Assalamualaikum semua,
Apa khabar semua? Akak rasa semuanya sedang seronok bercuti sekarang ni..Tadi terima sms dari mak daro@tuan puteri@tuanku permaisuri beritau nak keluar sambut hari jadi mira katanya...Selamat menjamu selero! Makcik sari kita mesti tengah sibuk masak ni.. Dr. Azah pulak awatlah lama tak masuk blog, merajuk ke sebab akak tengok blog la ni dimonopoli sepenuhnya oleh makcik sari! Tak pelaj azah, bagi can kat sari meriahkan blog kita..
Berbalik kepada pepatah petitih chef kita tu, akak bangkang habis-habisan pepatah tu. Itu bukannya sayang kan suami dan anak-anak tu, kalu sayang, bagi makan ala kadar je, jangan sampai perut maju ke depan dan badan membesar bagai JOHAN. Tengok macam akak ni, sebab sayang kan suami dan anak-anaklah, akak jaga betul-betul, semuanya selim melim, termasuk lah akak sekali..baru betul kan? mak daro mesti setuju..
Akak ni kan cuti macam tak cuti gak, ni tambah satu lagi tugas, jadi misi lah pulak sebab anak teruna akak mauk jawi! Gi kl pun tak tau lagi entah jadi ke tidak sebab 11 Disember nanti sekali lagi akak kena jadi misi, mak mentua lah pulak nak operate mata, dia nak akak jugak yang bela dia (nak beritau, akak ni menantu kesayangan dia tau!)
Jah, cuti ni tak berjalan mai terengganu ke? Terengganu le ni dah maju tau, 1 januari nanti dah jadi bandaraya. maknanya akak bakal duduk di bandarayalah jugak. Apa tak jadi bandaraya nya, semua dah ada di ganu leni, mydin, giant, mcdonald pizza dan macam-macam lagilah yang ada kat kl tu, ganu semua dah ada leni tau...Kembang hidung Pak Derih, maklumlah gelombang biru dia berjaya mendatangkan segala mak nenek yang ada di kl tu ke ganu...
Pak Lebai kita tentunya sedang beramal ibadat di madinah sekarang. Mudahan keempat-empatnya tidak keuzuran dan selamat mendirikan solat sebanyak 40 waktu di masjid nabawi, Insyaallah. Akak doakan harapan dia supaya one day kita reunion di mekah termakbul...Tentulah reunion itu menjadi sesuatu yang paling hebat untuk dikenang di sepanjang hayat kita semua..
Okaylah, dah panjang lebar ni, sesiapa yang ada internet messenger tu bolehlah im akak di nani_imran65@yahoo.com.my. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan