Selasa, 31 Mac 2009

cubit peha kanan...

Assalamualaikum wbt dan salam kehidupan.

Catatan ini merupakan tambahan kepada berita terkini cek nani mengenai kawan kita, aza, dalam versi cek aeis.

Hati tertanya-tanya ke manakah, mengapakah...awat dia tak muncul2...
mesti ada sebab dan musabab yang menyebabkan dan mengakibatkan dia ghaib ditelan alam maya...
Akhirnya semua pertanyaan hati terjawab apabila suara berkumandang di talian..
Kemudian, hati berkata "Sungguh tak patut dia dibiarkan keseorangan tatkala dia memerlukan seseorang...seorang kawan, sahabat, teman..yang dahulunya sama-sama ketawa...benarlah kata bidalan, kawan ketawa ramai...
Makanya, wahai kawan-kawanku sekalian,
marilah kita menjadi kawannya sama ada kawan ketawanya mahupun kawan menangisnya.
Luangkanlah masa untuk berkongsi rasa apa yang dirasa oleh kawan kita yang sedang berjuang meneruskan hidup itu agar sakit yang dirasa terasa kurang.
Talian hayat terkininya...0124583689.

Kira-kira 7 tahun yang lalu, apa yang dihadapinya telahpun aku alami...diberi cuti sebulan, disuntik sehingga 3 bulan dan bebelas-belas biji ubat ditelan selama 9 bulan...alhamdulilah telah disembuhkan olehNYA. Sesungguhnya DIAlah pemberi penyakit dan penyembuhnya.

Oleh sebab tuannya sakit, maka komputernya pun turut merasakannya...sakit juga beb...itu pasai la tak muncul2 di alam maya...bak kata pepatah, cubit peha kanan peha kiri terasa juga, begitulah agaknya antara aza dan komputernya.
Dan bagaimana dengan kita? acu cuba try cubit, sakit dak? sendiri mau jawab la na.

Buat kawan-kawan lainku yang juga berbulan-bulan senyap dan tak muncul-muncul, diharap sihat dan selamat walau di mana jua berada. Hanif, pak lah & family hang pa ok semua no.

Ini ada satu permintaan...
Sesiapa yang ada no tel terkini pak lah tolong pos di blog ini, kerana sahabatnya iaitu wak (miskani, orang johor) ingin menghubunginya. Wak telah berkahwin dengan sy. norasyikin, mek kelate, (geng ukm dulu, tak kan hangpa tak ingat dah) Allah telah pertemukan kami di Tanah Suci dulu. Maka adapun mereka kini telah bergelar haji dan hajjah.
Pesanan untuk pak lah...masuk blog, nanti cek bagi talian hayat wak kat hang, haji wak ada ceta menarik untuk hang!

Sekian berakhirnya sebuah kalam
wassalam.

Isnin, 30 Mac 2009

Berita Terkini

Assalamualaikum wmt wbt

1. Berita terkini ini sumbernya dari cik aeis kita. Akak tolong sebarkan je.

2. Dr Azah kita rupanya sedang terlantar kesakitan, dah dua bulan, bukan morning sickness jauh sekali mabuk darat tetapi diserang kuman TB.

3. Mengikut sumber berita, berat badan Dr.Azah sekarang tinggal 29kg je sama berat denga n anak akak atau pun nak tepat lagi akak rasa 1/3 dari berat mak daro kot? Ampunkan se kalau tersalah congak yo!

4. Patutlah senyap sunyi rupanya sedang kesakitan. Simpati akak buat Azah. Nak cuba telefon lupalah pulak nak mintak no telefon baru dari cik Eda kita.

5. Marilah kita semua mendoakan agar Azah segera sembuh daripada penyakitnya dan sihat seperti sediakala. Mudahan Azah tabah dn sabar menghadapi ujian dari Yang Maha Esa ini.

6. Marilah jua kita sama-sama panjatkan doa agar anakanda Aina (anakanda Cik Eda kita) yang mungkin terpaksa menjalani pembedahan kali kedua selamat dan segera sembuh seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam

Ahad, 29 Mac 2009

SELAMAT BERBLOG

Assalamualaikum wbt

1. Pn. Aza...ke mana berbulan madu? ke bulan kot...berbulan-bulan dah tak masuk blog
ada virus kot!
2. Mak Daro...selamat jadi kondakter bas...pesan sama drebar baih hang, molek-molek bawak baih, jangan sosek!
3. Mas Aji...ceritanya tersangat banyak sampai tak dak satu pun yang boleh dicetakan.
jangan bikin cerita na!
4. Mr. Hanif...kurma nabi mana?
5. Cek Jah...pecah kaca pecah batu blok, sudah baca masuk la blog.
6. Jefhusna...jom kita hidupkan blog kita seadanya.
7. Kak nani...prosa ka puisi ka, genre kita boleh belaka, janji masuk blog!
8. Hidup cek eda!

Jumaat, 27 Mac 2009

Penyajak ,Bersajak, Menyajak

Assalamualaikum wmt, wbt

Maaflah, akak berprosa saja, tidak pandai berpuisi
Takut silap berpuisi dan berbasa basi,
Yang tersirat silap disuratkan
Yang terang menjadi gelap
Yang gelap bertambah kelam

Tahniah buat anakanda Fahim dan anakanda Aiman
di atas keputusan SPM yang bakal melayakkan anakanda bergelar
mahasiswa tidak lama lagi
Alhamdulillah, segala penat lelah telaah berhasil
namun, perjuangan belum selesai,
teruskan kecemerlanganmu di universiti nanti
Tahniah jua buat mak-mak dan paknya.
Kalau tak silap anakanda Pak Lah pun ada yang ambik SPM tahun ni kan?
Apakhabar resultnya?

Dr Azah sedang dilambung ombak ke? Senyap sunyi je! Orang Ganu kata, morning sickness tu mabuk darat!

Cik Jah kita camana? skodeng Jah jangan tak skodeng..

Wassalam

Amboi....berbalas-balas sajak

Assalamualaikum,

Gitu le citenya.....

Bilo semua dah baik
Harap-harap semakin rajin menjenguk
Makin rajin menulih

Jangan... rajin-rajin taik ayam
(Ayam ...lagi!)

Handal macam Honda
Tapi mengapa tersadai?

Se tak mampu boli Honda
Sobab anak-anak se bosar-bosar dan satu trailer
Se boli bas jo lah
Brand Hino...
Jadilah...
Kayo gak sobab kutip duit tambang
Kalau takpun.....kayap

Luahan raso,
Mak Daro

Khamis, 26 Mac 2009

sekali-sekala begitu-begini

Assalamualaikum dan salam kehidupan buat semua yang masih hidup.

Hidup ini
kadang kala happy
sekali sekali sunyi sepi
muhasabah diri kot

sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula cili padi
sekali-sekala mai rasa begitu begini
akhirnya insaf
dari mana dan ke mana kita
dari tanah dan akan ke dalam tanah jua kita
akhirnya.

salam perjuangan hingga ke akhirnya.

Khamis, 19 Mac 2009

EPISOD SENYAP SEPI

Takkanlah cuti sekolah semua pakat cuti. Senyap sepi je blog.Hello ! hello! mana pi semua orang?Tak dan nak menggodam ke?Apapun selamat kembali ke sekolah dan jengah-jengah le blog kita ni. Jangan biarkan suram, kelam ataupun serammmmmm!Jumpa lagi.......dan tahniah buat semua mak pak yang anak-anak baru terima keputusan SPM. Moga berjaya.

Khamis, 5 Mac 2009

Banyaknya Kisah setakat Ini

Asalamualaikum

Dugaan untuk mereka yang bersabar....

kita apa dugaannnyer...

Jadi apa citer menarik setakat ini...tunggu dari pang5 dan hulubalang...

Ambo bercuti hingga cuti maulidil rasul jom zommmm ke kedah

Wasalam

Isnin, 2 Mac 2009

dugaann

Assalamualaikum wbt. dan salam kehidupan
buat semua cg yang diingati.

1. Sakit itu pahala untuk orang2 yang sabar dan untuk orang2 yang bersimpati..terima kasih kak nani atas prihatin.
2. Ainaa Dr suruh berehat di rumah, ada masalah sikit kesan pembedahan dulu..selalu sakit perut..kena pi follow up selalu..insyaAllah moga berkat doa makcik dan pakcik dia sihat seperti sediakala.
3. IQ pi sokmo, setiap sabtu ngaji tapi tak tau nak contact husna..tolong bagi talian hayatnya na maknya.
4. Apakah yang sedang diperjuangkan oleh membaku aza di sana..lama benar menyepi.
5. Angah, buktikanlah keslimanmu dengan jelas bukan sekadar kata2..
6. Kami juga menunggu khabar terkini dari makkah almukarramah..
7. Jah, buktikan bahawa kau sedang sekodeng..
8. Jefhusna, teruskan apa yang dirasakan memberi makna kerana kita bukan sesiapa..

Salam kasih sayang
Salam perjuangan.

Ahad, 1 Mac 2009

BeritaTerkini

Assalamualaikum wmt wbt

Anakanda Che Eda, Aina telah dimasukkan ke hospital hari ini (1 March 2009) kerana sakit dalam perut. Sehingga petang tadi , Aina masih di wad kecemasan kerana doktor masih menunggu keputusan ujian yang telah dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

Semoga Che Eda dan Aina sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Mudahan tiada apa yang merbahaya menimpa Aina dan akan segera sembuh seperti sediakala. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Apa khabar Dr Azah kita?

Wassalam.

Tol tol

Tol tak jadi naik....
Tangguh ke apa. Tapi sini tak ada tol. Baguihlah orang dekat tol.

Apa habaq semua. Hangpa sibuk semacam.
Tak per asal bahagia,

Cam ner orang penang, boleh sedia untuk RU ke 3...bersedia awal...

Wasalam