Jumaat, 19 September 2008

Ada ni

Assalamualaikum wmt wbt,

Semoga semuanya di bawah rahmat dan barakah Allah swt.

Ramadhan dan hampir ke penghujungnya. Tak lama lagi rayalah kita. Sebelum tu, jangan dok sibuk dengan baju raya ke,kuih raya ke, rumah raya ke, sibukkanlah dengan mengisi 10 malam terakhir ni dengan solat malam dan ibadat lainnya. Ni akak pesan untuk akak dan semua yang lainlah. Tahun depan entah jumpa lagi ke tidak dengan Ramadhan. Jadi marilah kita semua merebut grand offer Ramadhan tahun ni, sekurang-kurangnya tahun depan tak rugi jika takdirNya kita tak sempat berjumpa dengan Ramadhan lagi.

Akak rajin buka blog, sekodenglah apa lagi. Entah puasa ni, malas sikit nak menulis. Hari pun makin dekat,nak duduk lama-lama tu yang payah sikit. Yang lain-lain yang tak sewaktu dengan akak ni, agaknya apa pulak masalahnya..Mujur ada makcik dan Mas Aji,meriahlah jugak blog....Baca pasal duku yang makcik Sari tulis, sempat jengah sekejap pesonaku kesumaku, meleleh pulak air liur tengok buah duku dalam gambar tu....besar2, sedapnya kalu dapat ada kat situ, habis duku-duku tu akak kerjakan...Di alam maya ajelah nampaknya...

Okaylah, akak naklah jugak jemput semua datang rumah masa raya ni, terutamanya Mas Aji sekeluarga dan cek Eda sekeluarga. Akak tak buat rumah terbuka tapi bila orang datang akak bukalah pintunya...

Wassalam.

Tiada ulasan: