Selasa, 15 Februari 2011

Sosek....

Assalamualaikum,

1. Bilo sign in, benda Allah ni suruh create new blog....maleh se...

2. Ari ni se bukak lagi....latar belakang dah tukar...agak pucat...se ingat sosek. Tapi ayat-ayat macam ponah baco...sign in lagi....SOSEK...masuk Mizah Anak Tahir nye blog...(anak se lah tu)

3. Cubo laei sign in....baru lah dapek...

4. Selamat Menyambut Hari Kekasih Kita...Muhammad Ya Rasullullah...15 Feb. 2011.

5. May be, ke Terengganu pada 25 Februari...kok rajin dan takdo aral...

Ahad, 13 Februari 2011

Wajah Baru Yang Ceria

Assalamualaikum wmt wbt.
1. Alhamdulillah, seronok tengok wajah baru CG yang ceria. Terima kasih kepada Mas Aji...
2. Minggu lepas (Khamis) ke Kuantan, ziarah suami sepupu yang kembali ke Rahmatullah kerana barah hati. Yang menakutkan akak ialah dia meninggal selepas tak sampai sebulan setengah dr sahkan dia mengidap barah hati tahap 4. Yang mengerikan ialah selama 2 tahun dia dok sakit ulu hati dan bila ke klinik, dr kata dia gastrik dan beri ubat gastrik. Tidak ada sebarang ujian darah dibuat. Tup-tup mata dan badan kuning dan masa tu baru ujian darah dibuat dan dr sahkan dah tahap 4. Yalah, sudah suratan ke atasnya begitu, dah sampai ajalnya. Cuma bila dok fikir2, akak ni biasanya kalu sakit sikit2 tu buat lebih kurang, kadang2 jadi dr sendiri....bayangkan sakit yang konon-kononnya 'sikit-sikit' tu sebenarnya menyimpan seribu rahsia. Mohon dijauhkan Allah...
3. Apa-apapun...doakanlah moga akak ni terus sihat, mental dan fizikal. Yalah badan nak kena sihat sebab nak kena uruskan 2 buah rumah...mental pulak biarlah terus positif dan redha menjalankan segala tanggung jawab, menguruskan yang sihat dan yang kurang sihat... Moga Allah permudahkan segala urusan...
4. Yang masih diulit mimpi indah tu....bangkitlah, cerita kat kami di blog ni, biar blog kita ni meriah macam dulu-dulu...
Wassalam

Jumaat, 11 Februari 2011

MASIH EPISOD SENYAP SEPI...

Mana Mak Daro, CTKT, Cik Jah...sopi yo..sibuk juga awal tahun.


Cikgu gitulah mana-mana sama je. Apapun buat Tn Haji ada ura-ura hijrah ke KL ke?Selamat datang ke KL. Atau sedang sibuk buat PhD?Baguslah.Kami doakan kejayaan kekawan.Buat Akak Nani selagi ada hayat dikandung badan berbaktilah.Moga Allah memberkati segala kebaikan dan budi yang ditabur.


Jumpa lagi.Jangan biarkan sepi...

Selasa, 8 Februari 2011

Jengok dan jengok lagi

Salam...
Sekadar menjengok dan mencatat sekelumit

Apapun masih ada yang sedar dari lena yang panjang dan memanjang.

Ada sedikit pergerakkan yang membahagiakan...dua minggu berturut ke KL urusan keluarga..

Dan selanjutnya....wassallam

Isnin, 31 Januari 2011

Acara Selingan...

Assalamualaikum wbt
dan selamat menjenguk ye...
kpd yg sibuk tu...ikutilah acara selingan ini, moga2 dapat kurangkan tension.

Apa dia jauh di mata, dekat di hati?
usus.

kuih apa bungkusnya di dalam, isinya di luar?
kuih salah bikin

Pintu apa walaupun 10 orang tolak tapi tak boleh jugak?
pintu yg ada tulis 'tarik'

saya ada 3 kepala, 4 tangan, 5 kaki....siapa saya?
jawab jangan tak jawab....hehe

selamat mencuba...

Ahad, 30 Januari 2011

masih wujud dan bernafas...

Assalamualaikum wmt wbt...

Sekadar menjenguk.....
Alhamdulillah...masih mengikuti perkembangan...
biarpun tidak hadir di maya pada...
Kesibukan manguruskan 2 buah rumah dengan 2 buah tangga..
menjadikan PUTERAPUTERICG tersepit ditengah2...
Maafkanlah BETA....

Selasa, 18 Januari 2011

Sejuk Mendengar Nyaman Memandang

Salam
Diberi dua telinga untuk mendengar
Dua mata untuk melihat
Pokoknya apa mau didengar dan mau dilihat?

Syukurlah pada yang mahu mendengar dan melihat kebenaran Ilahi. Dalam semua jenis kepintaran, meminjam pendapat H Garner (Multiple Int) yang ia terlupa, adapaun di sebut spritual Int..setakat mendengar dan melihat secara fizikal. Maka di sini kepintaran Beragama Benar wajib ada dan dilihat dan dipandang dengan telinga serta mata hati.

Tahniah dengan lokaliti baru dan minda baru menerobos maya pada, kerana alam kosmik terbentang sebenarnya terbungkam dalam diri. Mahu bicara dengan lanjut namun, maasih menanti kesibokan menjadi ketenangan, kejauhan menjadi keintiman, kealpaan menulis menjadi rutin mencatuk dan seagainya,

Semuanya sebenarnaya adalah lurus kepada hukum berpasangan. Positif negatif, jantanbetina dan sewaktu dengannya.

Nah, di mana kita untuk menyongsang fenomena sediakala. Berat mata memandang berat lagi minda dan hati memikul.

wassalam..

Jumaat, 14 Januari 2011

STABIL DAN TENANG...

Jangan terkejut..nak cerita keadaan di tempat baru. Ok menyenangkan, dan jadi cikgu kecik ni segalanya nampak dan rasa relek. Satu sekolah dengan Ani, isteri Pak Lah. Info terkini...Pak Lah dan Ani terbang ke US ada seminar. Jadi dah alang kepalang, Pak Lah bawa isteri...honeymoon ke gamaknya. Ha...ha..haa

Bertambah usia moga segalanya dipermudah. Renungan buat kita yang diberikan peluang dan ruang untuk bernafas dengan percuma ni, syukur dengan apa yang ada. Tingkat amal, tingkat bakti.Itu adanya. Selebihnya mohon reda Allah agar molek-molek belaka. Kalu dok molek tu..terima apa adanya. Ujian untuk ditempuh agar kita jadi mukmin yang lebih kuat. Itu yang disukai Allah.

Akhirulkalam, ikhlas mendidik agar jiwa terdidik. Ganjarannya menanti di akhirat. Salam.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat semuanya

Assalamualaikum wbt.

1. CGs dan dunianya....moga selamat dan dipanjangkan umurnya.
2. Puteradam @ Tn Hj Yusof... Selamat Ulang tahun, moga murah rezeki, panjang umur dan byk amalnya...hang paling muda no...cantik nombor, 01012011...Tahniah!
3. Cek nani, cek sari, cek nor (Pn Noridah), cek jah... dan cg semua sekali, tahniah ats kejayaan anak2...selamat meneruskan pencarian ilmu.
4. Selamat Tahun Baru (Masihi)....selamat berazam baru atau perangat yg lama...
5. Selamat ke sekolah baru....cek sari la tu...dengan semangat baru yg membara setlh aktiviti kembara.
6. Selamat ke sekolah lama kpd yg masih setia dan org masih suka....cek aeis dan cek nani la tu...
7. Angah apa cerita....baru ke lama? dah selamat mengepos kan...jadinya selamat menjenguklah ye.
8. semuanya.....selamat meneruskan pencarian....duniawi dan ukhrawi.

Semoga Allah selamatkan CGs

Salam Segalanya

Assalamualaikum
Sawadee....kot kunn kup, mai au...auwwww

Dengan 2011 menjengok, banyak agenda menerpa untuk semua. Teruskan kemaraan. tinggalkan kenangan.
Tahniah untuk semua, upsr, pmr dan spm/stpm/stam? yang berjaya ! INGAT kejayaan bukan hanya pada deretan A, tapi A juga pada akidah dan akhlak, BUKAN hanya Akademik.

Jauh berjalan luas minda, hati jadi berbaur sedih, pilu dan gembira. Semuanya ada dalam rencah hidup manusiawi yang jadi manusia, jadi malikat dan jadi binatang.
Benarlah, tiada manusia dalam dunia haiwan, tapi ada haiwan dalam dunia manusia.

Sekolah bermula dengan 1001 macam. Dan IPG apa kalahnya. Macam-macam ada, yang telus, mulus dan jerlus.

Dunia koprat tidak sunyi dengan rutinnya. Penuh pancaroba.

Dan, dunia CGs entah bagaimana? Soalan yang pelu jawapan bertulis.

Selamanya, dunia belum berakhir biarpun tetap menuju penamatnya.

wasalam