Khamis, 4 Jun 2009

Cuti.. yeh yeh...

Bukan apanya, saja seronok sebab boleh lepak-lepak kat rumah dengan anak-anak. Kerja sekolah ada, buat apa yang patut.Baru kebah demam sebenarnya. Kalau dah cuti sekolah, ramailah pengantin baru. Kebetulan saya dapat biras baru jadi orang dapur pulak (penanggah ke kendarat ke sama je). Itu yang saaaaaaaaampai terdemam-demam. Bila nampak telur pindang ingat AAkak Nani kita masa ngidam dulu. Ada sapa-sapa lagi yang dok mengidam. Boleh saya kurierkan apa-apa yang patut. Jangan mintak rusa emas sudah. Ikan emas senang cari.

Tak ada sapa-sapa ke nak ke Kajang?Singgah rumah. Saya ada di rumah, tak jalan jauh. Anak-anak ada kelas tambahan. Tidakpun hujung minggu sambut tetamu yang bersanggar rumah saya. Selebihnya........aktiviti rutin.

Apa khabar Pn Aza? Moga sihat hendaknya. Ainaa juga begitu. Sampai jumpa lagi.

Renungan buat kita,

Kok bulek alah dapek digolongkan,
kok pipieh alah dapek dilayangkan.

Bulek aie dek pambulueh,
bulek kato dek mupakek.




































Tiada ulasan: