu, kami singgah kat Kedai RM2... sibuklah anak-anak nak perabis duit beli barang-barang. Macamlah kat Semenyih tak ada kedai RM2.