Selasa, 27 November 2007
Salam akhir 2007
Assalamualaikum salam dihulurkan
Sejambak bunga tanda ingatan
Untuk mengharumkan tali persahabatan
Ahli keluarga cg di utara, barat, timur dan selatan
Dua bulan menyepikan diri
Bukan bermakna merajuk hati
Cuma sedang mencari kekuatan sendiri
Untuk dijadikan bekalan nanti
Kawan2 cikgu cuti panjang
Macam2 aktiviti telah dirancang
Pastinya keluarga jadi keutamaan
Untuk dapatkan yang terbaik dan cemerlang
Lain cerita penjawat awam (saya la tu)
Hujung tahun macam2 hendak diselesaikan
Kursus, kursus, kursus, kursus
Bengkel, bengkel, bengkel, bengkel
Laporan, laporan, laporan, laporan
Semua kena selesaikan dalam masa sebulan
Dalam econ pun berpeluh badan
Apapun tetap juga akan bercuti panjang
Mulai 10hb Dis – 2hb Januari depan
Terima kasih Akak Nani dan Sari
Tak jemu mencoret cerita di blog ini
Orang lain mcm dulu seribu bahasa menyepi
Tanpa berita atau khabar diberi
Usop apa la cerita di sana
Moga-moga sihat dan sejahtera
dapat menunaikan ibadah dengan sempurna
Apa2 pun saya tetap sayang kamu semua.
Ok. Cau ci cau. Jumpa lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan