Eda!Mai cik oi cik ma. mai ke negeri Kedah. mai bagi ramai. makan nasi kawah.Tahniah Eda kerana akhirnya muncul jugak kat blog ni. Tak dapat la saya cari makan sebagai penulis dan penyampai cerita puteraputericg blog lagi no. Kena cari majikan baru la pulak. Patutla saya tak lena tidoq dua tiga malam ni. Rupanya ada orang dok teringat. Mai la kalau dah dok teringat. Kalau nak mandi bendang boleh lagi tapi takut orang heran tengok la. Lps tu kita pi cari durian mcm masa arwah Zul ada. Makan durian kat Serdang sampai pening kepala. Eh lupa. La ni bukan musim durian. Durian Siam berlambak la. Apa2 pun yang penting mai na. Ada cerita yang tak leh cerita kat blog. Nanti Pak Aji Usop marah sebab salah guna blog. Jgn marah ya Pak Aji. Semoga Eda berjaya mengikuti jejak Pak Aji dan bakal jadi Mak Aji pulak.
Angah! Selamat mengerjakan umrah. Chek nak buah kurma na.
Pak Aji Usop! Ada orang pelawa laptop free. Apa lagi sambar je la.
Kak Nani! Sihat ke mu? Jangan ke hulu ke hilir mcm Sari tu. Nanti bentan. Kata orang tua2 la.
Sari! Masih berkejar dan terkejar lagi ke? Bawa2 la rehat. Bagi je orang lain buat kerja. Insyaallah saya akan ke Bangi 12-14 Jun ni. Menginap kat equtorial Bangi. Seminar kat MMU Cyberjaya. Dekat ke dgn rumah? Kalau dekat jemput la saya pi rumah. He he tak malu ni pelawa diri sendiri.
Kepada yang lain2: Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan