Selasa, 10 Januari 2012

Memori di Mekah......

Ketika di Mekah- bertemu dengan sahabat lama
Latifah (ex-kgv teacher) nama glamour
Anis Ayuni, penulis novel Alaf
21.

Mekah- di kawasan merpati ini ada juga yang
tidur dan makan minum ...!

Inilah hotel tempat se menginap. 950m dari

Masjidil Haram. Kehidupan di Maktab ni

macam di UKM....berdating suami isteri.


Selesai umrah pertama. Kepuasan di hati.

Wak Indon yang ambil gambar ni,

terpotong2 kepala abang se.

Bacalah berpuluh kali doa selepas solat sunat tawaf,

sebak sentiasa wujud..."Engkau mengetahui segala yang

ada di dalam sanubariku maka, ampunilah dosaku

...Janganlah Engkau biarkan kesedihan dalam

hati kami..." Namun tetap sedih ......
Inilah mak angkat se. Kasihan bagi warga emas.
Jika tiada anak-anak membantu, mengharap pada
belas ihsan jemaah lain. Macam mak angkat se ni.
Di Mina- selesai melontar di hari ketiga.
Di Jeddah- sempat posing sebelum berangkat
pulang. Hati berbunga-bunga rindu.
Dalam kapal terbang. Akak Nani, tak sompek
baco buku Tips Motivasi Haji sobab anak2 sibuk
sms. Maklumlah 2 hari dah lewat. Layannnnnn..


1. Sekadar berkongsi pengalaman. Rupanya dugaan selepas Haji lagi mencabar.

2. Ustaz selalu pesan, di Mekah kita nikmati honey moon. Betul..betul....

3. Hajah Eda, Hajah Nani serta Haji Cop pasti lagi hebat. Kadang2 jeles dengan orang Ganu.
4. Jawapan untuk soalan Sari - Nurhamizah di UIA Gombak, Ijazah Undang-undang setelah selesai program asasi di UiTM. Ada gak mewarisi bahasa Inggeris mamanya, exempted bahasa Inggeris....uhuk2...anak lobih pandai daripada omak.......


Wassalam....

















Tiada ulasan: