Isnin, 31 Januari 2011

Acara Selingan...

Assalamualaikum wbt
dan selamat menjenguk ye...
kpd yg sibuk tu...ikutilah acara selingan ini, moga2 dapat kurangkan tension.

Apa dia jauh di mata, dekat di hati?
usus.

kuih apa bungkusnya di dalam, isinya di luar?
kuih salah bikin

Pintu apa walaupun 10 orang tolak tapi tak boleh jugak?
pintu yg ada tulis 'tarik'

saya ada 3 kepala, 4 tangan, 5 kaki....siapa saya?
jawab jangan tak jawab....hehe

selamat mencuba...

Ahad, 30 Januari 2011

masih wujud dan bernafas...

Assalamualaikum wmt wbt...

Sekadar menjenguk.....
Alhamdulillah...masih mengikuti perkembangan...
biarpun tidak hadir di maya pada...
Kesibukan manguruskan 2 buah rumah dengan 2 buah tangga..
menjadikan PUTERAPUTERICG tersepit ditengah2...
Maafkanlah BETA....

Selasa, 18 Januari 2011

Sejuk Mendengar Nyaman Memandang

Salam
Diberi dua telinga untuk mendengar
Dua mata untuk melihat
Pokoknya apa mau didengar dan mau dilihat?

Syukurlah pada yang mahu mendengar dan melihat kebenaran Ilahi. Dalam semua jenis kepintaran, meminjam pendapat H Garner (Multiple Int) yang ia terlupa, adapaun di sebut spritual Int..setakat mendengar dan melihat secara fizikal. Maka di sini kepintaran Beragama Benar wajib ada dan dilihat dan dipandang dengan telinga serta mata hati.

Tahniah dengan lokaliti baru dan minda baru menerobos maya pada, kerana alam kosmik terbentang sebenarnya terbungkam dalam diri. Mahu bicara dengan lanjut namun, maasih menanti kesibokan menjadi ketenangan, kejauhan menjadi keintiman, kealpaan menulis menjadi rutin mencatuk dan seagainya,

Semuanya sebenarnaya adalah lurus kepada hukum berpasangan. Positif negatif, jantanbetina dan sewaktu dengannya.

Nah, di mana kita untuk menyongsang fenomena sediakala. Berat mata memandang berat lagi minda dan hati memikul.

wassalam..

Jumaat, 14 Januari 2011

STABIL DAN TENANG...

Jangan terkejut..nak cerita keadaan di tempat baru. Ok menyenangkan, dan jadi cikgu kecik ni segalanya nampak dan rasa relek. Satu sekolah dengan Ani, isteri Pak Lah. Info terkini...Pak Lah dan Ani terbang ke US ada seminar. Jadi dah alang kepalang, Pak Lah bawa isteri...honeymoon ke gamaknya. Ha...ha..haa

Bertambah usia moga segalanya dipermudah. Renungan buat kita yang diberikan peluang dan ruang untuk bernafas dengan percuma ni, syukur dengan apa yang ada. Tingkat amal, tingkat bakti.Itu adanya. Selebihnya mohon reda Allah agar molek-molek belaka. Kalu dok molek tu..terima apa adanya. Ujian untuk ditempuh agar kita jadi mukmin yang lebih kuat. Itu yang disukai Allah.

Akhirulkalam, ikhlas mendidik agar jiwa terdidik. Ganjarannya menanti di akhirat. Salam.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat semuanya

Assalamualaikum wbt.

1. CGs dan dunianya....moga selamat dan dipanjangkan umurnya.
2. Puteradam @ Tn Hj Yusof... Selamat Ulang tahun, moga murah rezeki, panjang umur dan byk amalnya...hang paling muda no...cantik nombor, 01012011...Tahniah!
3. Cek nani, cek sari, cek nor (Pn Noridah), cek jah... dan cg semua sekali, tahniah ats kejayaan anak2...selamat meneruskan pencarian ilmu.
4. Selamat Tahun Baru (Masihi)....selamat berazam baru atau perangat yg lama...
5. Selamat ke sekolah baru....cek sari la tu...dengan semangat baru yg membara setlh aktiviti kembara.
6. Selamat ke sekolah lama kpd yg masih setia dan org masih suka....cek aeis dan cek nani la tu...
7. Angah apa cerita....baru ke lama? dah selamat mengepos kan...jadinya selamat menjenguklah ye.
8. semuanya.....selamat meneruskan pencarian....duniawi dan ukhrawi.

Semoga Allah selamatkan CGs

Salam Segalanya

Assalamualaikum
Sawadee....kot kunn kup, mai au...auwwww

Dengan 2011 menjengok, banyak agenda menerpa untuk semua. Teruskan kemaraan. tinggalkan kenangan.
Tahniah untuk semua, upsr, pmr dan spm/stpm/stam? yang berjaya ! INGAT kejayaan bukan hanya pada deretan A, tapi A juga pada akidah dan akhlak, BUKAN hanya Akademik.

Jauh berjalan luas minda, hati jadi berbaur sedih, pilu dan gembira. Semuanya ada dalam rencah hidup manusiawi yang jadi manusia, jadi malikat dan jadi binatang.
Benarlah, tiada manusia dalam dunia haiwan, tapi ada haiwan dalam dunia manusia.

Sekolah bermula dengan 1001 macam. Dan IPG apa kalahnya. Macam-macam ada, yang telus, mulus dan jerlus.

Dunia koprat tidak sunyi dengan rutinnya. Penuh pancaroba.

Dan, dunia CGs entah bagaimana? Soalan yang pelu jawapan bertulis.

Selamanya, dunia belum berakhir biarpun tetap menuju penamatnya.

wasalam

Jumaat, 24 Disember 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Tahniah buat mak pak yang anak-anaknya dah terima keputusan PMR. Setakat ni dah confirm kat saya akak Nani..sori bagi pihak.Tahniah dapat semua A buat Maryam Jamilah. Yang lain-lainpun begitu juga.Moga meneruskan legasi CG, insan cemerlang dunia akhirat.

Juga selamat kembali ke sekolah. Saya dah dapat sekolah baru. Balik deh. Lebih kurang akak Nani ke SMK Padang Midin gitu.Enjin tak sempat menderum. SMK Sultan Abdul Aziz Shah (INTEGRASI).Kebetulan pengetuanya mantan pensyarah masa KPLI. Tapi siapapun pentadbir yang penting kena ikut arahan...guru atau dalam Bahasa Jawa GU- kata-katanya digugu (ikut) mesti cakap atau ajar yang baik-baik dan RU - perbuatannya ditiru juga mesti perlakuan guru ni baik-baik juga. Sekadar berkongsi pengalaman. Sampai jumpa lagi. Wassallam.

Rabu, 22 Disember 2010

Meneruskan Kembara .....

Salam.Masih dalam mood cuti lagi?Saya dah mula kembali ke sekolah..sekolah lama, sebab sekolah baru tak tau lagi. Mesyuarat dan esok PMR diumumkan, guru kelas RK dan Penyelaras RK juga, berdebar-debar. Juga buat analisa BM. Dah dah habis..dan sepanjang cuti kena pi sekolah, murid pulang SPBT.Itulah cikgu kecikkan, buat dan ikut arahan. Bukan mengarah atau marah-marah.

Dalam pada tu, seminggu bercuti yang memang betul-betul bercuti, makan angin bawa anak-anak. Pengembaraan sejauh 2,600km merentasi ratusan kampung (BAN), sekolah, gua, air terjun, puluhan bandar kecil, pekan dan pantai. Semuanya indah. Yang bestnya, hiway tanpa tol. Kami bermula dari Padang Besar, ke Klian, Wang Prachan, Satun melalui Sikao, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung, Hatyai, Danok, Sadao dan masuk Ke Bukit Kayu Hitam. Good food lovely people..betul slogannya.Memandu di hiway Thailand memang selesa dan relek...tak berlumba dengan bas ekspres walaupun ada yang dari Bangkok ke Phuket. Tengok apa dah jadi dengan Tragedi Simpang Pulai..biasa lalu sana.Salah siapa. Eh kami bawa kereta sendiri..tak perlu GPS(bawa juga-capaian internet 6mbps). Cukup dengan peta setiap daerah yang lengkap. Senang dan InsyaAllah tak sesat.Landskapnya sepanjang pantai lautan Andaman memang subhanallah..cantik. Sempat melawat kawasan kampung dilanda tsunami eg Kamala Beach, Phuket dan Krabi. Yang lucu, macam ayam dengan itik, Inggeris tak ramai tahu, kita pulak Siam tak tau..tapi ada yang boleh cakap Melayu..lega. Makanan halal tak susah, hotel halalpun ada. Tapi kamus poket banyak membantu...tak tau sebut tunjuk aje tulisan siam...cepat dan mudah. he he he.Gula mahal 1 kg RM 4 tapi airnya manis betul semanis orangnya. Minyak mahal...beras dan pulut siam murah..Kalau nak makan nanas manis, singgah di Ban Kam Ping, Krabi. InsyaAllah akan diupload gambarnya. Sempat kerja sambilan jual nanas cari pengalaman. Dan terindah... saudara seislam cukup mesra hingga tauke restoren bekalkan makanan ..sambil berpesan Mai tein ni..maksudnya kalau datang lagi makan di sini. InsyaAllah. Bentuk muka bumi ..banyak laluan berbukit, tanah datar getah, sawit, tanaman kontan nanas dan ke Songkhla sawah padi. Seni bina di kampung rumahnya bumbung gajah menyusu mesti ada dua tebar layar. Masjid dalam tulisan jawi atau rumi bahasa melayu;Masjid Nurul Iman di Pathong, Phuket. Sekolah seadanya tapi slogan towards world education membuatkan saya kagum dan tabik. Gambar Raja Bhumipol ada di mana-mana.rakyat menyanjung raja bukan mempersoalkan hak raja-raja. Apapun hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..sekadar menambah koleksi pengalaman hidup.

Sampai jumpa lagi..Wassallam.

Sabtu, 11 Disember 2010

Tawaran Hijrah

Assalamualaikum wbt

1. Lega...habih dh 1 paper, syafawi.
2. Tawaran istimewa kpd yg berminat...cepat ambik dan isi borang kelas furqan utk ulum al-quran diIQT...permohonan sedang dibuka...siapa cepat dia dapat, permintaan tinggi penawaran terhad!
3. Bgi yg dh lulus ulum 2,ditawarkan pakej baru mulai thn ni, boleh ambil 4 subjek sekali gus..b.Arab, tafsir, qir'at, hafazan/taranum...minggu depan keluaq borang. cek dh cop se.
4. Maklumat lanjut, sila hubungi nur aeis.com
5. Jom pakat hijrah ramai2

Rabu, 8 Disember 2010

Maal Hijrah, Dah HIJRAh KE?



Kena tunggu tahun baru baru laju dan meriah.
Apapun beres belakaaaaaaaaa.
wasalam

ps pengskodeng bila nak mencatuk?