Ahad, 18 November 2007

TAHNIAH!!!!!

Salam buat semua. Alhamdulillah dah siap semua tugasan yang diamanahkan di sekolah tibalah masanya rehatkan minda. Bersantai bersama keluarga di rumah. Buatlah apa yang patut. Pastinya urusan rumah yang sambung menyambung. Bagusnya senaman juga tu.Yang utama jadi chef. Macam-macam menu nak dicuba. Utara selatan timur barat termasuklah semua arah yang ada dalam tunjuk arah mata angin macam dalam peta.Yealah kalau nak pikat suami dan anak-anak mesti urusan perut. kalau tak silap tu pepatah Inggeris. Ada mak pak lega dan tak kurang debar masih tak surut. Bukan banjir aje yang surut tau kak oii!!Tahniah buat akak Nani, Pak Lah sekeluarga juga Hanif sekeluarga atas kejayaan cemerlang anak-anak dalam UPSR. Rasa kagum dengan pendapat bernas Pak Lah yang penting akidah dan akhlak A. Juga syukur bakal pak haji sekeluarga selamat tiba di Madinah. Mudah-mudahan dapat jalani ibadah dengan sempurna dan haji yang mabrur.Saya dan Jah tumpang berkatnya. InsyaAllah kami pula bakal menjadi tetamu Allah. Dan juga syukur pertemuan kembali dengan Kak Jah kita yang masih macam dolu-dolu, ceria, santai dan alahai sopan-santunnya dan manja. Pendek kata macam dululah. Sekali lagi saya tidur lena dalam senyuman selepas pertemuan dengan Angah. Tinggal Dr Azah sorang selepas hampir 13 tahun tak jumpa.Bila tu?Akak Nani kalau dah ada streamix selalu-selalulah jengah blog.Takpun tengok resipi yang banyak kat internet.Jangan tengok aja tapi must practice coz practice make perfect.Akhirulkalam jumpa lagi. Salam.

Tiada ulasan: