Ahad, 13 Februari 2011

Wajah Baru Yang Ceria

Assalamualaikum wmt wbt.
1. Alhamdulillah, seronok tengok wajah baru CG yang ceria. Terima kasih kepada Mas Aji...
2. Minggu lepas (Khamis) ke Kuantan, ziarah suami sepupu yang kembali ke Rahmatullah kerana barah hati. Yang menakutkan akak ialah dia meninggal selepas tak sampai sebulan setengah dr sahkan dia mengidap barah hati tahap 4. Yang mengerikan ialah selama 2 tahun dia dok sakit ulu hati dan bila ke klinik, dr kata dia gastrik dan beri ubat gastrik. Tidak ada sebarang ujian darah dibuat. Tup-tup mata dan badan kuning dan masa tu baru ujian darah dibuat dan dr sahkan dah tahap 4. Yalah, sudah suratan ke atasnya begitu, dah sampai ajalnya. Cuma bila dok fikir2, akak ni biasanya kalu sakit sikit2 tu buat lebih kurang, kadang2 jadi dr sendiri....bayangkan sakit yang konon-kononnya 'sikit-sikit' tu sebenarnya menyimpan seribu rahsia. Mohon dijauhkan Allah...
3. Apa-apapun...doakanlah moga akak ni terus sihat, mental dan fizikal. Yalah badan nak kena sihat sebab nak kena uruskan 2 buah rumah...mental pulak biarlah terus positif dan redha menjalankan segala tanggung jawab, menguruskan yang sihat dan yang kurang sihat... Moga Allah permudahkan segala urusan...
4. Yang masih diulit mimpi indah tu....bangkitlah, cerita kat kami di blog ni, biar blog kita ni meriah macam dulu-dulu...
Wassalam

Tiada ulasan: